nuffnang

Pages

Usia makin senja

Thursday, October 25, 2012



Aku merenung kembali langkah2 yang telah ku lalui. Sungguh tidak percaya yang Aku berjaya mengharunginya. Aku tahu aku bukanlah seorang yang kuat tetapi Aku percaya yang semua itu telah mematangkan Aku. Aku harus berterima kasih kepada mereka semua. Berterima kasih kerana telah membantu mematangkan Aku. Tempoh yang Aku tempuhi bukanlah sekejap tetapi bertahun-tahun. Yang pada penghujungnya telah menyebabkan Aku hilang rasa. 

Aku menjadi kebal pada sesuatu, sesuatu yang hanya Aku sendiri tahu. Sehingga kini ia masih menghantui lagi. Aku percaya yang ia akan mengambil sedikit masa untuk mengubahnya. Namun Aku tidak lagi mengharap untuk itu semua. Aku hanya mahu agar Aku dapat menikmati usia ini dengan sebaiknya. Aku hanya ingin melihat anak-anakku berjaya, berjaya mengharungi semuanya, berjaya dalam hidup masing2. 

Makin hari, Aku berusaha untuk menguatkan diri agar dapat terus menikmati sisa usia ini. Aku ingin hidup dengan kebahagian yang sejati. Aku tahu bukan mudah tetapi Aku tahu ia juga bukan mustahil. Aku tidak kesah apa orang cakap atau perkatakan. Aku tahu, hanya aku yang tahu segalanya.Aku bersyukur kerana Aku sudah dilatih dari kecil bagaimana untuk mengucap syukur dalam semua perkara. Aku telah pun dilatih untuk tidak mengeluh dalam setiap masalah yang datang. Aku masih ingat kata2 dari arwah bapaku, ' biar apa pun berlaku, tetaplah berdiri pada pendirianmu dan ingatlah bahawa kamu bukan keseorangan' katanya. Semua itu telah menjadi pegangan ku selama ini. 

Maka itu, dalam usia yang semakin senja ini, baik lagi Aku berusaha mencari setiap kebahagian yang telah terlepas. Agar nanti suatu masa, ia tidak akan menjadi kekesalan dalam hidup.

Read more...

Hidup dengan matang

Wednesday, September 5, 2012


Siapa kita untuk menetapkan setiap rancangan dalam hidup menjadi realiti?.Semahunya kita semua tidak mahu mengalami sebarang masalah atau terlibat dalam masalah. Tapi tidak,kita telah pun di tetapkan untuk mengalaminya. Namun setiap masalah yang dialami itu berbeza sesuai dengan kekuatan dan kemampuan kita untuk mengatasinya.

Ramai orang yang tidak memahami,kenapa kehidupan mereka selalu di belenggu masalah. Malah mereka sering menyalahkan. Kenapa tidak saja menerimanya dengan hati yang lapang?. Pasti akan ada ketenangan dan minda itu akan lebih pantas berfikir mencari penyelesaiannya.

Oleh itu, kita harus sentiasa bersyukur dengan setiap yang berlaku kerana ia akan menjadikan kita manusia yang matang.

Read more...

HARI-HARI KU SEBAGAI PELAJAR

Thursday, March 15, 2012

Kedinginan bilik kuliah memancing rasa mengantuk. Entah sudah berapa kali mulut ini menguap. Kadang-kadang terasa sedar tak sedar,mata tertutup sendiri... susah juga pula mencari ilmu, ingatkan senang....hahahaha, Namun, kegilaan rakan2 membuatkan suasana bilik kuliah ceria, menghilangkan sedikit demi sedikit keboringan akibat kepenatan. 
lagak gaya kawan dari Daerah Pitas,sering kali membuatkan kami semua membuka minda menjawab setiap persoalannya. Adakalanya, soalan itu memancing kemarahan namun ia dapat dineutralkan oleh sikap kawan2 yg menjawab bersahaja.
Mula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam dengan rehat selang selama sejam,suatu tempoh masa yang agak mencabar. adakalanya masa itu tersasar menyebabkan kami semua terpaksa bersabar.......

Read more...

nostalgia 1

sesakali terusik nostalgiaku
tersimpan diam sekian waktu
tersembunyi  cerita fana
di taman cinta kita..

sesakali teringin aku
membaca semula
lembaran-lembaran ceritamu
yang pernah terpahat
di dadamu di dadaku

sesakali aku merinduimu
walau segalanya telah berkubur
bersemadikan harapan 
tidak kesampaian..


cfuakulasing
UMS
15/03/2012

Read more...

‘Reformasi, ‘Bersih’, ‘Arab Spring’ led by foreign forces, says UUM lecturer

Wednesday, January 25, 2012


January 25, 2012

Bersih participants during their rally last July 9 in Kuala Lumpur, filepic from TMI.
KUALA LUMPUR, Jan 25 — Both the “Reformasi” and “Bersih” movements, which had thousands of Malaysians take to the streets to rally against the establishment, were masterminded by foreign forces determined to topple the government with violence, Universiti Utara Malaysia (UUM) lecturer Muhammad Afifi Abdul Razak has claimed.


Writing in a commentary in Utusan Malaysia today, the political science professor insisted this was not merely a “conspiracy theory”, and likened both movements to the “Arab Spring” in the Middle East.


He warned that such uprisings could lead to internal strife, where countries would be at war with themselves instead of among one another.


“Instead, wars would involve clashes between the country’s armed forces, who are loyal to the government, and their own people who rise to oppose what they believe is cruelty by the same government or regime,” he wrote.


Little known Muhammad Afifi said such violent clashes were actually led by “certain foreign-based forces” who would never tire of offering aid to the locals to topple their own governments.
“The clearest example is the ‘Arab Spring’ scenario... as well as the ‘Reformasi’ and ‘Bersih’ movements in Malaysia,” he said.
“All these scenarios were clearly planned by outside parties who wanted to use the opportunities to topple a government with violence.”


It has often been alleged that both the federal opposition, particularly Datuk Seri Anwar Ibrahim, and the Bersih coalition, a non-governmental pact led by former Bar Council chairman Datuk Ambiga Sreenavasan, are being funded by foreign forces.


Following the controversial Bersih 2.0 rally last July 9, Ambiga admitted to the coalition receiving some money from two US-based organisations — the National Democratic Institute (NDI) and Open Society Institute (OSI) — but for other projects not related to the protest.


The NDI describes itself as a non-profit, non-partisan organisation “working to support and strengthen democratic institutions worldwide through citizen participation, openness and accountability in government”.


The OSI, according to corporate information on its website, was started by financier George Soros in 1984 to help countries make the transition from communism, and has grown to include not just the US but more than 70 countries in Europe, Asia, Africa and Latin America.


“Therefore it is clear here that the ‘special roles’ played by these ‘third parties’ truly exist and is not just a hoax or conspiracy theory,” said Muhammad Afifi.


“Today, we must no longer discuss threats and the role of the country. Instead we must pay attention to this ‘special’ third party role and threat to manipulate the international political scenario.”


Muhammad Afifi earlier referred to the existence of “third parties” and their “special” roles as first introduced by Western writers such as Willian Guy Carr, Professor Carrol Quigley, Lyndon LaRouche and Professor Kevin MacDonald, which he said was dismissed as “conspiracy theories”.


But Muhammad Afifi pointed out that Robert Cox, former director-general of the International Labour Organisation, had also spoken of a similar theory in his 1981 article, where Cox referred to “social forces” as the “third parties”.


“These non-state social forces can be categorised as international terrorists, separatists, rich and influential individuals, private organisations and fraternities, international financial institutions, multinational corporations and non-governmental organisations,” he said.


As such, Muhammad Afifi said it was this key concern that Malaysia must pay special attention to in order to save the country from anarchy.


“It’s true what Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said in the closing ceremony (of the International Conference on Global Movement of Moderates (IGCMM) that using the ‘wasatiyyah approach’ is not a choice but a must because Malaysia is a small country that values peace and moderation,” he said.

Read more...

Hostage drama: Girl rescued, ex-convict dies in hospital


Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A 34-year-old man with a previous conviction for armed robbery, who barged into a house in Kampung Baru here and took a 10-year-old girl hostage on Monday, was shot by the police and died later in hospital.
The girl was unharmed.
Relating the ordeal, the girl's father, Shafrudin Marlis, 47, said that he, his wife and three children were watching television about 11am, when a half-naked man stormed into their home at Lorong Raja Muda Musa 6 and grabbed a knife from the kitchen.
"It was only a matter of seconds before he grabbed my daughter Fifi Ramadani and threatened to kill her if we approached him," he said, when met at the house Monday after the girl had been rescued by police and the man arrested.
Dang Wangi OCPD Asst Comm Zulkarnain Abdul Rahman said that when police arrived at the scene moments after receiving a distress call, the man had locked himself in a room in the house and taken the girl hostage.
"He demanded for drugs and water. We gave him water and also called in a psychiatric specialist from Hospital Kuala Lumpur (HKL) to talk to the man and assess his condition," he told reporters.
He said that police also brought in one of the suspect's friends to try to coax him to release the girl.
"But all our attempts failed. We then had to shoot the suspect after he became more aggressive. We fired four shots, which hit him in the rib area," ACP Zulkarnain said.
The girl was brought out safely about 4.10pm. She was unhurt but taken in an ambulance to Hospital Kuala Lumpur as she was in shock.
The man was brought out on a stretcher about 10 minutes later.
ACP Zulkarnain said the man was also taken to HKL for treatment. He succumbed to his injuries Monday evening.
As soon as the man was taken away in an ambulance, residents who had gathered at the scene cheered the police and the psychiatrist for their success in saving the girl.
He added that initial investigations showed that the man was from Sabah.

Read more...

Pilihan menteri Yingluck diberi perhatian

Wednesday, July 6, 2011


YINGLUCK (tengah) bersama pemimpin parti yang bakal membentuk kerajaan campuran  dari kiri, Wannarat Charnnukul   dari Parti Chart Pattana Puea Pandin; Ketua Penasihat Parti Chat Thai Pattana, Sanan Kachornprasart  ; Pemimpin Puea Thai, Yongyuth Wichaidit     dan pemimpin Palang Chon, Chao Maneewong.
YINGLUCK (tengah) bersama pemimpin parti yang bakal membentuk kerajaan campuran dari kiri, Wannarat Charnnukul dari Parti Chart Pattana Puea Pandin; Ketua Penasihat Parti Chat Thai Pattana, Sanan Kachornprasart ; Pemimpin Puea Thai, Yongyuth Wichaidit dan pemimpin Palang Chon, Chao Maneewong.
Pemerhati anggap ekonomi cabaran terbesar bakal Perdana Menteri baru Thailand

BANGKOK: Bakal Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra semalam menyifatkan masih terlalu awal untuk memutuskan ahli kabinet baru ketika persaingan bagi jawatan bermula manakala pelabur melahirkan kebimbangan mengenai dasar popular beliau bakal mencetuskan inflasi dan kenaikan kadar faedah.
Menteri yang menjadi pilihan Yingluck perlu mengurangkan kebimbangan pelabur mengenai kemungkinan amalan kronisme dan pihak yang bimbang kepulangan abangnya, Thaksin Shinawatra, selepas parti Puea Thai mendapat kemenangan besar pada pilihan raya, Ahad lalu.

“Pada masa ini belum ada rundingan mengenai Kabinet,” kata Yingluck kepada pemberita.

Satu Kabinet dikuasai menteri pro-Thaksin akan melemahkan kedudukan Yingluck yang menggesa persepakatan politik yang dilanda krisis enam tahun lalu.

“Tugas Yingluck terpenting dan mencabar adalah menghapuskan kecurigaan di kalangan ahli politik daripada parti lain,” kata penulis akhbar The Nation, Avudh Panananda.

“Kepemimpinan Yingluck akan diuji apabila beliau memilih Menteri Pertahanan, Dalam Negara, dan Kehakiman.”
Bukan mudah untuk berdamai dalam politik. Thailand masih lagi berpecah antara kem pro dan anti- Thaksin. Oleh itu, konfrontasi dilihat tidak dapat dielakkan pada ketika tertentu.

Papan tanda di satu lebuh raya di Bangkok merujuk kemungkinan Thaksin akan kembali dan kes rasuah beliau dibatalkan.

Poster kerajaan pro-Yingluck pada sebelah jalan lain tertulis: ‘Birokrat elit, berhenti campur tangan, rakyat Thailand sudah membuat pilihan.’

Keputusan pilihan raya terbaru juga dilihat sebagai penolakan campur tangan tentera yang menjadi tradisi Thailand, pengaruh golongan kaya, dan penasihat diraja yang menyokong kerajaan lalu.

Jadi, penerimaan tentera atas keputusan undi terbaru menambahkan kestabilan di negara itu yang dilanda rusuhan sejak askar merampas kuasa untuk menyingkirkan Thaksin pada 2006.

Tetapi, ramai yang percaya bahawa ia mungkin kestabilan jangka pendek, sama ada sekejap atau lama masih lagi tidak dapat ditentukan, terutama jika kerajaan baru memberi pengampunan kepada kesalahan politik dan membenarkan Thaksin kembali ke negara itu sebagai orang yang bebas.

Pakar ekonomi dan beberapa media berkata bahawa isu yang paling menekan Yingluck adalah untuk menguruskan ekonomi negara kedua terbesar Asia Tenggara itu dan tidak terlalu terikat dengan isu penyatuan semula kebangsaan.

Yingluck bercadang melancarkan program popular Thaksin bagi meningkatkan perbelanjaan rakyat dan inflasi, termasuk perluasan sistem kereta api bawah tanah dan kereta api berkelajuan tinggi hingga kenaikan gaji dan membantu meningkatkan kuasa belanja terutama di luar bandar. – Reuters

Sumber: Berita Harian Online

Ulasan: Satu Pilihanraya yang aman di Thailand. Kemenangan Yingluck menobatkan dia wanita pertama menjadi Perdana Menteri Thailand. Apakah perubahan kepimpinan kerajaan Thailand menjadi petunjuk kepada berakhirnya kekacauan politik Thai. Kita sering mendapat berita yang bilamana berlaku ketidakpuasan hati atau ketidakadilan, perhimpunan jalanan akan berlaku. Pasti sukar diramalkan. Apa pun, semuanya terletak pada tangan rakyat Thai sendiri. Samaada mereka suka atau tidak, peluang itu mesti diberi. Apa yang berlaku di Thai boleh menjadi rujukan kepada kita di negara ini. Sesuatu perubahan dapat dicapai memlalui cara yang betul. Bila kita mampu meyakinkan orang lain.

Read more...

Rokok 'makanan' rakyat miskin

JAKARTA: Ketika kerajaan Indonesia bertungkus-lumus menangani masalah kemiskinan dan kesihatan yang semakin meruncing di negara itu, satu kajian terbaru mendapati perbelanjaan membeli rokok adalah yang kedua tertinggi di kalangan penduduk negara itu selepas beras.

Ketua Agensi Statistik Pusat (BPS), Rusman Heriawan, berkata kajian dijalankan pihaknya mendapati, penduduk miskin bandar menghabiskan 25.44 peratus pendapatan mereka membeli beras manakala penduduk miskin luar bandar membelanjakan 32.81 peratus. Manakala penduduk bandar menghabiskan 7.7 peratus wang membeli rokok, warga luar bandar pula membelanjakan 6.3 peratus.
“Penemuan kajian ini mengecewakan. Perbelanjaan membeli rokok dan tembakau kedua tertinggi. Rokok bukan makanan berkhasiat,” kata Rusman.
Beliau berkata, lebih menyedihkan sebilangan keluarga lebih mengutamakan membeli tembakau berbanding menghantar anak ke sekolah.

“Ia satu-satunya cara mereka bergembira dan melupakan tekanan hidup. Penduduk miskin mempunyai banyak masa terluang, mereka bersembang untuk menghabiskan masa dan merokok sebahagian daripada tabiat diamalkan,” kata dekan jabatan Sosial dan Sains Politik Universiti Indonesia, Bambang Shergy Laksmono.

Beliau berkata, perbuatan itu juga cara melarikan diri daripada kenyataan namun menjadikan mereka bertambah miskin.

Pakar sosiologi dari Institut Sains Indonesia, Henny Warsilah menyalahkan kerajaan berikutan fenomena yang berlaku.

“Penduduk diberi laluan menghisap rokok dengan lambakan iklan rokok yang disiarkan secara besar-besaran melalui media massa tetapi tiada iklan larangan merokok yang berkesan. Kanak-kanak mula merokok sejak di tadika, sesuatu yang tidak kita lihat di negara lain,” katanya. – Agensi

sumber: Berita Harian Online
Ulasan: Pasti kita tidak mahu keadaan situasi seperti ini berlaku di negara kita. Dari sudut ekonomi, pendapatan negara bertambah melalui cukai tetapi ia terpaksa mengorbankan sejumlah besar rakyatnya. Walaupun mungkin terdapat usaha untuk menyedarkan rakyat tentang akibat merokok namun perkara itu tidak diendahkan. Rakyat atau perokok merasakan dengan merokok,mereka dapat melegakan kekecewaan akibat kemiskinan. Kita berharap agar rakyat Malaysia dapat mendapat iktibar daripada apa yang dialami oleh negara jiran.

Read more...

MATA MELIHAT HATI BERTANYA

Monday, July 4, 2011

Sesuatu yang kita lihat sering memancing jawapan yang x pasti dalam minda kita. Kadang kala ia memerlukan penelitian yang sangat kuat untuk menilai dan menangkap maksud sesuatu itu. Kadang kala kita cuba mendabik dada dengan mengatakan kitalah yang terbaik tapi pastikah kita yang ada lagi yang lebih baik?. Ungkapan pujian selalunya akan cepat mengaburi kita. Kita dengan mudah melambung tinggi hinggakan ketinggian itu tidak terjangkau oleh tangan kita. Begitu tinggi sekali keegoan kita.

Bila mana kita cuba menyatakan sesuatu, kita mesti melihat mereka yang telah membantu kita. Yang telah menyokong kita hingga kita memperolehi sesuatu yang baik. Kita didasari oleh kekuatan sokongan yang teguh. Sokongan yang menjadikan kita kukuh. Kewujudan mereka tidak boleh dinafikan. Kewujudan mereka harus diakui.

Kita boleh saja mengatakan yang gunung itu boleh saya pindahkan tapi betulkah kita berani mengatakannya?. Kita boleh menggunakan segala kekuatan kita tapi betulkah tindakan kita itu?. Pasti terlalu banyak persoalan yang terus menjadi persoalan. Jawapan itu sebenarnya menjadi persoalan. kenapa berlaku seprti itu?. Mungkin kerana kita terlalu cepat mencari jawapannya.

Sebab itu, bila mata mula melihat maka hati pun mula bertanya. Bila hati mula bertanya, muncullah bermacam-macam jawapan yang akan menjadikan kita lebih keliru. Seterusnya menutupi jawapan yang tepat. Maka itu, biarlah mata itu terus melihat agar hati itu tidak terus bertanya tapi akan menilainya....

Read more...

JANGAN TERPEDAYA

Friday, July 1, 2011

Kenapa perlu menghuru harakan keadaan?. Kenapa perlu menidak peraturan?. Kenapa perlu melaungkan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan tapi dalam masa yang sama, tidak menunjukkan kejujuran dalam perjuangan. Malaysia merupakan negara yang berdaulat, berperlembagaan dan juga berperaturan. Mahukah kita kalau negara kita menjadi seperti negara jiran kita yang sering bergolak. Keamanan amat sukar dicapai. Anak bangsa terbiar, merantau jauh semata-mata untuk mendapatkan sesuap nasi. Jangan pertaruhkan keamanan negara kita demi untuk sesuatu yang tidak pasti.

Tidak salah menyuarakan ketidakpuasan hati tetapi biarlah melalui proses yang sah. Kalau benar perjuangan itu ikhlas pasti akan berjaya dalam pemilihan. Ini tidak, setiap apa yang dipersoalkan lebih kepada ketidakpuasan hati. Semua harus belajar menerima kekalahan. Jangan hanya kerana kita teruja dengan sokongan palsu maka kita menganggap kita kuat. Sebelum menyalahkan sesiapa, lihat diri dulu,teliti dulu segala aspek. Cari masalah. cari punca.

Tidak ada untungnya melawan peraturan. Undang-undang wajar dipatuhi. Kalau sudah tidak dibenarkan,jangan. Nanti kelak kita menyesal. Kita harus bersyukur selagi kita boleh hidup dengan aman, menjalani kehidupan tanpa ketakutan. Sayangi negara kita yang aman ini.

Jangan terperdaya dengan mereka-mereka yang cuba bercakap tentang keadilan,ketelusan dan kepatuhan peraturan. Bila jelas tindakannya juga melanggar undang-undang.

Read more...

Wardina nafi sertai perhimpunan BERSIH

Wednesday, June 29, 2011

2011/06/29KUALA LUMPUR: Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah menafikan tuduhan beberapa penulis laman blog bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan akan bertanding pada pilihan raya umum nanti di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan gambarnya bersama beberapa pemimpin PKR, termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah tidak benar dan merosakkan reputasinya sebagai artis.
“Semua dakwaan ini tidak benar, boleh tanya orang ramai yang datang pada hari itu, mereka sendiri mendengar ceremah saya dan boleh memberi pengakuan yang ceramah saya langsung tiada unsur politik,” katanya pada sidang akhbar di sini, pagi ini.
Wardina berkata, beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar lamanya yang tidak berhijab tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

“Ia adalah tidak benar mengatakan saya terbabit dengan parti itu. Saya ingin memberi penjelasan atas salah faham dan kekeliruan yang berlaku dalam blog itu.

“Kehadiran saya di Karnival Mesra Rakyat 26 Jun lalu sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. Saya tidak diberitahu penganjur bahawa Azmin akan hadir sama,” katanya.

Beliau bimbang tindakan beberapa blogger terbabit yang cuba mengaitkan cerita lama keluarganya dengan gambar beliau duduk bersama pemimpin PKR di sebuah gerai makan.
“Itulah sebabnya saya panggil sidang media tergempar ini. Mengenai gambar saya bersama pemimpin PKR, saya sedang minum di sebuah gerai berdekatan dan kebetulan beberapa pemimpin PKR lalu dan duduk bersama di meja, takkanlah saya hendak bertindak tidak sopan dengan meninggalkan mereka,” katanya.

Wardina mengakui menghadiri Karnival Mesra Rakyat di Kelana Jaya anjuran Kerajaan Selangor, namun beliau menafikan sama sekali bahawa kehadirannya adalah berunsurkan politik.

Sumber: Berita Harian Online.

Ulasan: Nah apa sudah jadi? Orang lain jadi mangsa sudah. Ni kes mau tumpang populariti lah...Kalau pun mau kasi Famous itu perhimpunan, janganlah lah kasi libat orang yang tak ada kaitan. Kasihan orang. Sabar ja lah Cik Wardina.....

Read more...

Novel Menarik : CANTIKNYA SI COMOT - Miazal Zahra

Boleh memang boleh.. tapi menyusahkan Encik Ammar sajakan nak usung saya ke sana ke mari..!"
"Apa pula saya nak usung awak. Kaki tu nak buat apa? Atau awak nak saya dukung ke? Saya sanggup kalau awak suruh. Bukannya berat mana pun."
"Encik Ammar…..! Jangan nak melalut pulak, saya bukan maksud macam tu laaa!"

Pertemuan pertama Farid Ammar, seorang lelaki metroseksual, dan Rosmina, seorang gadis kebun yang comot, memberikan persepsi yang kurang menyenangkan di antara mereka.

Pertemuan demi pertemuan antara mereka telah membuat hati Ammar mekar dengan bunga-bunga cinta buat Rosmina. Malangnya di saat Rosmina ingin membalas perasaan Ammar muncul pula gadis bernama Surina. Di waktu yang sama Rosmina juga disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam rahimnya yang membuat dia merasa dirinya tidak layak untuk mendampingi Ammar. Kehadiran Surina dan keadaan diri yang serba kekurangan membuat Rosmina nekad untuk menjauhkan diri dari Ammar.

"Su.. kenapa diam?" Ammar semakin buntu bila Surina mula mengalirkan airmata. Kelakuan Surina mula menaikkan darah Ammar. Kenapa Surina takut untuk berterus terang?

"Kenapa dengan Su ni. Su yang datang ke bilik abang kononnya nak tolong abang selesaikan masalah, konon Su kesiankan abang, sekarang Su tak nak mengaku pada umi abang. Agaknya Su sengajakan rancang untuk kenakan abang. Su memang ada niat tak baikkan, cakap.." suara Ammar sudah mula meninggi. Geram hatinya bila Surina tidak mahu bersuara.

Ikutilah kesudahan kisah cinta di Cameron Highlands di antara Ammar dan Rosmina ini yang penuh dengan suka duka dan pelbagai dugaan.

Dialog Pilihan

"Nama dia ikan bolos, jangan silap…. bukan ikan bilis. Sebab ikan ni kurus, senanglah dia nak memboloskan dirinya dari dalam jaring! Sebab tu orang panggil dia ikan bolos!" jawab Ammar tersengeh dengan penerangan yang direkanya sendiri.

"Hmm! Kalau ikan ni senang nak memboloskan dirinya macam mana pula orang boleh tangkap dan keringkannya?" soal Rosmina termangu-mangu. Kurang percaya dia dengan penerangan Ammar.

"Entahlah..! Saya ni bukannya nelayan…" Ammar ketawa berderai

Judul : Cantiknya Si Comot
Penulis : Miazal Zahra
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM19
Sabah / Sarawak : RM22

  • Read more...

    Jangan lupakan kebaikan orang lain.

    Banyak orang keluar masuk dalam hidup kita.

    Ada yang melintas dalam segmen singkat, namun membekas keras.

    Ada yang telah lama berjalan beiringan, tetapi tidak menyedari makna kehadirannya.

    Ada pula yang begitu jauh di mata, tapi terasa dekat di hati.

    Ada yang datang tapi pergi begitu saja seolah tidak pernah wujud.

    Semua orang yang pernah singgah dalam hidup kita bagaikan manik manik pembentuk mozek catatan sejarah.

    Gambaran itu sebenarnya telah terbentuk, hanya sahaja tidak pernah selesai.

    Atau kita salah lihat, sehingga seringkali tidak dapat menikmati keindahan karyanya.


    Ambillah waktu sejenak untuk mengenang mereka yang pernah hadir dalam hidup anda.

    Kenanglah seluruh kebaikan mereka serta kebaikan yang mungkin tersembunyi di balik tabir kekecewaan.

    Mereka adalah ibu bapa dan guru, sanak saudara , teman serta sahabat.

    Mungkin tidak salah mengenang mereka yang pernah anda anggap musuh dan pengkhianat.

    Atau yang tak pernah anda tahu nama dan wajahnya.

    Bagaimana pun mereka telah turut memahat pribadi anda;
    menyapukan warna kehidupan pada lukisan hidup anda; menyayangi taman jiwa anda.


    .. Kenanglah dalam genangan cinta yang tak bertepi. Hanya dalam tatapan cintalah anda boleh memandang indahnya kehidupan ini. Kerana tiada sekecil pun hidup yang perlu disesali, maka hanya cinta dan kasih sayanglah jawapannya ..

    Read more...

    Bicara Tak Berpenghujung

    Paning2...hahahaha...bukannya apa tapi tengok gelagat dan perangai sesetengah orang yang semakin lama semakin tidak sedar dek kerana dengan kedudukannya. Apa untungnya hentam sana sini, menyakitkan hati orang, mengatakan hal orang tapi bila di tengok, lebih kurang sama saja. Tak ada bezapun. Jadi janganlah suka mencari kesalahan orang. Rasanya orang ini tahu mana hujung pangkalnya. Kalau pernah setaraf dengan orang2 ini, jangan cuba. Sebab kelak nanti kena.

    Ini tidak segalanya salah. semua itu salah. saya saja yang betul sebab sekarang semua orang tengok saya. Ya kah?...Jadi yang lain itu tidak di tengok?. Tidak di peduli. hahahahaha.....ada pula kan orang yang perasaan jadi macam itu. Tolonglah...janganlah macam tu...Nampak sangat EQ itu lemah...hahah..apa tu EQ...nah kan. itu pun tidak faham... baik balik cari itu maksud EQ...

    Seorang ketua atau pemimipin mesti mempunyai EQ yang baik. Kalau dulu yg utama IQ tapi sekarang yang utama adalah EQ... sebab nanti terjumpa bermacam2 perangai....yang memerlukan ketahanan dalaman untuk mengatasinya....hahahaha..nah...periksalah setakat mana EQ itu...

    Kalau ini macam ahhh....sampai bila pun bicara kata ini tak akan terputus...kata kawan...jalan terus.. nak menamatkannya kena fahami puncanya. Mesti kembali melihat pada yang mudah barulah akan menjumpai penyelesaiannya. Cool ma....cayooo



    Read more...

    4WD SAM : JUARA TARIK TALI KAAMATAN SABAH 2011

    Tuesday, May 31, 2011



    Gambar oleh Illie Jaymon

    Tahniah dan syabas kepada pasukan 4wdSAM kerana akhirnya berjaya menjadi juara pada pertandingan tarik tali kaamatan 2011. Kemenangan ini juga merupakan kemenangan yang paling manis kerana berjaya mengalahkan pasukan bertahan dan juga beberapa pasukan yang pernah membelasahnya. Persediaan dan latihan sepanjang tahun akhirnya menjadi. Penulis masih ingat lagi, bila setiap kali pasukan ini dibelasah teruk namun ia tidak pernah menggugat keyakinan mereka. Siapa sangka pasukan setahun jagung ini mampu menjadi juara di peringkat kebangsaan pula. Dan siapa sangka pasukan ini, merupakan satu-satunya pasukan dari Daerah Kota Marudu. Dan siapa sangka, pasukan ini sebenar diurus oleh seorang Guru yang berjiwa besar biarpun berbadan kecil sahaja... Penulis berharap agar pihak yang berkenaan membuka mata dan melihat, betapa sesuatu sukan itu akan berjaya bila ia diurustabir dengan sebaiknya. Majulah Sukan untuk Negara...Marudu Boleh...4WD SAM boleh.......dan Tahniah kepada penasihat/penaung/penaja utama URBAN STROM..

    Read more...

    KAAMATAN 2011: UNDUK NGADAU




    Kaamatan 2011 berakhir dengan pemahkotaan juara yang baru. Unduk Ngadau Penampang berjaya menjuarai pertandingan tahun ini. Sementera itu tempat kedua dan ketiga pula,masing-masing dimenangi oleh Unduk Ngadau Tamparuli dan Unduk Ngadau Tuaran.

    Read more...

    "ULU KUKUT" Red Carpet Movie Premier / Tayangan Perdana

    Monday, May 23, 2011


    Maklumat Lanjut
    Red Carpet Charity Movie Premier / Tayangan Amal Perdana

    Tarikh : 29.05.2011

    Venue : Theatrette Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.

    Masa : 8.30pm

    Dress Code : Smart Casual and Elegant

    Harga Ticket : RM15.00 ( beberapa peratus akan didermakan kepada Persatuan Pelajar Seni PESAN UMS )

    FREE : "ULU KUKUT" Car Sticker

    Dapatkan tiket anda di pintu masuk nanti. Untuk sebarang penempahan, sila hubungi 0146571517, 0146770340.


    LIMITED FOR 150 person only.


    Penulis: Setelah bertungkus lumus dalam menghasilkan movie ini, akhirnya ia akan menemui para penonton. Sudah pasti pelbagai ragam respon atau pun refleksi yg akan diperolehi. Pastinya Penerbit yang juga Pengarah dan pelakon sudah sedia. Pun begitu, ucapan tahniah dan syabas kepada anak muda ini kerana berani mengambil risiko untuk menghasilkan movie ini. Keberanian dan kesanggupannya berhadapan dengan pelbagai kritikan nanti amat-amat di 'salute'. Penulis pernah bercerita sedikit2 dengan penerbit/pengarah/pelakon berkenaan dengan 'ulu kukut'. yang menurutnya. " sampai bila kita disajikan dengan filem/telemovie Sabah yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata" katanya. " Kita lihat saja, berapa banyak filem/movie keluaran Sabah, yang berjaya diterima diperingkat nasional,bukannya mahu mendabik dada,cuma mahu menghasilkan sesuatu yang boleh diterima oleh mereka". Katanya lagi. Mmmm...memang betul..setakatnya, semua cerita filem/telemovie keluar tempatan(Sabah) bersifat ambil mudah...dengan kata lain yang penting dapat dijual...tapi sayang sebab kualitinya tidak membanggakan. Adalah menjadi harapan agar 'Ulu Kukut' dapat membuka minda kepada semua, yang anak Sabah sendiri mampu menghasilkan sesuatu yang baik. Biarpun berdepan dengan kekangan kos yang terbatas namun 'Ulu Kukut' berjaya dihasilkan. 

    Tempoh pembikinan 'Ulu Kukut' juga menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Kejadian banjir yang melanda Daerah Kota Marudu merupakan halangan terbesar penerbit ini. Hinggakan semasa mengambil para pelakon dari Kota Kinabalu, mereka tersadai di tengah jalan sebanyak dua kali. Dan apabila sampai ke rumah penginapan, sekali lagi terpaksa bertahan sehingga subuh kerana laluan ke rumah tetamu penerbit telah dinaiki air.Selain itu, keadaan keadaan cuaca yang tidak menentu seringkali mengganggu proses penggambaran.Bagaimanapun, komitment yang tinggi menjadi kekuatan kepada kejayaan penggambaran 'Ulu Kukut'

    Sekali lagi tahniah kepada En. Richado Tawith kerana berjaya merealisasikan cerita' Ulu Kukut' ini. Tabik banyak2 kerana sentiasa kaya dengan idea-idea bernas. Mari kita semua memberi sokongan kepada penerbit muda ini dengan menghadiri Tayangan Perdana ini...... Kalau bukan Kita, siapa lagi yang menaikkan movie Sabahan.......

    Read more...

    INDAHNYA ALAM INI

    Thursday, May 19, 2011

    Posted by Picasa

    Read more...

    CINTA DAN WAKTU

    Thursday, May 12, 2011

    Gambar Hiasan

      Alkisah disuatu pulau kecil tinggallah benda-benda abstrak seperti cinta, kesedihan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.

        Suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan mula  menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak pandai berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik dan mula membasahi kaki Cinta.

        Tak lama kemudian Cinta melihat kekayaan sedang mengayuh perahu. "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku! "Teriak Cinta. "Aduh maaf Cinta, perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu sekali nanti perahu ini karam. Lagipun tak ada ruang lagi untukmu diperahuku ini. "

        Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali namun kemudian dilihatnya kegembiraan lalu dengan perahunya. "Kegembiraan, tolong aku!", Teriak cinta. Namun Kegembiraan terlalu bergembira menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar teriakan Cinta.

        Air makin tinggi membasahi sampai ke pinggang dan cinta pun mulai panik. Tak lama kemudian lewatlah Kecantikan. "Kecantikan, bawalah aku bersamamu", teriak Cinta. "Wah! Cinta, kamu basah dan kotor, aku tidak mahu membawamu. Nanti kamu mengotori perahuku ini ", sahut Kecantikan.

        Cinta sangat sedih mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Masa itulah lalu Kesedihan. "Oh Kesedihan bawalah aku bersamamu", kata Cinta. "Maaf Cinta, aku sedang sedih, dan aku ingin sendirian saja ...", kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta sudah mula putus asa, ia melihat air semakin naik dan pas menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah terdengar suara, "Cinta, mari segera naik perahuku". Cinta menoleh ke suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat ia naik ke perahu itu tepat sebelum air menenggelamkannya.

        Di pulau terdekat orang tua itu menurunkan Cinta dan berlalu pergi. Pada saat itulah Cinta baru sedar bahawa ia sama sekali tidak mengenali orang tua yang telah menyelamatkannya. Cinta mula bertanya  kepada penduduk di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua itu tadi?, Dia adalah Waktu," kata orang-orang tersebut. "Tapi kenapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalkupun enggan untuk menolongku ", tanya Cinta hairan. "Sebab hanya waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari cinta itu ...".

    Read more...

    BICARA TENGAH MALAM: CAKAP2 DI KEDAI KOPI

    Gambar Hiasan




    Sudah menjadi kebiasaan kita untuk duduk santai di Kedai Kopi. Sekadar hanya mahu merasa segelas kopi dan sepinggan kuih pisang, kita boleh bertahan berjam-jam di Kedai Kopi. Penulis teringat akan sebuah lagu yang bertajuk Cerita Kedai Kopi. Lirik lagu ini sebenar mengisahkan suasana kedai kopi. Yang boleh disimpulkan sebagai pusat maklumat secara tidak langsung. Samaada cerita itu sahih atau pun sekadar gossip tapi bila di kedai kopi, ia menjadi cerita hangat.

    Pernah sekali berlaku kejadian amuk dalam Kedai Kopi, hanya kerana cerita yang langsung tidak berkaitan dengan si pelaku. Namun mungkin si pelaku itu terasa atau kena tempiasnya. Apalagi, amarah si pelaku/pendengar meletup. Habis meja berterbangan. Sadis sungguh keadaannya. Kasihan si pencerita, menjadi mangsa amukan tanpa tahun hal sebenarnya. Si pencerita pun hanya menyampaikan apa yang telah dengarnya. Inilah cakap2 di Kedai Kopi..

    Kedai Kopi juga menyebabkan seorang yang boleh dikira sebagai selebrti aktivis hampir dibelasah kerana kenyataannya yang menimbulkan kemarahan orang. Tidak pasti samaada betul atau tidak tapi itulah yang berlaku. Kata-kata dan pernyataan pasti mudah diterima bila ia disampaikan di tempat seperti ini.

    Sedar atau tidak, Kedai Kopilah tempat untuk kita mencari dan mencungkil bakat pidato kita. Kita dengan mudah dapat memberi mukadimah tentang sesuatu tanpa perlu berteriak kerana memang ramai sentiasa mencari cerita sensasi. Di Kedai Kopilah, kita akan melihat bakat sesorang untuk menjadi pemimpin atau Yang Benar. kalau sekadar minum kopi pun payah seseorang itu membelanja, pasti dia tidak sesuai menjadi pemimpin. Dan, untuk memudahkah orang mengenali kita, Kedai Kopi lah tempatnya. 

    Akhirnya, cakap2 kedai kopi bukanlah cakap2 kosong. Ia mempunyai 1001 maksudnya. Semuanya bermula pada diri kita sendiri. Samaada mahu menjadi bahan cerita atau pun menjadi pencerita........










    Read more...

    Followers

      © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP