nuffnang

Pages

Showing posts with label komenter. Show all posts
Showing posts with label komenter. Show all posts

Bicara Tompinai: Yang kecewa dan Yang mengecewakan

Sunday, June 21, 2009

Sudut Bicara Tompinai


Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Tompinai memilih tajuk ini. Adakah Tompinai kecewa atau adakah Tompinai mengecewakan? Siapakah yang mengecewakan Tompinai dan sebab apa kecewa? Mmm..Tompinai rasa bukan Tompinai kecewa. Bab-bab kecewa ini sudah lalu. Bagi Tompinai, pengalaman yang lalu telah mengajar Tompinai untuk menjadi dewasa, matang dan rasional. Kalau memang perlu Tompinai mengalaminya maka biarlah ia berlaku, kemudian berlalu kerana Tompinai hidup bukan untuk kecewa tapi hidup untuk menikmati anugerah yang Tuhan berikan kepada Tompinai. Opps...telebih sudah.

Berbalik kepada INTIPATI sebenar bicara Tompinai kali ini....Yang kecewa adalah mereka-mereka yang mengharapkan pengertian dan penyelesaian kepada masalah mereka. Mereka sedar siapa mereka. Mereka ini hanya orang-orang yang kecil. Orang-orang yang hanya sekali-sekala perlu bila pada waktunya. Pun begitu, kehadiran mereka ini amat diperlukan. Kewujudan mereka amat penting, hinggakan kalau mereka tidak datang atau muncul kerana masalah pengangkutan, kenderaan akan dihantar, siap dengan penginapan dan makan kalau yang dari jauh. Tetapi selepas beberapa sekian masa, maka mereka ini akan dilupakan. Seakan-akan kewujudan mereka tidak diketahui.

Apabila mereka meminta balas kasihan. Meminta perhatian. Meminta supaya diringankan masalah sanak saudara sekampung. Mereka sepertinya tidak dilayan. Pelbagai alasan diberi. Bagi Mereka yang mudah putus asa, terus tersungkur tetapi bagi mereka yang jenis muka tembok, akan terus berusaha,berusaha dan berusaha sehingga berjaya. Akhirnya mereka dapat yang mereka inginkan. Mereka ini merasa gembira, sekurang-kurangnya beban mereka menjadi ringan. Tapi harapkan cerah hingga ke petang, masalah lain pula membantai. Mereka tiada salah.Mereka tiada bantahan tapi kenapa pula 'MEREKA-MEREKA' buat seperti itu? Apakah mereka tidak layak? Kenapa perlu diberhentikan? Nah! jadilah mereka yang kecewa..

Kata manis bukan selalunya manis. Kata manis boleh menyejukkan tapi harus jaga-jaga kerana kata manis boleh melukakan. Lontaran janji-janji 1001 macam janji. Apa saja kamu minta akan diberi dan ditunaikan. Kalau terus membantu saya sehingga saya berada pada tempat yang baik, saya akan tetap menjadi kawan kamu. Segala keperluan, masalah kamu akan saya perhatikan. Ramai orang kanan saya yang akan membantu katanya dulu. Itu dulu, sekarang macam mana? Semuanya jumpa dengan Si A, Si A pula cakap jumpa dengan si B dan seterusnya. Kalau dulu, Kamu menjaga mereka, memerhati mereka tapi kenapa sekarang seperti itu..Maka itu jadilah kamu yang mengecewakan. Mengecewakan mereka-mereka yang sentiasa mempertahankan kamu, yang sentiasa mengagungkan kamu dan sampai ada yang sanggup menggadai nyawa hanya untuk kamu tetapi sekarang sikitpun kamu tidak peduli.

Ada yang cuba membantu menjadi penjernih tetapi tidak dipercayai malah dicurigai. Teguran dianggap penentangan dan kritikan dianggap lawan tuan. Tapi sedarkah, semua itu dilakukan kerana rasa hormat dan sayang, tuntutan perubahan dan pendekatan. Itu saja, tidak lebih.

Sampai bilakah keadaan ini berterus...adakah selagi kita bergelar manusia????

Read more...

BICARA TOMPINAI

Wednesday, June 17, 2009


Satu entry Tompinai yang boleh dikatakan agak kontroversi, apabila Tompinai memaparkan satu poster papan iklan yang memaparkan gambar perempuan. Gambar ini tidaklah menjolok mata kerana yang terdedah hanya separuh sahaja iaitu bahagian bahu. Tompinai cuma minta para pembaca melihat situasi dari sudut moralnya tetapi ada feedback yang tompinai dapat meminta supaya gambar itu ditiadakan.

Pada mulanya Tompinai agak hairan kerana apa yang tompinai minta hanya melihat situasi tersebut, kenapa kereta itu boleh kemalangan? Apa sebabnya? Jalan yang luas dan lurus, cantik tapi ia masih terlanggar juga. Pada pengamatan Tompinai, mungkin berhantu atau tempat itu keras kerana beberapa blok ada kedai membaiki kenderaan. Dan memang telah dijelaskan dalam papan iklan itu. Di samping gambar perempuan seksi. Adakah kemalangan itu disebabkan oleh keseksian atau pun kerana sebab lain? Itu yang Tompinai mahu tahu dari pembaca.

Tapi nampaknya mata pembaca terus kepada gambar tersebut. Ini memyebabkan kesan moralnya tidak menjadi subjek utama. Akal dan fikiran terus melihat kearah negetif. Pandangan positif menjadi kabur. Hati dan perasaan menjadi tidak seimbang. Menjadi keliru dan karuan. Kegagalan melihat dengan akal yang jauh menyebabkan fikiran hanya menjana idea yang salah, lucah. Bila saja perkataan lucah terbit, maka hati menjadi tidak tenang dan perasaan bergelora, tidak menentu. Inilah yang akan berlaku dalam kehidupan kita sebagai manusia, bila manusia gagal dalam menguasai dirinya, bila manusia membiarkan hatinya yang berkuasa dan bukan akalnya. Lebih kepada nafsu.

Pun begitu, Tompinai tabik dengan SAM kerana dapat melihatnya melalui pandangan positif. Kematangan SAM dalam melihat sesuatu amat tinggi. Ada juga pembaca yang melihatnya dari sudut positif, mereka ini adalah antara yang berjaya menggunakan akal dan fikiran.

Tompinai berbangga kerana entry tersebut berjaya mewujudkan persoalan. Ini menjadi bukti betapa kuatnya impak entry dan AURA SAM. Teguran dan kritikan para pembaca telah menjadi kekuatan dan juga penanda aras kepada kelemahan tompinai. Tanpa SAM, siapalah tompinai dan tanpa pembaca/pelawat blog, siapalah si tompinai...

Salam Tompinai.

Read more...

KENAPA DAN MENGAPA?

Monday, May 25, 2009

Tajuk yang agak umum ini, rasa sesuai untuk semua persoalan yang selalu bermain dalam minda kita. Untuk kita mengungkai setiap persoalan itu menjadi jawapan, mungkin akan mengambil tempoh masa yang panjang. Jadi, apa yang tompinai ingin kongsikan disini adalah berdasarkan pengamatan kendiri. Jauh sekali untuk menolak apa yang cuba disampaikan oleh mereka-mereka yang mungkin tidak semasa dengannya.

Al-kisah dengan pendirian SAM dalam menentang semua bentuk penderaan terutama penderaan kanak-kanak. Jelas sekali rata-rata warga Sam mengutuk perbuatan ini dan juga sesetengah pembaca juga begitu. Walau bagaimana pun masih ada juga yang tidak boleh menerima tindakan seperti ini.

Tompinai berpendapat yang setiap perbuatan itu ada balasannya samaada baik atau buruk begitu juga dengan balasannya dan samaada balasan itu sekarang ini atau pada masa-masa akan datang. Tidak pasti.

Tompinai percaya yang pelaku tersebut adalah manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi kenapa kejam sangat? kata al-longobi, manusia kalah dengan nafsu dan syaitan. Dua penjahat ini telah berjaya menaklukinya. oleh itu, balasan yang di perolehi adalah kutukan, hinaan dan bermacam-macam lagi. Itu belum melibatkan undang-undang. Baru antara manusia dengan manusia.

Kemudian timbul pula bantahan yang mengatakan tidak seharusnya kita menghukum atau menghakimi. Kenapa pula? Pernahkah si pelaku ini fikir tentang kebaikan sebelum melakukan kekejaman itu. Kita cuma minta supaya hukuman itu biarlah yang setimpal dan kalau boleh sesuatu yang boleh menjadi pengajaran kepada yang lain. Sebagai manusia, perkataan maaf itu mungkin boleh diucapkan tetapi adakah maaf itu mampu mengubati kesakitan yang berlaku. Bukankah sudah ada peluang diberi kepada setiap manusia untuk menjadi manusia yang baik. Kenapa tidak menggunakan peluang itu untuk menjadi manusia baik. Apabila dihukum barulah ingat segala dosa/kesalahan/perbuatan yang keji dan barulah menangis berairmata. Tapi adakah ikhlas.

Bukannya tidak memaafkan tetapi biarlah yang sepatutnya memaafkannya itupun kalau pelaku itu jujur untuk meminta maaf. Tapi kalau sekadar hanya untuk melepaskan diri tiada guna. Pelaku ini sebenarnya yang harus meminta maaf atas segala perlakuan mereka dan menerima segala hukumannya. Menerima segala akibat yang dia buat samaada secara langung atau tidak langsung. Kita hanya melihat kejadian itu dan berharap agar ia tidak berulang dan segala proses pencegahan dilakukan.

Rasanya tidak salah untuk kita mengutuk dan juga menghina pelaku itu. Kita adalah manusia yang telah diberi akal fikiran. Segala kutukan dan hinaan kita itu adalah luahan hati kita yang sakit dengan perbuatan itu. Pun begitu, ia masih lagi dalam keadaan yang terkawal. Oleh itu, segalanya bermula dari diri kita sendiri untuk melihat sesuatu. Tanggapan kita memang berbeza. Itulah uniknya kita sebagai manusia.

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP