HUJAN OH HUJAN
Monday, January 12, 2009
Hujan turun tidak berhenti sejak dari petang semalam menyebabakan, beberapa kawasan di daerah Kota Marudu dinaiki air. Keadaan ini menyebabkan rasa risau timbul, takut berulang peristiwa banjir awal tahun 2008. Kegiatan harian terganggu. Kebanyakan orang berfikir,kalau hujan ini tidak reda pasti banjir akan berlaku. Memang dah pobia orang-orang kota marudu ni. Kalau selalu kena banjir tak apa sebab dah biasa, ni sekali sekala..satu lagi, mana nak cari tempat yang sesuai untuk mengelak banjir. Kebanyakan penempatan di kawasan ini terletak di kaki bukit. Ramai yang mengharapkan agar banjir tidak berlaku. Kami, warga pendidik di SMK Kota Marudu telah mula membuat pemindahan buku2,fail2,alatan dan macam2 lagi ke tingkat atas. Nanti kalau tak buat, pasti kelam kabut kalau banjir datang. Kalau kejadian banjir tahun 2008, 3 kali sekolah kena banjir. Lepas banjir pertama, kami bergotong royong bersihkan sekolah, sekolah dah dibersihkan, banjir melanda lagi untuk kali yang kedua. teruk.. nak buat apa lagi. Akhirnya pembersihan dibuat selepas yang ketiga kali itu pun masih was-was, kalau banjir lagi.. pasti pening kepala. Apa-apa pun, harap hujan tidak berterusan. nanti merentas desa hujung ni tak jadi..he..he.. hujan-hujan... kadang baik, kadang menyusahkan...
Read more...


