Pages
CINTA DAN WAKTU
Thursday, May 12, 2011
Suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan mula menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak pandai berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik dan mula membasahi kaki Cinta.
Tak lama kemudian Cinta melihat kekayaan sedang mengayuh perahu. "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku! "Teriak Cinta. "Aduh maaf Cinta, perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu sekali nanti perahu ini karam. Lagipun tak ada ruang lagi untukmu diperahuku ini. "
Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali namun kemudian dilihatnya kegembiraan lalu dengan perahunya. "Kegembiraan, tolong aku!", Teriak cinta. Namun Kegembiraan terlalu bergembira menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar teriakan Cinta.
Air makin tinggi membasahi sampai ke pinggang dan cinta pun mulai panik. Tak lama kemudian lewatlah Kecantikan. "Kecantikan, bawalah aku bersamamu", teriak Cinta. "Wah! Cinta, kamu basah dan kotor, aku tidak mahu membawamu. Nanti kamu mengotori perahuku ini ", sahut Kecantikan.
Cinta sangat sedih mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Masa itulah lalu Kesedihan. "Oh Kesedihan bawalah aku bersamamu", kata Cinta. "Maaf Cinta, aku sedang sedih, dan aku ingin sendirian saja ...", kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta sudah mula putus asa, ia melihat air semakin naik dan pas menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah terdengar suara, "Cinta, mari segera naik perahuku". Cinta menoleh ke suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat ia naik ke perahu itu tepat sebelum air menenggelamkannya.
Di pulau terdekat orang tua itu menurunkan Cinta dan berlalu pergi. Pada saat itulah Cinta baru sedar bahawa ia sama sekali tidak mengenali orang tua yang telah menyelamatkannya. Cinta mula bertanya kepada penduduk di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua itu tadi?, Dia adalah Waktu," kata orang-orang tersebut. "Tapi kenapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalkupun enggan untuk menolongku ", tanya Cinta hairan. "Sebab hanya waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari cinta itu ...".
AKU & DUNIA BARUKU
Wednesday, February 23, 2011
PERJALANAN INI
Thursday, February 11, 2010
Setelah sekian lama, baru dapat membuat sedikit entri dalam bolg ini. Mungkin ramai yang tertanya kenapa entrinya tak serancak dulu. Keinginan untuk membuat entri masih ada, kalau boleh sekerap yang mingkin tapi disebabkan oleh hambatan kesibukan,maka usaha itu terbantut.
Sudut Pandang yang Berbeza: DeeJay Tomm
Saturday, December 12, 2009
BEZANYA ANTARA 1 DENGAN 10
Thursday, September 3, 2009
BICARA HATI
Thursday, July 30, 2009
BICARA TANPA SUARA
Friday, June 12, 2009
MANUSIA OH MANUSIA
Thursday, June 4, 2009
Pemerintah memberikan atau menyediakan dana yang cukup untuk membina negara atau sesuatu yang perlu tetapi selalunya akan dikata tidak mencukupi. Dimana silapnya dan dimana kurangnya? Kata orang kampung,banyak saringannya. Alih-alih yang mendapat musibah adalah kita yang dibawah ini. Apa yang diharapkan oleh pihak pemerintah untuk dinikmati dan dikecapi tidak kesampaian. Ada pun tidak memuaskan. nak salahkan pemerintah tak boleh sebab pemerintah sudah cuba sebaik mungkin tapi inilah manusia, manusia yang bertindak tanpa melihat keperluan orang lain.
Kata Sangguru, apa yang berlaku ini adalah disebabkan oleh angkara manusia itu sendiri. Manusia yang berjiwakan wang,kuasa dan macam-macam lagi. Adakah masih ada manusia yang berhati mulia? satu pertanyaan yang sukar dijawap. Kita jawab dalam hati kita masing-masing.
Apa2 pun ini hanyalah sekadar ulasan semata-mata. Tompinai bukanlah pakar dalam menilai orang. Tompinai sendiri masih lagi belajar dalam mengenali dunia ini. Kata aki, tak kenal maka tak tahu, tak tahu maka tak faham...( hanya tulun sokid saja tau...sana kampungan....). Salam
RAKYAT SABAH IKON INTERGRASI KAUM
Keunikan yang sememangnya tidak dapat dinafikan. Rakyat Sabah boleh dikatakan bertuah kerana apapun perayaan yang dilakukan pasti mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarkat. Kepelbagaian adat resam dan kepercayaan sama sekali tidak menjadi halangan, malah ia akan dapat memperlihat keakraban, kejituan semangat kekitaan. Kita pernah mendengar program intergrasi peringkat kebangsaan namun tidak pasti dengan hasilnya.
Akhir kata, Kita berharap agar rakyat Sabah sentiasa mengamalkan semangat kekitaan ini tanpa sebarang halangan. Memetik kata tekong SAM, Tokou e tokou. Salam.
PUSAT BUDAYA KOTA MARUDU / GALERI BUDAYA KOTA MARUDU: REALITI ATAU IMPIAN..
Tuesday, June 2, 2009
SAM: PENCETUS PERUBAHAN MINDA.
Wednesday, May 27, 2009
Dalam mencari sesuatu kejayaan, banyak perkara yang harus ditempuhi. Setiap kejayaan itu selalunya diiringi dengan masalah dan masalah inilah yang akan membantutkan usaha tersebut. Kata sangguru. Apa yang kita capai hari ini adalah hasil daripada apa yang telah kita atasi. Banyak orang mahu melihat setakat mana kemampuan SAM untuk bertahan menghadapi karenah luar. Tidak kurang juga yang memandang rendah dengan kemampuan SAM dalam menyuarakan sesuatu permasalahan atau isu. Juga ada yang prasangka dengan SAM, mereka mengganggap SAM akan menjadi platform seseorang untuk menonjolkan diri. Itu semua anggapan dan tanggapan yang tidak berasas.SAM adalah pusat mengembangan idea-idea yang dikumpul dan diperhalusi supaya sesuai dengan keadaan semasa. SAM secara terbuka menerima semua idea yang boleh dijanakan menjadi kenyataan. Cetusan minda ini merupakan luahan daripada jiwa generasi muda. Generasi yang inginkan perubahan, yang mahu supaya suara didengar. SAM cuba menyampaikan apa yang sepatutnya dan cuba mendapatkan perhatian walaupun mengambil masa. Ahli SAM hanya dapat bermesyuarat secara maya kerana Ahlinya tersebar luas diserta tempat malah diluar negara pun ada.
Peranan SAM sudah jelas dan telah ada bukti pencapaiannya. Keterbukaan minda semakin terasa dalam warga Tandek. Usaha ini dilakukan secara tidak langsung oleh ahli SAM, dengan menggunakan pendekatan yang halus. Pun begitu, SAM juga tidak mengabai Warga Kota Marudu. SAM sentiasa cuba untuk membuka minda Penduduk di Daerah Kota Marudu. Minda harus dibuka untuk melihat apa lagi yang perlu ada di Daerah ini. Selain itu, Bagaimana cara untuk memajukan daerah ini dari semua aspek. Perubahan fizikal daerah memang sudah jelas. Bagaimana dengan perubahan inteleknya dan rohaninya?.
PUISI AYAH 2
Thursday, May 21, 2009
Ayah....
Tiada kata,
tiada bicara
hanya kenangan menjadi ingatan...
Ayah..
segala katamu,
segala bicaramu,
sentiasa menjadi pegangan,
sentiasa menjadi panduan.
Ayah..
nasihatmu,
teguranmu,
Kritikanmu
Akan kekal menjadi azimat hidup ini..
Ayah...
senyumanmu,
Tawamu,
Selokamu,
Akan kekal menjadi penghibur hati.
Ayah...
Kekuatanmu,
Kegigihanmu,
kesabaranmu,
Akan tetap dihati ini...
KENAPA DAN MENGAPA
Thursday, April 2, 2009
Kenapa banyak sangat tanda ?? muncul dalam minda ini? . Apakah semua mempunyai keadaan yang sama?. Kenapa tanda tanya itu kerap kali keluar dan kelihatan tidak ada penamatnya. Apakah memang kita dilahirkan dengan penuh persoalan supaya kita mampu berfikir tentang sesuatu yang kita tidak jangkakan? Pasti ramai yang terbabas kerana ketidakmampuannya untuk mengungkaikan sesuatu persoalan itu. Kadangkala kita fikir yang kita sudah berjaya menyelesaikan tapi benarkah, atau hanya main minda semata-mata? Kita sering mengelak daripada menjawab setiap persoalan itu. Kita sering mengelak daripada dipersoal tetapi berjayakah kita? Kita menyatakan yang kitalah betul tapi persoalannya benarkah? Kita cuba untuk menidakkan sesuatu yang jelas berlaku yang pasti menimbulkan persoalan tetapi berjayakah kita? Persoalan yang mudah menjadi sukar kerana sikap kita sendiri. Kita mengaku yang kita tidak risau apa-apa pun, benarkah? Atau itu hanya kata-kata yang digunakan untuk menyedapkan hati, takut disoal lagi. Sebenarnya kita telah meletakkan diri kita pada posisi yang mendatangkan banyak masalah. Kita jelas telah tewas oleh hati kita yang sering mempersoalankan orang lain. Kita anggap apa yang kita buat itu adalah sesuatu yang boleh memuaskan hati tapi sebenarnya kita telah membuat tempahan. Satu tempahan yang pasti memeranjatkan semua. Hanya kerana persoalaan dalam diri, akhirnya satu kata janji terabai. Jelas sekali pertanyaan, persoalan dan soalan dalam hidup menjadi penentu kepada masa depan kita.FIELD OF DREAMS
Wednesday, March 18, 2009
Entri tompinai kali ini berkisar dengan satu filem yang tompinai tengok di HBO. Pada mulanya, tompinai tidaklah ambil kisah sangat ceritanya tetapi kerana pelakonnya merupakan antara pelakon kesukaan tompinai maka tompinai pun duduk tengok. BICARA TOMPINAI
Tuesday, March 17, 2009
(sekadar gambar je. Dari filem underworld.)
Dalam masa beberapa hari, tompinai cuma melawat beberapa blog. Hampir kesemua blog bercerita tentang suasana politik negara dan gossip-gossip pak menteri. Tompinai tak laratlah nak campur kerana tompinai ni bukannya pandai sangat menilik ataupun mengomen. Bukannya apa, tompinai bukannya baik sangat. Tompinai pun ada kekurangan. Orang tua2 bilang jangan menyibuk pasal diri orang, lebih sibuk dengan diri sendiri nanti takut kalau tak terjaga..abis jadi abuk..besar maksudnya tu...tulah yang tompinai fikir.
Apa-apa pun tompinai kesian jugalah dengan rakan bloggers yang kena serang. Tak abis-abis kena hentam. Tujuannya baik tapi mungkin kerana emosional, jawapannya tersasar sikit. Tak pe le kawan, sabar je le. Da jawap cukup, tak payah ulas panjang2. Semakin banyak bercakap semakin mudah tersalah. Jadi biarlah komen-komen itu. Daripada komen2 itu, boleh dibuat kesimpulan betapa orang-orang KM ini sayang dengan pemimpin mereka.
Pemimpin yang jarang disebut atau ditegur merupakan pemimpin yang tidak disayangi. Pemimpin yang kerap ditegur dan dikomen adalah yang disayangi sebabnya kita tidak mahu dia alpa atau tersandung. Kita mahu pemimpin kita sentiasa ingat dengan kita. Tompinai percaya bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang baik kerana apa saja perbuatan, tindakan atau perlakuan sentiasa disalahanggap. Baik pun kena cakap tidak baik,jahat pun kena cakap jahat juga.
Kalau nak puaskan hati semua, pasti huru hara jadinya. Ada kalanya, dalam mencapai sesuatu atau melakukan sesuatu pasti ada saja yang jadi 'kos melepas'. Bagi Tompinai, pandang dan lihat, dengar dan fahami, sampaikannya dengan menggunakan mata hati... Membuat sesuatu yang besar harus bermula dari yang kecil. Memang kita inginkan perubahan dalam daerah KM. Kita sokong dan Kita tegur. Kalau asyik hantam tak tentu pasal saja tiada guna. Nanti kita akan jadi pengkritik yang hebat tanpa sebarang kejayaan. Lebih kuranglah dengan tin kosong.
Kata salah satu komen di blog kawan.. sentiasa bawa cermin muka supaya dapat tengok muka sendiri sebelum mengata orang...betul ke ni...tak tau lah. Tompinai tak berani cakap....
Read more...




.jpg)



