nuffnang

Pages

Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

YANG KITA TIDAK SEDAR

Friday, March 20, 2009



(sekadar gambar hiasan)


Al kisah, terdapat sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja yang sangat bijaksana dan adil. Pemerintahannya yang saksama menyebabkan negeri ini maju dan makmur. Rakyat jelatanya hidup aman damai. Segala hasil tanaman, ternakan dan buruan sentiasa mencukupi. Boleh dikatakan, dalam negeri jarang sekali berlaku krisis kekurangan makanan. Amat jarang sekali raja mendapat laporan yang rakyatnya mengalami kebuluran.

Kehidupan yang aman damai ini membuatkan raja senang hati. Walau bagaimana pun hanya satu saja perkara yang merisaukannya, pewaris. Raja ini tidak mempunyai anak lelaki atau putera, yang ada hanya puteri. Keadaan ini membuatkan raja tidak tidur lena. Raja takut kalau sekiranya puteri tidak kahwin dan raja mati maka taktha itu akan diambil oleh saudaranya. Raja tidak mahu. Jadi raja pun mengambil keputusan untuk mencari bakal suami kepada puterinya. Raja menjemput para putera-putera datang ke negerinya.

Raja membuat temuduga untuk mendapatkan menantu yang paling sesuai tapi malangnya rata-rata putera itu semuanya tamak. Mereka semua lebih berminat dengan kekayaan raja tersebut. Puteri raja tersebut bukannya tidak lawa. Kalau setakat di negera ini tiada tolok bandingnya. Mungkin kecantikan puteri tersebut ditenggelami oleh kekayaan raja tersebut. Raja bertambah binggung, berfikir apa lagi cara untuk mencari menantu yang paling gagah dan berani, yang mampu mempertahankan negerinya nanti.

Akhirnya raja mendapat satu idea. Raja mengarahkan para tukangnya untuk membina satu tasik yang besar dan di tengah-tengahnya dibina pulau. Diatas pulau itu dibina istana yang sangat cantik. Istana itu khusus untuk puterinya tinggal. Beberapa lama kemudian, raja memanggil seluruh rakyat jelatanya. Berkumpul disekeliling tasik tersebut.
Raja pun membuat pengumuman.
' Hai, rakyat beta semua, siapa diantara kamu yang ingin berkahwin dengan puteri beta?' tanya raja. Hampir semua pemuda2 yang ada serentak menjawab 'saya tuanku'. Raja tersenyum, 'rupa2nya ada juga rakyat beta yang mahu puteri beta ini' kata raja dalam hati.
' Baiklah, kamu semua berpeluang untuk mendapatkan puteri beta. Malah segala kekayaan dan tahkta beta akan menjadi milik kamu. Dengan syarat, kamu harus berenang kepulau ini ' kata raja.
Apa lagi, semua pemuda yang berkeinginan pun merasakan syarat itu sangat mudah.
Sementera itu, raja mengarahkan pengawalnya menurunkan seekor lembu yang sangat gemuk kedalam tasik tersebut. Semua penduduk hairan kenapa lembu itu diturunkan ke air, tidak semana-mana ribuan buaya muncul menyambar lembu tersebut. Dalam sekelip mata saja lembu itu habis. Semua penduduk terkejut termasuklah pemuda-pemuda yang berminat itu. Rasa minat dan keinginan hilang terus. Takut mati dibaham oleh buaya. Raja pun berkata ' kepada yang berani silalah terjun dan berenang ke sini' Namun tiada yang berani, malah semuanya undur ke belakang. Raja menunggu dan menunggu.

Tiba-tiba kedengaran benda jatuh kedalam air dan bunyi kayuhan tangan yang sangat laju. Raja melihat seorang pemuda berani, berenang dengan lajunya menuju tempat raja tersebut. Semua penduduk bersorak. Pemuda itu sampai dengan selamat di pulau itu. Raja sangat gembira dan puas hati dengan keberanian pemuda tersebut. Pemuda itu duduk dan diam, kelihatan wajahnya pucat. Raja pun berkata' Wahai orang muda, kamu sangat berani, kamulah bakal menantu beta dan mintalah apa yang kamu mahu'. Pemuda itu berdiri sambil berkata' Tuanku, patik tidak mahu puteri atau harta tuanku, patik hanya mahu tahu siapa yang tolak patik ke dalam tasik. Itu saja. Nasib baik patik tidak di baham oleh buaya tadi ' sambung pemuda tersebut. Apabila raja mendengar kata pemuda tersebut, raja terus terduduk tanpa sebarang suara..

Moral dalam cerita ini ialah dalam diri kita, terdapat satu kekuatan yang kita tidak sedar. Kekuatan ini hanya akan terserlah dalam keadaan tertentu ataupun bila ada sesuatu yang memaksanya keluar. Ramai orang yang tidak sedar akan kekuatan ini. Cuba kamu renungkan..pernahkah kamu mengalami satu keadaan dimana secara tiba-tiba kamu dapat mengatasinya?....

Read more...

INILAH KEADAAN KAMI: TAMU KOTA MARUDU

Sunday, March 1, 2009

Dalam kita sibuk-sibuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan situasi negara kita, kita lupa dengan kewujudan para peniaga dari kalangan orang kita.

Melihat gambar di atas, kita boleh bayangkan betapa besarnya pengharapan mereka untuk mengubah hidup mereka. Orang kita menggunakan sumber alam secara optimum untuk mendapatkan barang jualan. Rasa-rasanya bagi kita yang sudah sebati tinggal di pekan, bandar atau kota pasti tidak mahu lagi meredah hutan dara atau bukit bukau untuk mendapatkan ulam-ulam atau pun buah-buah hutan. Pasti dalam hati mengatakan ' buat apa menyusahkan diri ataupun ada sudah KFC, PizaHUT...tak payahlah susah-susah' . Bukannya apa tapi kita telah membandarkan diri kita dan jiwa kita. Jadi kitalah yang menjadi pembelinya dan secara tidak langsung kita membantu orang kita.

Kadang kala meluat juga dengar bila ada tawar menawar di kalangan orang kita bila berurusan. Tidakkah mereka ini terfikir dengan kepayahan orang kita mencari atau mendapatkan barang. Selain itu, orang kita juga terpaksa bersaing dengan orang lain. Kadang-kadang harga buah tarap rm 2.00 pun di tawar sedangkan kalau dikira sebenarnya manalah ada untung orang kita. Tapi kalau peniaga bukan orang kita senang saja menghulur apa lagi kalau kena panggil 'BOS'. Memanglah sesetengah orang kita ini terdiri daripada orang yang datang dari kawasan kaki bukit, pasti mereka ini agak kaku dalam situasi tawar menawar. Jadi janganlah keterlaluan menawar. Kata SANGURU, sesekali tu biarlah bersedekah.

Melihat keadaan orang kita dan situasi mereka di Tamu, jelas sekali orang kita terpinggir. Yang mendapat tempat yang luas dan juga menggunakan khemah yang bertanda agensi tertentu nampaknya bukan orang kita. Di Mana Silapnya?. Nampaknya yang yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pemimpin kita tidak memberi sebarang manfaat kepada orang kita. Kenapa tidak diwujudkan satu pelan khusus untuk membantu orang kita ini?

Kepada para pemimpin,sedarlah dari mimpi, kejutkanlah jiwa itu dan pandanglah mereka, dengarlah keluhan hati mereka.. yang di minta tidak besar cuma buatlah sesuatu agar orang kita tidak terpinggir lagi.....

Read more...

INDAHNYA KOTA MARUDU DIMATAKU : TOMPINAI

Friday, February 27, 2009

BUNGA LIAR YANG CANTIK

SEBELUM IA MENJADI BUNGA




Petang kelmarin saya membawa atlit saya membuat larian mendaki. Lokasi tujuan kami ialah Bukit Pancaran yang terletak di kawasan Langkon. Lokasi ini memang menjadi tumpuan para pejogging kerana ia mempunyai laluan yang baik ( beraspal ) hingga ke puncak. Laluannya juga agak jauh lebih kurang dalam 3 kilometer. Walaupun agak penat tetapi kepenatan itu hilang apabila melihat keindahan alam sekelilingnya. Semasa kami sampai, keadaan agak berkabus kerana hujan turun rentik-rentik. Dari puncak, kelihatan di hujung sana, terbentang luas pemandang seluruh kawasan Kota Marudu. Teluk Marudu juga kelihatan dengan jelas. Walaupun kawasan itu di kelilingi oleh ladang-ladang tetapi di bahagian puncak jelas masih dalam keadaan terpelihara. Melihat panorama itu, hati bertanya kenapa pihak-pihak yang berkenan tidak berusaha untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pemerhatian. Rasanya kalau ia dimajukan pasti akan menjadi tumpuan kerana tempat itu amat strategik. Keindahan alam flora dikawasan tersebut boleh dijadikan sebagai daya tarikan dan ia masih lagi boleh diperbanyakkan. Ramai orang bertanya apalah yang boleh dijadikan sebagai daya tarikan untuk daerah Kota Marudu. Sebenarnya selain daripada kepelbagaian budayan, keindahan alam semulajadinya boleh menjadi daya tarikan.


Read more...

Kejuaraan ke-4: Program Peningkatan Sukan Olahraga

Saturday, February 21, 2009

Kami juara lagi. Kejuaraan kali ke-4 berturut-turut dalam mssd Kota marudu. Saya sudah bersama dengan kontinjen MSS Smk Kota Marudu sejak tahun 1997. Sebelum tahun 2000, kejuaraan ini sering bertukar tangan. Amat jarang sekali dapat dipegang lebih dari 2 tahun tetapi selepas tahun 2000 barulah kami mula mengorak langkah. Pun begitu banyak rintangan yang kami hadapi. Bermacam-macam karenah. Pernah juga kejuaraan itu ditarik tanpa kerelaan kami. Penarikan kejuaraan sangat memalukan tetapi kami terima dengan hati yang terbuka.

Segala asam garam ini telah berjaya mendewasakan kami. Kami sedar kalau kami tidak peka pada perkara yang kecil sampai bila pun kami tidak akan berjaya. Akhirnya kami telah sepakat untuk membuat satu program khas peningkatan olahraga. Program ini diketuai oleh En.Jeson Majimal. Kami kumpulan jurulatih diberi tugasan merangka program pencarian bakat dan juga latihan khas untuk atlit kami. Selain itu, En. Jeson telah memanggil beberapa individu yang merupakan antara bekas atlit kebangsaan dan juga jurulatih kebangsaan. Antaranya En. Sulaiman Arman, yang juga merupakan bekas jurulatih saya.

Input-input yang beliau beri telah kami aplikasikan dalam latihan kami. Kami dapat melihat berbezaan atlit kami dengan atlit dari sekolah lain. Pendekatan yang kami gunakan ketika melatih mereka berbeza mengikut tahap kejohanan yang atlit kami sertai. Kejayaan kami ini banyak dipengaruhi oleh penerapaan pengurusaan dan latihan yang bersistem. Setiap tahun kami sentiasa melahirkan bintang baru dalam sukan olahraga. Adalah diharap bintang baru ini akan terus berjaya di peringkat tinggi bukti kepada keberkesanan program sukan Mss Smk Kota Marudu.

Read more...

PERTAHANKAN KETUANAN DI BUMI SENDIRI

Sunday, February 1, 2009

Melihat kepada senario sekarang ini, tompinai merasakan yang kita secara tidak langsung telah dimanjakan. Kita menjadi pengemis di bumi kita sendiri. Apa tidaknya hampir semuanya ada saja berkataan subsidi digunakan. Bermacam-macam subsidi ditawarkan, yang kononnya untuk membantu meringankan beban kita tetapi sedarkah kita tentang kesannya. Kita akan terikat,tidak dapat bersuara dan hanya mengikut sahaja. Pihak kerajaan sebenarnya pernah berura-ura untuk memansuh beberapa jenis subsidi tetapi telah dibantah. Keputusan ini telah menimbulkan bermacam-macam persoalan dikalangan rakyat hinggakan ada yang mengatakan kerajaan menjadi lupa kepada rakyatnya. Tindakan kerajaan telah menyebabkannya dikecam. Kenapa kita tidak lihat dari sudut positifnya. Tujuan murni kerajaan amat jelas, dimana kerajaan mahu menyedarkan rakyat supaya tidak terlalu bergantung dengan kerajaan. Kerajaan sebenar ingin membuka satu persaingan yang sihat dikalangan rakyatnya. Ketidak beranian kita untuk menerima perubahan dalam sistem menyebabkan kita terbelakang atau ketinggalan. Kita, penduduk tempatan hampir terpinggir dalam semua aspek. Kenapa kita tidak menjadi seperti mereka yang lain, yang mampu bersaing dalam semua perkara biarpun tidak menerima banyak jenis subsidi. Kita harus bangkit dan belajar menerima setiap perubahan. kita harus berani bersuara dalam memastikan kita mampu bersaing dalam semua aspek. Tompinai percaya yang kita tidak kekurangan dari segi kebijaksanaan. Sejarah telah membuktikan, ada dikalangan kita yang telah berjaya mengharungi dunia kepayahan itu. Walaupun terpaksa berkerja keras tetapi usaha mereka berbaloi. Kita harus keluar dari belenggu kemanjaan ini. Kita mesti bersedia menghadapi dunia persaingan tanpa terlalu mengharapkan bantuan atau subsidi. Biarlah hanya mereka yang masih memerlukannya dibantu. tetapi selepas itu mesti ada kesedaran untuk berubah. Di bumi tercinta ini, Daerah Kota Marudu, mesti ada berubahan dalan semua aspek. Kita mesti menjadikan Daerah ini milik secara total oleh penduduk daerah ini. Tompinai mahu melihat seorang warga daerah Kota Marudu menjadi pengemudi halatuju daerah ini. Jangan lagi kita sewenangnya membiarkan daerah ini berada ditangan orang lain. Jangan lagi hanya menjadi boneka. Satukan suara, gabungkan tekad dan semarakkan kekuatan dalam perubahan ini. Kepada warga Kota Marudu yang telah menjadi bijakpandai, baliklah dan jenguklah, lihatlah dan rasailah keperitan dan kepayahan yang dialami. Beri sokongan dalam menentukan perubahan itu. Tunjukkan diri agar warga kota marudu dapat melihat bakal-bakal peneraju kota marudu dimasa akan datang.

Read more...

TERSINGKIR DIBUMI SENDIRI

Thursday, January 29, 2009

Pada 28.01.2009 bersamaan hari Rabu, tompinai mengambil kesempatan berjalan-jalan di kawasan tamu pekan Kota Marudu. Kebetulan hari Rabu merupakan pasar tani, jadi ramai yang datang membawa hasil tanaman unutk dijual. Walaupun masih lagi dalam cuti tahun baru cina, masih ramai yang datang untuk membeli atau pun sekadar melihat-lihat. Senang hati tompinai melihat ramai orang-orang kita yang berjual walaupun di tepi jalan atau pun dicelah-celah khemah penjual yang lain. Dalam pada itu sedih sebab kelihatan orang kita amat kerdil disamping penjual-penjual lain yang telah berjaya merebut peluang perniagaan tersebut. Siapa yang salah sebenarnya dalam keadaan ini..adakah kita harus menyalahkan orang-orang kita ini kerana tidak pandai merebut peluang atau pihak-pihak tertentu yang tidak berjaya dalam misi mereka. Agak sukar untuk membuat andaian. Biarpun dalam kepayahan,orang2 kita masih lagi cuba untuk bersaing mendapat tempat atau ruang untuk meletakkan jualan mereka. Sedang tompinai membelek barang jualan, tompinai terdengar perbualan beberapa orang yang tidak pasti samaada pembeli atau pemjual. Isi perbincangan mereka merujuk kepada kepincangan dalam pelaksanaan pemantauan dan juga kurang perkemanusiaan pihak2 tertentu kepada penjual-penjual tempatan. Mereka meluat tengok bila seorang penduduk kampung yang cuba berjual dikaki lima bangunan,dihalau tanpa belas kasihan. Penduduk kampung tersebut cuma menjual hasil yang dipunggut dari kawasan bukit, yang mungkin nilainya tidaklah sampai ratusan ringgit. Ruang yang diguna pun hanya selebar karung plastik. Walaupun penduduk kampung tersebut merayu tetapi segala rayuanya tidak diendahkan malah ia digertak kata orang itu, Saya cubalah membantu orang kampung itu dengan bercakap pada pihak itu tetapi langsung tidak dipeduli katanya. Kata orang itu lagi yang hariannya kenapa mereka yang dihujung kedai lagi tu tidak dihalau, sedangkan mereka ini 'orang2 yang datang' katanya. Saya juga ada tanya itu orang kampung, ada dia bayar 'tikit', orang kampung itu jawap ada katanya. Tompinai hanya mendengar saja. Kalaulah ia berlaku semasa tompinai ada, pasti satu pekan kota marudu kecoh. Apa taknya, tompinai marah habis-habisan. Ini orang kita,kenapa ia diperlakukan sedemikian rupa. Dimana belas kasihan? dimana tolak ansur? Dimana silapnya perkara ini? Kenapa boleh tersingkir dibumi sendiri? Apa puncanya dan apa penyelesaiannya? Jangan biarkan keadaan seperti berterusan. Kalau mahu menguatkuasakan peraturan biar samarata, jangan ada yang dipilih-pilih. Pesan tompinai kepada orang kita, teruskan berjualan dan kepada orang kita sokonglah orang kita dengan membeli jual-jualan mereka. Tompinai pulang dari pekan dengan perasaan yang bercampur2. Sayangnya tompinai tidak sempat bertanya nama orang-orang yang bercerita tadi. Inilah keadaan yang mesti diubah.

Read more...

BICARA IKHLAS 1

Tuesday, January 27, 2009

Tompinai merasa bangga kerana tinggal di satu tempat yang sangat aman. Tompinai percaya yang kita semua juga merasakannya. Kita tidak mahu menjadi seperti kawan-kawan di negara lain yang tidak pernah merasa aman. kita tidak mahu melihat anak-anak kita bergelendangan di jalan-jalan tanpa tujuan. Kita juga tidak mahu melihat generasi muda kita memenuhi pusat-pusat pemulihan atau penjara-penjara di seluruh negara. Kita tidak mahu saban hari, media cetak atau elektronik memaparkan cerita tentang orang tempatan ditangkap atau dijatuhi hukuman. Kita mahu melihat anak-anak kita berlumba mencari ilmu pengetahuan dan generasi muda kita memperlihatkan perkara-perkara yang positif. Tompinai percaya ia akan tercapai kalaulah setiap warga dinegara bersikap terbuka dan positif dalam kehidupan dan pemikiran mereka. Kita seharusnya menjadi seorang perancang dan juga pelaksana yang berani. Dalam masa yang sama mesti sentiasa berfikir logik dalam sesuatu perkara. Memang tidak dinafikan yang kebanyakan warga kita masih terikat dengan budaya tempatan atau bangsa, yang selalu bertentangan dengan perkembangan manusia. Inilah yang sebenarnya menjadi halangan. Kenapa kita tidak menjadi seperti sesetengah bangsa contoh jepun, yang berjaya mengaplikasikan budaya mereka sebagai asas kepada kemajuan negara mereka. Mereka berjaya mengubahsuai kepercayaan tertentu sejajar dengan perkembangan manusia. Kita mesti berubah, kita mesti bergerak kehadapan tanpa meninggalkan kepercayaan dan budaya kita. Kita harus jadi pegangan turun termurun itu sesuai digunakan sepanjang masa. Pasti pada akhirnya kita akan menjadikan negara kita kuat dari segala sudut....

Read more...

SUARA ANAK MARUDU

Tuesday, January 20, 2009

ketika saya melayari beberapa blog, banyak maklumat yang saya kira amat sesuai untuk menjadi santapan minda. Paling menarik adalah posting2 yang ada dalam blog Suara Anak Marudu. Posting mereka merupakan cetusan pemikiran golongan muda atau generasi muda. Ahli2 blog terdiri daripada pelbagai peringkat. Inilah intipati yang menjadikan blog ini amat menarik. Saya percaya mana2 mereka yang telah melayari blog ini pasti mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan saya. Kewujudan blog ini merupakan inisiatif sekumpulan bloger yang mahu supaya idea mereka dapat dikumpulkan dalam satu ruang. dan juga menjadi pusat pertemuan maya mereka.

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP