nuffnang

Pages

Showing posts with label minda tom. Show all posts
Showing posts with label minda tom. Show all posts

HUJAN OH HUJAN

Saturday, December 26, 2009



Kota Marudu nampaknya semakin kerap di simbah hujan. Kedatangan dan kekerapan hujan ini sememangnya amat dirisaukan. Ramai penduduk daerah ini menjangkakan yang banjir pasti akan berlaku. Keadaan yang sama juga dialami pada tahun lalu. Pun begitu, keadaan cuaca ini tidak menghalang kelancaran program2 ataupun majlis kahwin. Malah sesetengah orang berseloroh yang hujan ini sebenar membawa kebaikan.....
Posted by Picasa

Read more...

RASA TAKUT YANG TERUBAT

Monday, October 5, 2009

Apabila saya mendapat maklumat berkaitan dengan kemungkinan akan berlakunya taufan super parma yang akan melanda kawasan tertentu di Sabah, timbul rasa takut. Bukan apa, takut bila memikirkan betapa teruk kesannya. Dalam hati berdoa, supaya janganlah super taufan ini berlaku. Rasa takut ini menyebabkan saya sukar tidur, saya sentiasa memerhati keadaan cuaca. Kalau rasanya taufan berlaku, pasti saya akan mengambil tindakan yang sewajar.

Bila saja saya bangun, saya melihat keadaan cuaca yang cerah, lega terasa. Saya terfikir, selama ini sudah berapa kali angin kencang berlaku namun keadaan negeri ini tetap tenang. Apa sebabnya...namun  yang pasti, semua penganut agama berdoa, memohon supaya bala ini tidak berlaku. Supaya bala ini tersasar ke kawasan yang tidak berpenduduk.

Rasa takut terus hilang. Walau bagaimana pun was-was tetap ada kerana kuasa alam sukar di bendung. Syukur, semuanya selamat.

Read more...

PEMANDANGAN YANG MENLEGAKAN

Saturday, October 3, 2009


Bayangkan kalau didunia ini tiada yang tindas menidas. Parti kita semua hidup aman dan gembira. Bayangkan kita masih lagi hidup didunia, dimana semua orang masih lagi mempunyai peluang untuk hidup senang. Bayangkan kita hidup tanpa ketakutan. Bayangkan kita hidup tanpa kerisauan. Bayangkan segala yang ada dalam bumi ini dikongsi bersama. Pasti kita amat merinduinya......

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP