Usia makin senja
Thursday, October 25, 2012
Aku merenung kembali langkah2 yang telah ku lalui. Sungguh tidak percaya yang Aku berjaya mengharunginya. Aku tahu aku bukanlah seorang yang kuat tetapi Aku percaya yang semua itu telah mematangkan Aku. Aku harus berterima kasih kepada mereka semua. Berterima kasih kerana telah membantu mematangkan Aku. Tempoh yang Aku tempuhi bukanlah sekejap tetapi bertahun-tahun. Yang pada penghujungnya telah menyebabkan Aku hilang rasa.
Aku menjadi kebal pada sesuatu, sesuatu yang hanya Aku sendiri tahu. Sehingga kini ia masih menghantui lagi. Aku percaya yang ia akan mengambil sedikit masa untuk mengubahnya. Namun Aku tidak lagi mengharap untuk itu semua. Aku hanya mahu agar Aku dapat menikmati usia ini dengan sebaiknya. Aku hanya ingin melihat anak-anakku berjaya, berjaya mengharungi semuanya, berjaya dalam hidup masing2.
Makin hari, Aku berusaha untuk menguatkan diri agar dapat terus menikmati sisa usia ini. Aku ingin hidup dengan kebahagian yang sejati. Aku tahu bukan mudah tetapi Aku tahu ia juga bukan mustahil. Aku tidak kesah apa orang cakap atau perkatakan. Aku tahu, hanya aku yang tahu segalanya.Aku bersyukur kerana Aku sudah dilatih dari kecil bagaimana untuk mengucap syukur dalam semua perkara. Aku telah pun dilatih untuk tidak mengeluh dalam setiap masalah yang datang. Aku masih ingat kata2 dari arwah bapaku, ' biar apa pun berlaku, tetaplah berdiri pada pendirianmu dan ingatlah bahawa kamu bukan keseorangan' katanya. Semua itu telah menjadi pegangan ku selama ini.
Maka itu, dalam usia yang semakin senja ini, baik lagi Aku berusaha mencari setiap kebahagian yang telah terlepas. Agar nanti suatu masa, ia tidak akan menjadi kekesalan dalam hidup.
0 comments:
Post a Comment