nuffnang

Pages

Wardina nafi sertai perhimpunan BERSIH

Wednesday, June 29, 2011

2011/06/29KUALA LUMPUR: Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah menafikan tuduhan beberapa penulis laman blog bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan akan bertanding pada pilihan raya umum nanti di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan gambarnya bersama beberapa pemimpin PKR, termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah tidak benar dan merosakkan reputasinya sebagai artis.
“Semua dakwaan ini tidak benar, boleh tanya orang ramai yang datang pada hari itu, mereka sendiri mendengar ceremah saya dan boleh memberi pengakuan yang ceramah saya langsung tiada unsur politik,” katanya pada sidang akhbar di sini, pagi ini.
Wardina berkata, beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar lamanya yang tidak berhijab tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

“Ia adalah tidak benar mengatakan saya terbabit dengan parti itu. Saya ingin memberi penjelasan atas salah faham dan kekeliruan yang berlaku dalam blog itu.

“Kehadiran saya di Karnival Mesra Rakyat 26 Jun lalu sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. Saya tidak diberitahu penganjur bahawa Azmin akan hadir sama,” katanya.

Beliau bimbang tindakan beberapa blogger terbabit yang cuba mengaitkan cerita lama keluarganya dengan gambar beliau duduk bersama pemimpin PKR di sebuah gerai makan.
“Itulah sebabnya saya panggil sidang media tergempar ini. Mengenai gambar saya bersama pemimpin PKR, saya sedang minum di sebuah gerai berdekatan dan kebetulan beberapa pemimpin PKR lalu dan duduk bersama di meja, takkanlah saya hendak bertindak tidak sopan dengan meninggalkan mereka,” katanya.

Wardina mengakui menghadiri Karnival Mesra Rakyat di Kelana Jaya anjuran Kerajaan Selangor, namun beliau menafikan sama sekali bahawa kehadirannya adalah berunsurkan politik.

Sumber: Berita Harian Online.

Ulasan: Nah apa sudah jadi? Orang lain jadi mangsa sudah. Ni kes mau tumpang populariti lah...Kalau pun mau kasi Famous itu perhimpunan, janganlah lah kasi libat orang yang tak ada kaitan. Kasihan orang. Sabar ja lah Cik Wardina.....

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP