nuffnang

Pages

Showing posts with label kata bicara. Show all posts
Showing posts with label kata bicara. Show all posts

BOLA KAN BULAT

Monday, June 28, 2010

Tak banyak yang boleh dikira kejutan dalam perlawanan bola sepak world cup ini. Tampak seperti satu pameran fesyen pakaian, gaya rambut atau tatoo badan. Kalau skill permainan, hampir sama. Cuma mungkin, hanya brazil yg tetap di hayati kerana gaya sambanya namun ia tidak seperti dulu.Sambanya sering hambar.

Apa yang pasti, mana2 pasukan yang tidak mempunyai playmakernya pasti akan memperagakan permainan yang hambar. Lihat saja bila, Kaka mendapat kad merah, Messi dan juga Klose, pasukan mereka seakan-akan terumbang-ambing. Keyakinan pemain lain terhadap playmaker mereka sangat tinggi hinggakan kalau mereka tiada, hantar tidak menjadi.Kenapa tidak boleh bermain secara kumpulan?. Bukan Bola Sepak permainan berpasukan.

Cuba lihat pasukan yang dikira underdog, yang tidak mempunyai pemain ternama atau termahal. Contoh Ghana, masih mampu meratah lawannya sebab mereka bermain berpasukan. Kekuatan dari segi mental juga amat perlu. Begitu juga dengan daya saing yang tinggi. Salah satu ciri2 yang ada pada pasukan USA. Walaupun bukan pasukan pilihan atau pasukan terkenal namun USA masih mampu menunjukkan kepentingan bermain secara berpasukan dan sentiasa membantu antara satu dengan yang lain. Selalu ketinggalan namun masih mampu menyamainya biarpun tidak menang. Namun mereka berjaya menunjukkan apa itu bola sebenarnya.

Bola itu bulat..satu ungkapan yang amat tepat, bila ia suda bergolek. Kita tidak tahu siapa yang menang,siapa yang akan kalah. Siapa yang bernasib baik dan siapa yang tidak bernasib baik. Kita hanya tahu bila ia akan di umumkan atau dinyatakan. Kehidupan kita sebagai manusia juga sama seperti bola. Adakalanya kita pemenang dan ada kalanya kita 'loser'. Tiada satu pun yang boleh mengaku dirinya sentiasa menang dan tiada satu pun yang boleh menyatakan yang dia sentiasa tewas. Namun, pergerakan itu boleh dikawal untuk meminiumkan kekalahan, sekurang2nya 'draw' atau dalam keadaan 'menang2'. .......Ianya terletak pada hati,fikiran kita masing2.....Cayooooo.....go..go..world Cup....

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP