nuffnang

Pages

Dua syarikat tuntut bayaran segera mangsa banjir di Pitas

Thursday, September 10, 2009

Sumber: New Sabah Times
9th September, 2009

PITAS: Dua syarikat yang menjadi pembekal bahan makanan dan peralatan keperluan peribadi untuk pusat pemindahan kepada kira-kira 5,000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di daerah Pitas akhir tahun lepas dan awal tahun ini merayu kepada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab membuat pembayaran segera terhadap tuntutan mereka.

Dua daripada enam syarikat yang telah diberi mandat untuk menyediakan atau membekal bahan-bahan keperluan mendadak contohnya Pengurus Syarikat Ain Teguh Best Shop Pitas Puan Noraini Nordin telah dipertanggungjawabkan menyediakan bahan makanan mentah seperti beras, gula, kopi, susu, roti, sadin, minyak masak dan lain-lain.

Manakala Pengurus Syukur Enterprise, Jamilah Abdul Sani dipertanggung jawabkan untuk menyediakan peralatan keperluan peribadi dalam pusat pemindahan tersebut seperti selimut, bantal, tilam, tikar getah, tangki air dan lain-lain

Puan Noraini dan Jamilah menemui akhbar merayu kepada Jabatan atau Kementerian yang telah diberi kuasa untuk membuat pembayaran terhadap tuntutan mereka agar segera melaksanakannya memandangkan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah genting seperti melunaskan pinjaman bank dan juga hutang piutang dengan syarikat lain semata-mata membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya pada bila-bila masa saja bakal dibawa ke mahkamah,” kata Noraini hanya disebabkan kelewatan menjelaskan balik pinjaman yang beliau buat dari bank dan syarikat lain.
Katanya bekalan yang telah beliau serahkan berjumlah kira-kira RM750,000 demikian juga Jamilah tuntutan lebih RM100,00 itu menjadikan beliau kehilangan modal pusingan perniagaan

Kedua-dua mereka berkata mereka sebagai peniaga bumiputera yang serba kekurangan terutama sekali dari sudut modal kewangan amat sukar meneruskan perniagaan lain jika modal terpakai tidak dapat dibayar balik
“Pada mulanya kami sudah mengemukakan masalah ini kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM Sabah bagi Daerah Pitas yang mengeluarkan surat tawaran dan selepas melalui saluran tertentu di peringkat daerah secara kami mengajukannya ke peringkat negeri tetapi tuntutan kami itu di serah ke beberapa pihak lain sehinggalah membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikaitkan dalam hal pembayaran ini.

Merujuk kepada taklimat mangsa banjir yang disampaikan oleh Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri SKN bagi daerah Pitas awal tahun ini beliau telah berjanji bahawa akan menguruskan perkara ini secepatnya sebab ini katanya bencana alam keperluan mendadak dan peruntukan kilat tersedia ada
“Oleh kerana kami sudah tidak larat lagi ulang alik ke Kota Kinabalu disebabkan bulan Ramadan, kami terpaksa menggunakan untuk merayu kepada mana-mana Jabatan atau Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pembayaran terhadap tuntutan kami,” kata kedua-dua peniaga ini.

2 comments:

Gaaman,  September 10, 2009 at 6:31 PM  

atuk-atuk oiii... mujur banjir jarang2 berlaku, kalau dua or tiga kali setahun habis bangkrap la peniaga di Pitas..

Ke mana perginya
YB/Pegawai/Pemimpin yg tersenyum lebar(smpai ke telinga)semasa di ambil gambar masuk suratkhabar dulu(masa menyampaikan barangan tsbt kpd mangsa)??..

jiwapendidik,  September 10, 2009 at 10:15 PM  

di mana ketelusan..di mana perikemanusiaan pihak terbabit..kasihan.. Mugkin inilah asam garam perniagaan yang perlu dibaikpulih oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Saya kagum kau tompinai..berani

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP