nuffnang

Pages

BICARA TOMPINAI

Wednesday, June 17, 2009


Satu entry Tompinai yang boleh dikatakan agak kontroversi, apabila Tompinai memaparkan satu poster papan iklan yang memaparkan gambar perempuan. Gambar ini tidaklah menjolok mata kerana yang terdedah hanya separuh sahaja iaitu bahagian bahu. Tompinai cuma minta para pembaca melihat situasi dari sudut moralnya tetapi ada feedback yang tompinai dapat meminta supaya gambar itu ditiadakan.

Pada mulanya Tompinai agak hairan kerana apa yang tompinai minta hanya melihat situasi tersebut, kenapa kereta itu boleh kemalangan? Apa sebabnya? Jalan yang luas dan lurus, cantik tapi ia masih terlanggar juga. Pada pengamatan Tompinai, mungkin berhantu atau tempat itu keras kerana beberapa blok ada kedai membaiki kenderaan. Dan memang telah dijelaskan dalam papan iklan itu. Di samping gambar perempuan seksi. Adakah kemalangan itu disebabkan oleh keseksian atau pun kerana sebab lain? Itu yang Tompinai mahu tahu dari pembaca.

Tapi nampaknya mata pembaca terus kepada gambar tersebut. Ini memyebabkan kesan moralnya tidak menjadi subjek utama. Akal dan fikiran terus melihat kearah negetif. Pandangan positif menjadi kabur. Hati dan perasaan menjadi tidak seimbang. Menjadi keliru dan karuan. Kegagalan melihat dengan akal yang jauh menyebabkan fikiran hanya menjana idea yang salah, lucah. Bila saja perkataan lucah terbit, maka hati menjadi tidak tenang dan perasaan bergelora, tidak menentu. Inilah yang akan berlaku dalam kehidupan kita sebagai manusia, bila manusia gagal dalam menguasai dirinya, bila manusia membiarkan hatinya yang berkuasa dan bukan akalnya. Lebih kepada nafsu.

Pun begitu, Tompinai tabik dengan SAM kerana dapat melihatnya melalui pandangan positif. Kematangan SAM dalam melihat sesuatu amat tinggi. Ada juga pembaca yang melihatnya dari sudut positif, mereka ini adalah antara yang berjaya menggunakan akal dan fikiran.

Tompinai berbangga kerana entry tersebut berjaya mewujudkan persoalan. Ini menjadi bukti betapa kuatnya impak entry dan AURA SAM. Teguran dan kritikan para pembaca telah menjadi kekuatan dan juga penanda aras kepada kelemahan tompinai. Tanpa SAM, siapalah tompinai dan tanpa pembaca/pelawat blog, siapalah si tompinai...

Salam Tompinai.

3 comments:

SANGURU June 17, 2009 at 10:01 AM  

...yang lebih terpuji adalah sdr kerana "akur" dengan komen pembaca. "PEMBACA DIUTAMAKAN. SAM DIPERKASAKAN" . hehehe...well done suda tu geng.

NONG June 17, 2009 at 1:36 PM  

Setuju Sanguru..
bukan sukar sebenarnya memahami maksud tersirat pembaca. Jangan saja pura2 tidak faham.Itu payah tu. Nak kena hentam pun masih tidak faham2, buat2 tidak faham atau sengaja tidak faham dengan niat menidakkan ulasan pembaca..orang yang begini adalah mereka yang tinggi diri.
TAHNIAH Tompinai..

Bak kata Sanguru 'KERENDAHAN HATILAH YANG PALING SUKAR DIDAKI'

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP