nuffnang

Pages

SAM: PENCETUS PERUBAHAN MINDA.

Wednesday, May 27, 2009

Dalam mencari sesuatu kejayaan, banyak perkara yang harus ditempuhi. Setiap kejayaan itu selalunya diiringi dengan masalah dan masalah inilah yang akan membantutkan usaha tersebut. Kata sangguru. Apa yang kita capai hari ini adalah hasil daripada apa yang telah kita atasi. Banyak orang mahu melihat setakat mana kemampuan SAM untuk bertahan menghadapi karenah luar. Tidak kurang juga yang memandang rendah dengan kemampuan SAM dalam menyuarakan sesuatu permasalahan atau isu. Juga ada yang prasangka dengan SAM, mereka mengganggap SAM akan menjadi platform seseorang untuk menonjolkan diri. Itu semua anggapan dan tanggapan yang tidak berasas.

SAM adalah pusat mengembangan idea-idea yang dikumpul dan diperhalusi supaya sesuai dengan keadaan semasa. SAM secara terbuka menerima semua idea yang boleh dijanakan menjadi kenyataan. Cetusan minda ini merupakan luahan daripada jiwa generasi muda. Generasi yang inginkan perubahan, yang mahu supaya suara didengar. SAM cuba menyampaikan apa yang sepatutnya dan cuba mendapatkan perhatian walaupun mengambil masa. Ahli SAM hanya dapat bermesyuarat secara maya kerana Ahlinya tersebar luas diserta tempat malah diluar negara pun ada.

Peranan SAM sudah jelas dan telah ada bukti pencapaiannya. Keterbukaan minda semakin terasa dalam warga Tandek. Usaha ini dilakukan secara tidak langsung oleh ahli SAM, dengan menggunakan pendekatan yang halus. Pun begitu, SAM juga tidak mengabai Warga Kota Marudu. SAM sentiasa cuba untuk membuka minda Penduduk di Daerah Kota Marudu. Minda harus dibuka untuk melihat apa lagi yang perlu ada di Daerah ini. Selain itu, Bagaimana cara untuk memajukan daerah ini dari semua aspek. Perubahan fizikal daerah memang sudah jelas. Bagaimana dengan perubahan inteleknya dan rohaninya?.

SAM seringkali menyentuh tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan daerah ini. Bukannya mengaku pakar tetapi sekadar untuk menyuarakan pelbagai pendapat, yang mungkin kalau diterima secara positif akan menghasilkan kejayaan. Dalam perbincangan terbaru SAM, satu perancangan yang melibatkan belia remaja akan cuba dilaksanakan. SAM mengharapkan sokongan dari semua pihak untuk menjayakan program ini demi untuk belia remaja Kota Marudu. SAM ingin melihat masa akan datang Daerah Kota Marudu akan dikenali bukan kerana kemiskinan tegarnya tapi kerana kejayaan dalam menlahirkan warga yang seimbang dalam semua aspek.

2 comments:

SANGURU May 29, 2009 at 9:23 AM  

ya. sejarah penubuhan SAM begitu unik. Tiada antara kita yang terhegeh-hegeh mo buat ini SAM apa lagi mau jadi ketua. Kita orang SAM tahu benar sejarah ini. Jadi tidak ada langsung niat mo tonjolkan diri sendiri melalui SAM.

Dalam SAM, saya memang ada rekod "main politik" tapi percayalah, saya sedikit pun tiada terdetik untuk menjadikan SAM platform peribadi. Saya adalah saya. Kita adalah kita. Kalau saya/kita mahu, kita ada cara sendiri ke arah itu. Itupun kalau masih mahu...

Teruskan memblog sdr Tompinai. Makin canggih ooo...esp. bloger dia. hehehe

TOMPINAI May 29, 2009 at 4:19 PM  

terima kasih sangguru.
Kewujudan SAM merupakan aspirasi kita sebagai generasi muda. Ruang maya kita untuk membincangkan idea-idea kita. Tanggapan dan anggap org2 yang tidak memahami kita hanyalah sebagai cabaran kita. Kita tidak menonjolkan diri tapi yang kita gempakkan lalah SAM....

SAM akan kekal sebagai pencetus perubahan....

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP