nuffnang

Pages

Perang: Kenapa Terjadi

Wednesday, January 7, 2009

Dari dulu hingga sekarang, kita sentiasa disajikan dengan cerita-cerita perang yang berlaku disana sini. Seakan-akan manusia ini tidak mau hidup tenang dan aman. Masing-masing cuba menonjolkan diri,menjadi hero dikalangan negara tertentu. sebelum selesai satu kejadian perang,muncul kejadian baru. sampai bila kita akan terus dihantui dengan kejadian ini. Dimana sudah pemimpin-pemimpin Dunia? Kenapa tidak ada satu tindakan khusus dalam menengani masalah ini. Apa fungsi PBB? Sekejap bersuara,Sekejap tiada suara langsung. Inilah punca sebenarnya perang ini. Tidak ada satu pun yang berani untuk menggunakan kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Ada pun hanya penyangak sedia ada, Amerika Syarikat. Sebenarnya AS lah yang merupakan punca kepada kejadian perang ini. Mereka kononnya penegak keadilan, bersifat demokrasi tulen. Apa bila mereka tidak senang dengan sesebuah negera terutama pemimpinnya AS akan kacau. Percerobohan Iraq, Afganistan, perang korea, perang vietnam ini adalah contoh yang jelas tentang peranan AS. Kejadian terbaru di tebing Gaza, juga merupakan salah satu propaganda AS menjelang pertukaran Presidennya. AS cuba menjadikan kejadian itu sebagai alat untuk memperlihatkan Kemampuan Presiden dalam menyelesaikan politik dunia. Ia juga cara AS untuk mengalihkan tumpuan dunia kepada masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara itu. Percaya atau tidak, beberapa syarikat utama AS telah ditutup atau bengkrap. AS tidak mahu perkara ini diketahui,kalau boleh ia diselesaikan secara dalaman. Tapi Media disana tetap menceritakan hal sebenar. AS tidak dapat membendung media. Oleh cara terbaik mengwujudkan satu isu antarabangsa yang baru.

1 comments:

NONG January 7, 2009 at 2:05 AM  

emmmm...US juga ba.
Ya Tuhan kami,lindungilah negara tercinta kami Malaysia dari sebarang bencana perang...Amen

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP