nuffnang

Pages

ANGKARA BANJIR

Thursday, January 15, 2009


Hujan yang turun tidak menentu menyebabkan keadaan di sekolah kelam kabut. Murid-murid tidak tenang duduk sebab risau, takut kalau banjir. Pada sesi sebelum rehat, proses pembelajaran berjalan lancar tetapi selepas waktu rehat,suasana berubah. Apa tidak, beberapa tempat di sekitar pekan Kota Marudu sudah mula di naiki air. Lebih kurang jam 11.00 pagi, ramai ibu bapa datang ke sekolah mengambil anak mereka. Menurut ibu bapa, mereka risau kalau sekiranya hujan berterusan laluan ke kampung mereka akan di naiki air. Mahu tidak mahu, pihak sekolah terpaksa membenarkan guru2 dan pelajar pulang terutama mereka yang dari kawasan yang telah di kenalpasti air semakin meningkat. Pihak sekolah juga menerima laporan dari pihak polis yang keadaan banjir telah sampai ke peringkat berbahaya. Atas nasihat pihak yang berkenan, pihak sekolah membenarkan sama sekali guru2 dan stafnya pulang pada jam 12.30 tengahhari. Itu pun selepas membuat kerja-kerja memindahkan barang2 penting ke tingkat atas. Nanti basah,siapa tanggung.. Sekolah kami juga telah di jadikan sebagai pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir dari kampung kuranji ( Kampung ini terletak di jalan kota marudu tandek). Sedih juga tengok mereka ni tapi apa boleh buat. Inilah angkara banjir. Segala-galanya terganggu. Gangguan bekalan elektrik juga berlaku sebanyak 3 kali. Bekalan lilin di kedai-kedai pekan goshen juga habis mendadak..(Kelihatan mangsa banjir berehat)

2 comments:

KUDINGKING January 15, 2009 at 9:46 PM  

Tompinai,kesian juga tengok orang yang dipindahkan di sekolah kita. Makan pun tak terjaga. Sudahlah jadi mangsa banjir, jadi mangsa pengurusan yang tidak sistematik.

TOMPINAI January 16, 2009 at 9:01 PM  

Saya pun geram jga, tiada guna juga kalau macam tu..tindakan pantas tapi menambah kesengsaraan.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP