nuffnang

Pages

Minggu pertama tahun 2009

Saturday, January 10, 2009


Tahun 2009 disambut dengan pelbagai kisah. Ada yang menyedihkan dan ada yang menggembirakan. Bermacam-macam berita yang kita dengar.. Bagi kami warga pendidik, kami disajikan dengan tugas-tugas yang lebih mencabar. Kami ditagih untuk membentuk anak didik kami menjadi insan yang sempurna sesuai dengan misi sekolah kami, MEMBANGUNKAN MODAL INSAN CEMERLANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Satu tugas yang amat mencabar keupayaan kami. Kami diminta untuk menghasilkan satu projek yang boleh dijadikan sebagai penanda kepada kemampuan kami. Selain itu juga,kami disarankan untuk membaca jurnal-jurnal atau buku-buku yang berbentuk ilmiah,yang akan membantu meningkatkan ilmu pengetahuan kami. Di kalangan warga pendidik sekolah kami juga berlumba-lumba meningkatkan pendidikan tertinggi. Selain itu, kami juga menerima cabar terkuat daripada para ibu bapa yang tidak jemu-jemu untuk memindahkan anak mereka untuk belajar disini. Pada pendapat ibu bapa, warga pendidik di sekolah ini sangat komited dalam membantu proses pembelajaran anak-anak mereka. Daripada maklumbalas yang kami perolehi, setakat ini ibubapa pelajar disini amat berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan untuk anak-anak mereka. Malah ada pelajar terbaik lepasan PMR yang tidak mahu berpindah ke sekolah lain kerana merasakan yang dia mampu berjaya disini. Pengharapan yang tinggi daripada ibubapa menjadikan kami agak tertekan tetapi kami tahu itu juga yang kami harapkan. Kami mahu supaya SMK KOTA MARUDU akan di kenali bukan kerana hanya cemerlang dalam kokurikulum tapi juga dalam bidang kurikulum. Kami, warga pendidik SMK KOTA MARUDU ingin membuktikan yang sekolah luar bandar mampu menandingi sekolah-sekolah bandar dan memastikan namanya terpahat sebagai sekolah terbaik di negeri ini.

3 comments:

SURUPU January 11, 2009 at 2:00 AM  

Visi dan misi sekolah merupakan sasaran guru-guru. Tahniah kerana tuan sentiasa ceria mengharungi suasana tersebut

TOMPINAI January 11, 2009 at 3:25 PM  

terima kasih tuan...harap kita akan mencapai apa yang telah kita targetkan untuk sekolah kita..

Carl S. Adun January 15, 2009 at 11:20 PM  

Aii cigu larry keitu guru disiplin tu...

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP