nuffnang

Pages

PEMIMPIN PRIHATIN

Saturday, January 3, 2009


Gambar ini diambil semasa Yang berhormat Datuk Max bersama-sama dengan Pegawai daerah Kota Marudu, Puan Luvita Koisun memantau kawasan yang dilanda banjir pada 03.01.2009.
Beberapa kampung terutama sekali dalam kawasan Tandek telah dinaiki air. Laluan utama yang menghubungkan beberapa kampung seperti Kg.Damai,Kg.Mosolog,Kg.Longob dan Kg.Salimandut telah dinaiki air. Sumber dari Kg. Salimandut menghubungi penulis menyatakan beberapa rumah penduduk kampung telah dinaiki air hingga ke paras lutut. Pihak berkuasa telah mula melakukan proses pemindahan bagi beberapa buah kampung di sepanjang jalan pitas-tandek terutama di Kg. Geruda dan Kg Rasak.
Pegawai Daerah telah menghubungi beberapa pihak bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir tersebut. Yang berhormat juga mengesa supaya beberapa tindakan pemindahan dilakukan dan juga pemantauan berterusan dilakukan. Beliau berharap para mangsa banjir bersabar dan berjanji membantu sekadar yang boleh. Yang Berhormat juga meminta supaya mana-mana kampung yang berisiko dilanda banjir supaya berhati-hati dan sentiasa berkerjasama dengan pihak berkenaan.

1 comments:

NONG January 3, 2009 at 6:39 PM  

Tahniah kepada pemilik blog kerana sentiasa update berita dalam Daerah Kota Marudu.....Tahniah kepada YB.Datuk Dr.Max,Pegawai Daerah Puan Luvita,OCPD DSP Mohd Isa Yusof,PKR En Hendrus Anding dan semua yang prihatin....

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP