nuffnang

Pages

PERJALANAN DEMI ANAK BANGSA: SK TEGIBANG

Thursday, April 7, 2011

Mungkin tidak ramai yang tahu dimana terletaknya Sk. Tegibang. Mungkin ramai yang menganggap yang tempat ini mudah untuk di akses kerana adanya sekolah di sini. Sk. Tegibang sebenar memncabar mana-mana individu yang merasa dirinya hebat, samaada dari mentalnya atau pun fizikalnya. Pasti akan merasai gemuruh yang panjang.

Penulis beri tabik kepada semua warga Sk. Tegibang dan juga penduduk Kg Tegibang. Namun lebih kepada pendidik kerana rata-rata mereka bukan orang sana. Mereka ini semua berasal dari kawasan yang banyak kemudahan tetapi sanggup bekerja di sana demi anak bangsa.

Penulis tertarik membuat sedikit catatan tentang tempat ini. Penulis telah pernah ke tempat ini dan memang kalau tidak biasa hidup sederhana atau asas saja, pasti bila berada di sana jadi tidak keruan.

Kg Tegibang sebenarnya berada dibawa pentadbiran Daerah Kota Marudu. Kg ini betul-betul terletak di sempadan Daerah Ranau. Memang terdapat laluan terus dari Kota Marudu tapi ia merupakan laluan yang penuh cabaran kerana terpaksa melalui laluan Off Road..iaitu laluan balak, yang telah lama ditinggalkan... harus melalui beberapa bukit dan melalui hutan yang langsung tidak berpenghuni.

Menurut orang kampung, kalau berjalan kaki, ia mengambil masa lebih kurang 5-6 jam.. itu pun kira laju sudah..maksudnya kurang berehat. Perjalanan dari Kota Marudu ke Kg Tegibang juga bergantung kepada keadaan jalan tanah yang tidak pernah kering sebenarnya. Memang sukar untuk ke sana

Laluan kedua pula adalah melalui daerah Ranau, laluan ini agak jauh dan terpaksa melalui sungai sepanjang 200meter. Ini kalau sungai tidak naik atau banjir. Laluan ini juga antara laluan yang sering digunakan oleh orang kampung dan juga guru2 sk tegibang. Namun keadaan sekarang, kedua-dua laluan ini sukar dilalui.

Perjalanan ke Sk Tegibang terpaksa meredah halangan yang tidak di sangka. Berjalan kaki adalah alternatifnya. Para guru pernah berkata'kalau bukan kerana tugas dan rasa tanggungjawab, pasti saya sudah tidak kuat untuk ke sana' katanya. Namun kerana tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak bangsa menyebabkan segala keperitan itu dilupai. 

Harapan yang tinggi dari warga Tegibang agar sesuatu yang lebih baik dapat diusahakan untuk mereka terutama sekali para guru2 di Sk Tegibang. Biarlah keperitan dan kepayahan mereka ini dipedulikan. Biarlah mereka ini diberi perhatian agar segala usaha dan dedikasi mereka berbaloi. Tidak ramai yang sanggup untuk berada disana. Biarpun dengan penambahan elaun lokasi. Kos untuk sekali jalan ke sana sebenar sangat besar. Kadang2 2 minggu sekali baru dapat keluar atau pun 3 minggu sekali, baru merasa kopi di Rahaya Cafe. 

Tahniah dan Syabas kepada rakan2 pendidik di SK Tegibang...

Read more...

AKU DAN DUNIAKU II

Thursday, March 31, 2011

Kadangkala aku terlupa untuk apa aku hidup. Kesibukkan yang sengaja aku cari membuatkan,aku lupa. Lupa pada kesakitan yang ku rasa. Lupa pada kewujudan ku di bumi yang nyata ini.

Makin lama, duniaku menjadi kabur. Kabur bukan pad pandangan tapi kabur pada hala tujunya. Aku tidak pasti, kenapa aku mesti melaluinya. Aku tidak tahu kenapa aku yang harus mengalaminya.

Adakah aku terlalu lembut?. Adakah aku,seorang yang memang boleh di permainkan. Rasanya bukan...tapi aku hanya tidak mahu terus menyakitkan hati orang lain. Kalau

Read more...

SIAPA KITA? KITA SIAPA?

Tuesday, March 29, 2011

Bila saja kita membuka helaian demi helaian akhbar tempatan, terpampang cerita yang bermacam-macam. Macam iklan TV..macam-macam ada.. Sini kata salah, sana kata salah, sini kata betul, sana kata betul. Sampai bila pun, kita tidak akan tahu cerita sebenar. Hanya yang empunya cerita sahaja yang tahu.

Perubahan minda menjadikan cabaran itu lebih sengit lagi. Kalau dulu, dengan petik jari sahaja, kita mampu mempengaruhi sekelompok orang. Dulu masuk saja pelusuk kampung, canang sini sana, orang sudah mula percaya. Hulur sekampit beras, 5 tin sardin, sekilo gula dan sebungkus kopi, orang sudah puji tapi sekarang belum pasti, biarpun dilempar dengan keping kepala agung. Orang sekarang akan melihat segala pergerakan, segala perubahan, segala penambahbaikan. Orang sekarang akan bertanya mana sudah semua itu.

Namun siapalah kita untuk bercakap, siapalah kita untuk menilai kerana mungkin kita ini, hanyalah sekelumit lumut di tepi gantang. Yang bila-bila saja boleh dikikis. Siapalah kita untuk menimbangtara setiap perlakuan mereka, siapalah kita untuk berteriak pada sesuatu yang tidak mungkin mendengar segala ngauman datar itu.

Pun begitu, kita harus bertanya siapa kita sebenarnya. Siapa kita depan mereka?. Siapa kita pada fikiran mereka. Kita mempunya fikiran, minda yang waras dan jelas. Apakah kita turut serta dalam permainan mereka-mereka ini. Bukankah lebih baik kita menjadi warga yang setia. Warga yang menjaga perlembagaan kita. Kita menjaga keamanan negara kita, mana mungkin kita mahu menyerahkannya, mana mungkin kita mahu jadi seperti yang lain.

Kita hidup aman kerana sistem kita yang baik, pemimpin yang bijak dan berani. Biarlah kita aman hingga ke anak cucu kita. Biarlah kita meninggal sejarah yang paling indah agar diingati oleh anak cucu kita.

Read more...

“Orang Bilang Ah Chong” paparkan kreativiti Tony.

Thursday, March 3, 2011


M6
Ah Chong dan Anthony dikejar oleh penjahat


SATU lagi telemovie karya pengarah terkenal Sabah, Tony Francis Gitom yang diterbitkan oleh Penampang Studio bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Memulakan pengambaran sejak 8 Januari lepas, telemovie yang bertajuk “Orang Bilang Ah Chong” dijangka selesai pertengahan Mac ini. Sesi pengambaran hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.
Memaparkan elemen pengembaraan masa (time travel), telemovie ini sesuai untuk tontonan umum.
Ia mengisahkan kehidupan seorang ahli perniagaan yang kaya bernama Ah Chong (Tony Francis Gitom). Selepas datuknya meninggal dunia, Ah Chong membubarkan kumpulan kongsi gelap yang pernah diketuai oleh mediang datuknya dan menubuhkan syarikat perniagaan yang sah di undang-undang.
Cerita ini bermula apabila Ah Chong telah memecat seorang kakitangannya yang bernama Mark (Marc Abas). Mark tidak berpuashati dan berniat untuk membalas dendam.

Suatu hari Mark membuat rancangan untuk membunuh Ah Chong bersama seorang broker tanah, Getiu (Satius Gautong). Getiu telah mengajak Ah Chong yang turut ditemani oleh pengawal peribadinya, Anthony (Anthony G. Josson) melihat sebuah kawasan tanah. Mark telah mengupah 3 orang penjahat (Shahqiu Jubag, Mazeri Kulandu dan Ambrose Anthony) untuk membunuh Ah Chong dan Anthony.
Menyedari semuanya hanyalah perangkap, Ah Chong dan Anthony segera berlari menyelamatkan diri ke hutan.

Tiba-tiba Ah Chong dan pengawal peribadinya berada di dunia silam melalui pengembaraan masa. Ah Chong berada di tahun 1976, sehari sebelum kejadian ‘Double Six’ dan Anthony terperangkap di zaman purba.

Apakah yang akan berlaku pada Ah Chong dan Anthony? Saksikan kesudahannya menerusi telemovie yang bakal berada di pasaran bulan April nanti.

Dibintangi oleh Tony sendiri dan Anthony G. Josson sebagai pelakon utama, telemovie ini pasti mampu menarik perhatian ramai.

“Orang Bilang Ah Chong” turut membariskan beberapa pelakon undangan seperti Simon Bukag, Satius Gautong, Primus Goduli, Kristo Umok, Soley Maubil, Atama dan Max. Selain itu, lebih daripada 20 orang peserta bengkel senilakon turut menjadi pelakon pembantu dalam telemovie ini.

Sesi pengambaran dilakukan di sekitar Penampang seperti Kampung Hungab, Inobong, Sungai Babagon, Pekan Donggongon dan Pusat Latihan Seni Gitom di Kampung Sukod.

Para peminat telemovie tempatan boleh berkunjung ke laman sosial Facebook (FB) Tony Francis Gitom untuk menonton klip promo “Orang Bilang Ah Chong”.

Sumber: New Sabah Times

Read more...

'Waris Helang Putih' yang bakal menyengat...


0103-purbawara11-10
PENDEKAR Aji, Tok Andak dan Pendekar Arjuna berjumpa semula selepas 20 tahun terpisah dari gelanggang persilatan.


1st March, 2011Penggambaran telemovie Purbawara ‘Waris Helang Putih’ berakhir sudah. Memilih lokasi terakhir di Rumah Wakaf Kampung Labuan, Kota Belud dengan adegan babak perkahwinan diantara Aduka dan Cempaka.
Sebelum ini hampir semua lokasi 70 peratus penggambarannya adalah di sekitar daerah Keningau, sebelum beralih ke daerah Papar seperti di Pantai Malinsung, Kampung Dambai dan Kampung Bereo Pangalat Besar.
Banyak keindahan panorama alam semulajadi mewarnai telemovie ini seperti di sawah padi, sungai, pergunungan juga sampan, kuda dan rumah kampung di tonjolkan dalam telemovie ini termasuk tradisi budaya dan perkahwinan suku Bajau Kota Belud serta penunggang kuda Bajaunya.
‘Waris Helang Putih’ dipenuhi dengan aksi-aksi persilatan dan pertempuran sehingga ada adegan membakar kampung.
Menurut penerbit, Edward C.K Seah kos menerbitkan telemovie ini hampir mencecah RM40,000 dan di rakam dengan kamera format filem. Antara pelakon-pelakon yang terbabit adalah yang sinonim dengan label Skyline seperti Abu Bakar Ellah (penghibur), Ridah Malanjang (penyanyi Dusun), Ammath Assir (penyanyi Bajau), Apiang Sausun (Penyanyi Murut), Pelakon Marlin Malalin dan Komposer Jamil Aziz.
Turut berlakon adalah pelakon-pelakon dari Keningau seperti Osman R. Rizan, Primus Goduli, Rose, Bibi, Ayie, Delsia dan Julie Carol Maideh serta penyanyi dari Tambunan Meeda Hamzani. Selain pelakon-pelakon teater berbakat dari Pantai Barat Utara seperti Rashid Abdul Ghani, Jaipin Legau, Marwan Haji, Sharip Zainal Sangkif Shek, Lee Satun, Samsudin, Ibnu Hassan dan Komposer dari Kudat, Datu Badd.
Telemovie ini juga telah melibatkan seramai lebih 60 orang pelakon selain penduduk kampung-kampung yang terbabit dan Persatuan Silat Gerak Kilat Keningau dan peserta kursus “Workshop Acting For Camera” anjuran Persatuan Belia Kreatif Filem Sabah yang dipengerusi oleh Mohd Noorshah Kamal seperti Amirullah Fitri Zainal, Jobberrito James Amboi dan Jalius Jaibin.
Warga Skyline sendiri seperti Penerbit Edward C.K Seah turut berlakon bersama Nuraini Nadia dan Jerry D. Rass @ Rohan serta pelajar praktikal dari Kolej Universiti Cosmo Point Kota Kinabalu di Skyline seperti Suwasrin Sabitan, Militon Sabian dan Megawati Aris serta penyanyi Suara Bollywood yang mendapat jolokan Shah Rukh Khan Pantai Timur, Mohd Sain Bidie Muaiyad.
Pengarah dan Penulis Skrip telemovie ‘Waris Helang Putih’ ini adalah Nandra Hitong atau nama pentasnya Nandrayanatirow.
Sebelum ini skrip karya beliau berjudul ‘Sambulayang’ telah dipilih oleh panel penilai dalam Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah untuk dipentaskan dalam Teater Perdana Bangsawan sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama di Pertua Negeri Sabah pada tahun 2007 yang di arahkan oleh Deddy M. Borhan seorang tokoh perfileman yang tidak asing lagi di Malaysia.

sumber: New Sabah Times

Read more...

BILA SAMPAI WAKTUNYA

Siapa tahu akan sampai juga waktunya. Bila mana kita tidak lagi dapat berbuat apa-apa. Yang mampu kita lakukan hanya melihat dan melihat. Bukannya kita ini lemah tetapi mungkin kerana kita ini terlalu merelakannya.

Namun itulah yang berlaku dan tetap akan berlaku. Biar sekuat mana kita menidakkannya, ia tetap akan datang. Walau kita pasang dinding yang teguh, tembok yang besar namun ia akan tetap menembusinya. 

Apa pun yang akan kita cuba lakukan untuk menghalangnya, hanya kesia-siaan yang kita dapat....bila sampai waktunya...maka sampailah masanya....

Read more...

AKU & DUNIA BARUKU

Wednesday, February 23, 2011

Sekian lama di pertapaan, akhirnya aku muncul lagi dengan dunia baru. Pastinya dunia ini akan menjadikan kehidupanku sibuk namun aku sangat senang kerana ia akan membuatkan aku melupakan segala permasalahanku. Walaupun kadang kala kesibukan ku ini ditegur dan disalahertikan namun aku puas. Puas kerana selama ini, aku tidak pernah peduli dengan setiap apa yang telah terjadi. Biarlah dunia ini menjadikan aku manusia yang matang dan kuat dalam menghadapi setiap tomahan, cacian dan kutukan. Sesuatu yang direka semata-mata untuk memalukan aku dan juga merendahkan maruah aku. Yang pasti, aku masih lagi berpijak di bumi yang nyata ini.....

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP