nuffnang

Pages

'Waris Helang Putih' yang bakal menyengat...

Thursday, March 3, 2011


0103-purbawara11-10
PENDEKAR Aji, Tok Andak dan Pendekar Arjuna berjumpa semula selepas 20 tahun terpisah dari gelanggang persilatan.


1st March, 2011Penggambaran telemovie Purbawara ‘Waris Helang Putih’ berakhir sudah. Memilih lokasi terakhir di Rumah Wakaf Kampung Labuan, Kota Belud dengan adegan babak perkahwinan diantara Aduka dan Cempaka.
Sebelum ini hampir semua lokasi 70 peratus penggambarannya adalah di sekitar daerah Keningau, sebelum beralih ke daerah Papar seperti di Pantai Malinsung, Kampung Dambai dan Kampung Bereo Pangalat Besar.
Banyak keindahan panorama alam semulajadi mewarnai telemovie ini seperti di sawah padi, sungai, pergunungan juga sampan, kuda dan rumah kampung di tonjolkan dalam telemovie ini termasuk tradisi budaya dan perkahwinan suku Bajau Kota Belud serta penunggang kuda Bajaunya.
‘Waris Helang Putih’ dipenuhi dengan aksi-aksi persilatan dan pertempuran sehingga ada adegan membakar kampung.
Menurut penerbit, Edward C.K Seah kos menerbitkan telemovie ini hampir mencecah RM40,000 dan di rakam dengan kamera format filem. Antara pelakon-pelakon yang terbabit adalah yang sinonim dengan label Skyline seperti Abu Bakar Ellah (penghibur), Ridah Malanjang (penyanyi Dusun), Ammath Assir (penyanyi Bajau), Apiang Sausun (Penyanyi Murut), Pelakon Marlin Malalin dan Komposer Jamil Aziz.
Turut berlakon adalah pelakon-pelakon dari Keningau seperti Osman R. Rizan, Primus Goduli, Rose, Bibi, Ayie, Delsia dan Julie Carol Maideh serta penyanyi dari Tambunan Meeda Hamzani. Selain pelakon-pelakon teater berbakat dari Pantai Barat Utara seperti Rashid Abdul Ghani, Jaipin Legau, Marwan Haji, Sharip Zainal Sangkif Shek, Lee Satun, Samsudin, Ibnu Hassan dan Komposer dari Kudat, Datu Badd.
Telemovie ini juga telah melibatkan seramai lebih 60 orang pelakon selain penduduk kampung-kampung yang terbabit dan Persatuan Silat Gerak Kilat Keningau dan peserta kursus “Workshop Acting For Camera” anjuran Persatuan Belia Kreatif Filem Sabah yang dipengerusi oleh Mohd Noorshah Kamal seperti Amirullah Fitri Zainal, Jobberrito James Amboi dan Jalius Jaibin.
Warga Skyline sendiri seperti Penerbit Edward C.K Seah turut berlakon bersama Nuraini Nadia dan Jerry D. Rass @ Rohan serta pelajar praktikal dari Kolej Universiti Cosmo Point Kota Kinabalu di Skyline seperti Suwasrin Sabitan, Militon Sabian dan Megawati Aris serta penyanyi Suara Bollywood yang mendapat jolokan Shah Rukh Khan Pantai Timur, Mohd Sain Bidie Muaiyad.
Pengarah dan Penulis Skrip telemovie ‘Waris Helang Putih’ ini adalah Nandra Hitong atau nama pentasnya Nandrayanatirow.
Sebelum ini skrip karya beliau berjudul ‘Sambulayang’ telah dipilih oleh panel penilai dalam Sayembara Menulis Skrip Drama Pentas Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah untuk dipentaskan dalam Teater Perdana Bangsawan sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama di Pertua Negeri Sabah pada tahun 2007 yang di arahkan oleh Deddy M. Borhan seorang tokoh perfileman yang tidak asing lagi di Malaysia.

sumber: New Sabah Times

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP