nuffnang

Pages

YANG KITA TIDAK SEDAR

Friday, March 20, 2009



(sekadar gambar hiasan)


Al kisah, terdapat sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja yang sangat bijaksana dan adil. Pemerintahannya yang saksama menyebabkan negeri ini maju dan makmur. Rakyat jelatanya hidup aman damai. Segala hasil tanaman, ternakan dan buruan sentiasa mencukupi. Boleh dikatakan, dalam negeri jarang sekali berlaku krisis kekurangan makanan. Amat jarang sekali raja mendapat laporan yang rakyatnya mengalami kebuluran.

Kehidupan yang aman damai ini membuatkan raja senang hati. Walau bagaimana pun hanya satu saja perkara yang merisaukannya, pewaris. Raja ini tidak mempunyai anak lelaki atau putera, yang ada hanya puteri. Keadaan ini membuatkan raja tidak tidur lena. Raja takut kalau sekiranya puteri tidak kahwin dan raja mati maka taktha itu akan diambil oleh saudaranya. Raja tidak mahu. Jadi raja pun mengambil keputusan untuk mencari bakal suami kepada puterinya. Raja menjemput para putera-putera datang ke negerinya.

Raja membuat temuduga untuk mendapatkan menantu yang paling sesuai tapi malangnya rata-rata putera itu semuanya tamak. Mereka semua lebih berminat dengan kekayaan raja tersebut. Puteri raja tersebut bukannya tidak lawa. Kalau setakat di negera ini tiada tolok bandingnya. Mungkin kecantikan puteri tersebut ditenggelami oleh kekayaan raja tersebut. Raja bertambah binggung, berfikir apa lagi cara untuk mencari menantu yang paling gagah dan berani, yang mampu mempertahankan negerinya nanti.

Akhirnya raja mendapat satu idea. Raja mengarahkan para tukangnya untuk membina satu tasik yang besar dan di tengah-tengahnya dibina pulau. Diatas pulau itu dibina istana yang sangat cantik. Istana itu khusus untuk puterinya tinggal. Beberapa lama kemudian, raja memanggil seluruh rakyat jelatanya. Berkumpul disekeliling tasik tersebut.
Raja pun membuat pengumuman.
' Hai, rakyat beta semua, siapa diantara kamu yang ingin berkahwin dengan puteri beta?' tanya raja. Hampir semua pemuda2 yang ada serentak menjawab 'saya tuanku'. Raja tersenyum, 'rupa2nya ada juga rakyat beta yang mahu puteri beta ini' kata raja dalam hati.
' Baiklah, kamu semua berpeluang untuk mendapatkan puteri beta. Malah segala kekayaan dan tahkta beta akan menjadi milik kamu. Dengan syarat, kamu harus berenang kepulau ini ' kata raja.
Apa lagi, semua pemuda yang berkeinginan pun merasakan syarat itu sangat mudah.
Sementera itu, raja mengarahkan pengawalnya menurunkan seekor lembu yang sangat gemuk kedalam tasik tersebut. Semua penduduk hairan kenapa lembu itu diturunkan ke air, tidak semana-mana ribuan buaya muncul menyambar lembu tersebut. Dalam sekelip mata saja lembu itu habis. Semua penduduk terkejut termasuklah pemuda-pemuda yang berminat itu. Rasa minat dan keinginan hilang terus. Takut mati dibaham oleh buaya. Raja pun berkata ' kepada yang berani silalah terjun dan berenang ke sini' Namun tiada yang berani, malah semuanya undur ke belakang. Raja menunggu dan menunggu.

Tiba-tiba kedengaran benda jatuh kedalam air dan bunyi kayuhan tangan yang sangat laju. Raja melihat seorang pemuda berani, berenang dengan lajunya menuju tempat raja tersebut. Semua penduduk bersorak. Pemuda itu sampai dengan selamat di pulau itu. Raja sangat gembira dan puas hati dengan keberanian pemuda tersebut. Pemuda itu duduk dan diam, kelihatan wajahnya pucat. Raja pun berkata' Wahai orang muda, kamu sangat berani, kamulah bakal menantu beta dan mintalah apa yang kamu mahu'. Pemuda itu berdiri sambil berkata' Tuanku, patik tidak mahu puteri atau harta tuanku, patik hanya mahu tahu siapa yang tolak patik ke dalam tasik. Itu saja. Nasib baik patik tidak di baham oleh buaya tadi ' sambung pemuda tersebut. Apabila raja mendengar kata pemuda tersebut, raja terus terduduk tanpa sebarang suara..

Moral dalam cerita ini ialah dalam diri kita, terdapat satu kekuatan yang kita tidak sedar. Kekuatan ini hanya akan terserlah dalam keadaan tertentu ataupun bila ada sesuatu yang memaksanya keluar. Ramai orang yang tidak sedar akan kekuatan ini. Cuba kamu renungkan..pernahkah kamu mengalami satu keadaan dimana secara tiba-tiba kamu dapat mengatasinya?....

3 comments:

NONG March 20, 2009 at 3:07 AM  

Hahahaaaa...
sangat lucu tapi terlalu besar maknanya. Namun pada pengertian saya, nyawa itu lebih PENTING berbanding harta yang bertimbun.. hehee.. Tindakan refleks baitu c kawan untuk menyelamatkan diri dari dibaham buaya.. Silaka betul itu urang yang tolak dia. Nasib inda kana makan buayo..

ison March 20, 2009 at 9:05 AM  

Kekuatan tersembunyi itu sebenarnya disebabkan oleh pengeluaran hormon adrenalin secara mendadak apabila berlaku keadaan yang 'genting' seperti dalam cerita ini.

Note: Adrenalin for fright, fight, and flight.

David Pangemanan April 16, 2009 at 4:23 PM  

MENGGUGAT PUTUSAN SESAT HAKIM BEJAT

Putusan PN. Jkt. Pst No.Put.G/2000/PN.Jkt.Pst membatalkan Klausula Baku yang digunakan Pelaku Usaha. Putusan ini telah dijadikan yurisprudensi.
Sebaliknya, putusan PN Surakarta No.13/Pdt.G/2006/PN.Ska justru menggunakan Klausula Baku untuk menolak gugatan. Padahal di samping tidak memiliki Seritifikat Jaminan Fidusia, Pelaku Usaha/Tergugat (PT. Tunas Financindo Sarana) terindikasi melakukan suap di Polda Jateng.
Ajaib. Di zaman terbuka ini masih ada saja hakim yang berlagak 'bodoh', lalu seenaknya membodohi
dan menyesatkan masyarakat, sambil berlindung di bawah 'dokumen dan rahasia negara'.
Statemen "Hukum negara Indonesia berdiri diatas pondasi suap" (KAI) dan "Ratusan rekening liar terbanyak dimiliki oknum-oknum MA" (KPK); adalah bukti nyata moral sebagian hakim negara ini sudah terlampau sesat dan bejat. Dan nekatnya hakim bejat ini menyesatkan masyarakat konsumen Indonesia ini tentu berdasarkan asumsi bahwa masyarakat akan "trimo" terhadap putusan tersebut.
Keadaan ini tentu tidak boleh dibiarkan berlarut-larut. Masyarakat konsumen yang sangat dirugikan
mestinya berhak mengajukan "Perlawanan Pihak Ketiga" dan menelanjangi kebusukan peradilan ini.
Siapa yang akan mulai??

David
HP. (0274)9345675

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP