nuffnang

Pages

INILAH KEADAAN KAMI: TAMU KOTA MARUDU

Sunday, March 1, 2009

Dalam kita sibuk-sibuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan situasi negara kita, kita lupa dengan kewujudan para peniaga dari kalangan orang kita.

Melihat gambar di atas, kita boleh bayangkan betapa besarnya pengharapan mereka untuk mengubah hidup mereka. Orang kita menggunakan sumber alam secara optimum untuk mendapatkan barang jualan. Rasa-rasanya bagi kita yang sudah sebati tinggal di pekan, bandar atau kota pasti tidak mahu lagi meredah hutan dara atau bukit bukau untuk mendapatkan ulam-ulam atau pun buah-buah hutan. Pasti dalam hati mengatakan ' buat apa menyusahkan diri ataupun ada sudah KFC, PizaHUT...tak payahlah susah-susah' . Bukannya apa tapi kita telah membandarkan diri kita dan jiwa kita. Jadi kitalah yang menjadi pembelinya dan secara tidak langsung kita membantu orang kita.

Kadang kala meluat juga dengar bila ada tawar menawar di kalangan orang kita bila berurusan. Tidakkah mereka ini terfikir dengan kepayahan orang kita mencari atau mendapatkan barang. Selain itu, orang kita juga terpaksa bersaing dengan orang lain. Kadang-kadang harga buah tarap rm 2.00 pun di tawar sedangkan kalau dikira sebenarnya manalah ada untung orang kita. Tapi kalau peniaga bukan orang kita senang saja menghulur apa lagi kalau kena panggil 'BOS'. Memanglah sesetengah orang kita ini terdiri daripada orang yang datang dari kawasan kaki bukit, pasti mereka ini agak kaku dalam situasi tawar menawar. Jadi janganlah keterlaluan menawar. Kata SANGURU, sesekali tu biarlah bersedekah.

Melihat keadaan orang kita dan situasi mereka di Tamu, jelas sekali orang kita terpinggir. Yang mendapat tempat yang luas dan juga menggunakan khemah yang bertanda agensi tertentu nampaknya bukan orang kita. Di Mana Silapnya?. Nampaknya yang yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pemimpin kita tidak memberi sebarang manfaat kepada orang kita. Kenapa tidak diwujudkan satu pelan khusus untuk membantu orang kita ini?

Kepada para pemimpin,sedarlah dari mimpi, kejutkanlah jiwa itu dan pandanglah mereka, dengarlah keluhan hati mereka.. yang di minta tidak besar cuma buatlah sesuatu agar orang kita tidak terpinggir lagi.....

4 comments:

Umar al-Longobi March 1, 2009 at 9:20 AM  

sdr. tompinai,

plan khusus itu yg kita tunggu2. harap2 dapat disegerakan. sambungan komen ini saya panjangkan di SAM (lahirnya seorang jutawan senyap!). teruskan menulis..

TOMPINAI March 1, 2009 at 12:23 PM  

sdr.umar al-longobi,

kita harap pihak yang berkenaan dapat melihat permasalahan ini.

Kepada yang berkenaan, silalah turun padang. lihat dengan mata sendiri.jangan minta laporan saja. rasa2nya sesekali memijak kawasan tamu sebagai pembeli tidak akan menjatuhkan prestijnya...

Little Mike (LM) March 2, 2009 at 5:06 AM  

sya tidak tau pula kalau sikap turun padang di tamu buatkan 'diorg' ni jatuh prestij..

kalau ini pn ada dalam diri mereka, tidak perlu la memimpin... membazir masa jadi orang politik dan menyekat bakat kepimpinan orang-orang muda...

Furen Laoshi March 16, 2009 at 11:43 PM  

Saya masih ingat lagi semasa saya masih anak2, saya tumpang 'pick up' untuk pergi ke tamu Tandik, di tengah jalan kereta berhenti sebab ada seorg lelaki ikut menumpang. Beliau membawa beberapa biji timun yg segar2 dan besar untuk dijual. Saya perhatikan beliau berkaki ayam sahaja dan dari keadaan dirinya yang berpalit lumpur, saya sedar dia pasti berjalan kaki agak jauh. Walaupun masih budak masa itu, hati saya belas melihat beliau. Sampai di tamu, dlm diam2 saya mengekori dia. Ternyata tidak sampai 5 minit, jualannya habis-diborong oleh seorg wanita yang agresif menawar. Lelaki itu cuba berunding tapi akhirnya mengalah dengan hasil lebihkurang RM10. Saya dengar beliau berckp..tdk apalah, dapat juga dia membeli niniking sama ikan sardin dlm tin. Termenung saya sendiri. (SIGH...) RM10? Kos menanam, pengangkutan? Saya sampai sekarang kalau teringat rasa helpless. ILMU spt ini bagaimana sampai kepada orang2 kampung. Tiap2 kali dengar hg minyak naik, fikiran saya mesti melayang ke kg.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP