nuffnang

Pages

KAAMATAN 2011: UNDUK NGADAU

Tuesday, May 31, 2011




Kaamatan 2011 berakhir dengan pemahkotaan juara yang baru. Unduk Ngadau Penampang berjaya menjuarai pertandingan tahun ini. Sementera itu tempat kedua dan ketiga pula,masing-masing dimenangi oleh Unduk Ngadau Tamparuli dan Unduk Ngadau Tuaran.

Read more...

"ULU KUKUT" Red Carpet Movie Premier / Tayangan Perdana

Monday, May 23, 2011


Maklumat Lanjut
Red Carpet Charity Movie Premier / Tayangan Amal Perdana

Tarikh : 29.05.2011

Venue : Theatrette Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.

Masa : 8.30pm

Dress Code : Smart Casual and Elegant

Harga Ticket : RM15.00 ( beberapa peratus akan didermakan kepada Persatuan Pelajar Seni PESAN UMS )

FREE : "ULU KUKUT" Car Sticker

Dapatkan tiket anda di pintu masuk nanti. Untuk sebarang penempahan, sila hubungi 0146571517, 0146770340.


LIMITED FOR 150 person only.


Penulis: Setelah bertungkus lumus dalam menghasilkan movie ini, akhirnya ia akan menemui para penonton. Sudah pasti pelbagai ragam respon atau pun refleksi yg akan diperolehi. Pastinya Penerbit yang juga Pengarah dan pelakon sudah sedia. Pun begitu, ucapan tahniah dan syabas kepada anak muda ini kerana berani mengambil risiko untuk menghasilkan movie ini. Keberanian dan kesanggupannya berhadapan dengan pelbagai kritikan nanti amat-amat di 'salute'. Penulis pernah bercerita sedikit2 dengan penerbit/pengarah/pelakon berkenaan dengan 'ulu kukut'. yang menurutnya. " sampai bila kita disajikan dengan filem/telemovie Sabah yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata" katanya. " Kita lihat saja, berapa banyak filem/movie keluaran Sabah, yang berjaya diterima diperingkat nasional,bukannya mahu mendabik dada,cuma mahu menghasilkan sesuatu yang boleh diterima oleh mereka". Katanya lagi. Mmmm...memang betul..setakatnya, semua cerita filem/telemovie keluar tempatan(Sabah) bersifat ambil mudah...dengan kata lain yang penting dapat dijual...tapi sayang sebab kualitinya tidak membanggakan. Adalah menjadi harapan agar 'Ulu Kukut' dapat membuka minda kepada semua, yang anak Sabah sendiri mampu menghasilkan sesuatu yang baik. Biarpun berdepan dengan kekangan kos yang terbatas namun 'Ulu Kukut' berjaya dihasilkan. 

Tempoh pembikinan 'Ulu Kukut' juga menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Kejadian banjir yang melanda Daerah Kota Marudu merupakan halangan terbesar penerbit ini. Hinggakan semasa mengambil para pelakon dari Kota Kinabalu, mereka tersadai di tengah jalan sebanyak dua kali. Dan apabila sampai ke rumah penginapan, sekali lagi terpaksa bertahan sehingga subuh kerana laluan ke rumah tetamu penerbit telah dinaiki air.Selain itu, keadaan keadaan cuaca yang tidak menentu seringkali mengganggu proses penggambaran.Bagaimanapun, komitment yang tinggi menjadi kekuatan kepada kejayaan penggambaran 'Ulu Kukut'

Sekali lagi tahniah kepada En. Richado Tawith kerana berjaya merealisasikan cerita' Ulu Kukut' ini. Tabik banyak2 kerana sentiasa kaya dengan idea-idea bernas. Mari kita semua memberi sokongan kepada penerbit muda ini dengan menghadiri Tayangan Perdana ini...... Kalau bukan Kita, siapa lagi yang menaikkan movie Sabahan.......

Read more...

INDAHNYA ALAM INI

Thursday, May 19, 2011

Posted by Picasa

Read more...

CINTA DAN WAKTU

Thursday, May 12, 2011

Gambar Hiasan

  Alkisah disuatu pulau kecil tinggallah benda-benda abstrak seperti cinta, kesedihan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.

    Suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan mula  menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak pandai berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik dan mula membasahi kaki Cinta.

    Tak lama kemudian Cinta melihat kekayaan sedang mengayuh perahu. "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku! "Teriak Cinta. "Aduh maaf Cinta, perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu sekali nanti perahu ini karam. Lagipun tak ada ruang lagi untukmu diperahuku ini. "

    Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali namun kemudian dilihatnya kegembiraan lalu dengan perahunya. "Kegembiraan, tolong aku!", Teriak cinta. Namun Kegembiraan terlalu bergembira menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar teriakan Cinta.

    Air makin tinggi membasahi sampai ke pinggang dan cinta pun mulai panik. Tak lama kemudian lewatlah Kecantikan. "Kecantikan, bawalah aku bersamamu", teriak Cinta. "Wah! Cinta, kamu basah dan kotor, aku tidak mahu membawamu. Nanti kamu mengotori perahuku ini ", sahut Kecantikan.

    Cinta sangat sedih mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Masa itulah lalu Kesedihan. "Oh Kesedihan bawalah aku bersamamu", kata Cinta. "Maaf Cinta, aku sedang sedih, dan aku ingin sendirian saja ...", kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta sudah mula putus asa, ia melihat air semakin naik dan pas menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah terdengar suara, "Cinta, mari segera naik perahuku". Cinta menoleh ke suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat ia naik ke perahu itu tepat sebelum air menenggelamkannya.

    Di pulau terdekat orang tua itu menurunkan Cinta dan berlalu pergi. Pada saat itulah Cinta baru sedar bahawa ia sama sekali tidak mengenali orang tua yang telah menyelamatkannya. Cinta mula bertanya  kepada penduduk di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua itu tadi?, Dia adalah Waktu," kata orang-orang tersebut. "Tapi kenapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalkupun enggan untuk menolongku ", tanya Cinta hairan. "Sebab hanya waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari cinta itu ...".

Read more...

BICARA TENGAH MALAM: CAKAP2 DI KEDAI KOPI

Gambar Hiasan




Sudah menjadi kebiasaan kita untuk duduk santai di Kedai Kopi. Sekadar hanya mahu merasa segelas kopi dan sepinggan kuih pisang, kita boleh bertahan berjam-jam di Kedai Kopi. Penulis teringat akan sebuah lagu yang bertajuk Cerita Kedai Kopi. Lirik lagu ini sebenar mengisahkan suasana kedai kopi. Yang boleh disimpulkan sebagai pusat maklumat secara tidak langsung. Samaada cerita itu sahih atau pun sekadar gossip tapi bila di kedai kopi, ia menjadi cerita hangat.

Pernah sekali berlaku kejadian amuk dalam Kedai Kopi, hanya kerana cerita yang langsung tidak berkaitan dengan si pelaku. Namun mungkin si pelaku itu terasa atau kena tempiasnya. Apalagi, amarah si pelaku/pendengar meletup. Habis meja berterbangan. Sadis sungguh keadaannya. Kasihan si pencerita, menjadi mangsa amukan tanpa tahun hal sebenarnya. Si pencerita pun hanya menyampaikan apa yang telah dengarnya. Inilah cakap2 di Kedai Kopi..

Kedai Kopi juga menyebabkan seorang yang boleh dikira sebagai selebrti aktivis hampir dibelasah kerana kenyataannya yang menimbulkan kemarahan orang. Tidak pasti samaada betul atau tidak tapi itulah yang berlaku. Kata-kata dan pernyataan pasti mudah diterima bila ia disampaikan di tempat seperti ini.

Sedar atau tidak, Kedai Kopilah tempat untuk kita mencari dan mencungkil bakat pidato kita. Kita dengan mudah dapat memberi mukadimah tentang sesuatu tanpa perlu berteriak kerana memang ramai sentiasa mencari cerita sensasi. Di Kedai Kopilah, kita akan melihat bakat sesorang untuk menjadi pemimpin atau Yang Benar. kalau sekadar minum kopi pun payah seseorang itu membelanja, pasti dia tidak sesuai menjadi pemimpin. Dan, untuk memudahkah orang mengenali kita, Kedai Kopi lah tempatnya. 

Akhirnya, cakap2 kedai kopi bukanlah cakap2 kosong. Ia mempunyai 1001 maksudnya. Semuanya bermula pada diri kita sendiri. Samaada mahu menjadi bahan cerita atau pun menjadi pencerita........










Read more...

BICARA TENGAH MALAM: 8ila sudah tidak seirama...

Monday, May 9, 2011

Lagu yang enak di dengar, bila berubah note lagunya akan menjadi sumbang... Bila ia menjadi sumbang maka pasti ramai yang akan mula mengutuk,mengata dan mencacinya. Pada hakikatnya...pensumbang itu bukan penulis asal lirik atau iramanya tetapi oleh 'mereka' yang tidak memahami atau mengetahui langsung lirik dan iramanya...yang dicaci pastilah pada siapa yang menghasilkan. Lumrah dalam dunianya ini, dimana yang perosaknya tidak disalahkan tapi siapa yg memulakanya....ketidakstabilan asas bukan disebabkan oleh yang terdahulu tetapi oleh 'mereka'yang rakus........

Read more...

PERJALANAN DEMI ANAK BANGSA: SK TEGIBANG

Thursday, April 7, 2011

Mungkin tidak ramai yang tahu dimana terletaknya Sk. Tegibang. Mungkin ramai yang menganggap yang tempat ini mudah untuk di akses kerana adanya sekolah di sini. Sk. Tegibang sebenar memncabar mana-mana individu yang merasa dirinya hebat, samaada dari mentalnya atau pun fizikalnya. Pasti akan merasai gemuruh yang panjang.

Penulis beri tabik kepada semua warga Sk. Tegibang dan juga penduduk Kg Tegibang. Namun lebih kepada pendidik kerana rata-rata mereka bukan orang sana. Mereka ini semua berasal dari kawasan yang banyak kemudahan tetapi sanggup bekerja di sana demi anak bangsa.

Penulis tertarik membuat sedikit catatan tentang tempat ini. Penulis telah pernah ke tempat ini dan memang kalau tidak biasa hidup sederhana atau asas saja, pasti bila berada di sana jadi tidak keruan.

Kg Tegibang sebenarnya berada dibawa pentadbiran Daerah Kota Marudu. Kg ini betul-betul terletak di sempadan Daerah Ranau. Memang terdapat laluan terus dari Kota Marudu tapi ia merupakan laluan yang penuh cabaran kerana terpaksa melalui laluan Off Road..iaitu laluan balak, yang telah lama ditinggalkan... harus melalui beberapa bukit dan melalui hutan yang langsung tidak berpenghuni.

Menurut orang kampung, kalau berjalan kaki, ia mengambil masa lebih kurang 5-6 jam.. itu pun kira laju sudah..maksudnya kurang berehat. Perjalanan dari Kota Marudu ke Kg Tegibang juga bergantung kepada keadaan jalan tanah yang tidak pernah kering sebenarnya. Memang sukar untuk ke sana

Laluan kedua pula adalah melalui daerah Ranau, laluan ini agak jauh dan terpaksa melalui sungai sepanjang 200meter. Ini kalau sungai tidak naik atau banjir. Laluan ini juga antara laluan yang sering digunakan oleh orang kampung dan juga guru2 sk tegibang. Namun keadaan sekarang, kedua-dua laluan ini sukar dilalui.

Perjalanan ke Sk Tegibang terpaksa meredah halangan yang tidak di sangka. Berjalan kaki adalah alternatifnya. Para guru pernah berkata'kalau bukan kerana tugas dan rasa tanggungjawab, pasti saya sudah tidak kuat untuk ke sana' katanya. Namun kerana tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak bangsa menyebabkan segala keperitan itu dilupai. 

Harapan yang tinggi dari warga Tegibang agar sesuatu yang lebih baik dapat diusahakan untuk mereka terutama sekali para guru2 di Sk Tegibang. Biarlah keperitan dan kepayahan mereka ini dipedulikan. Biarlah mereka ini diberi perhatian agar segala usaha dan dedikasi mereka berbaloi. Tidak ramai yang sanggup untuk berada disana. Biarpun dengan penambahan elaun lokasi. Kos untuk sekali jalan ke sana sebenar sangat besar. Kadang2 2 minggu sekali baru dapat keluar atau pun 3 minggu sekali, baru merasa kopi di Rahaya Cafe. 

Tahniah dan Syabas kepada rakan2 pendidik di SK Tegibang...

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP