nuffnang

Pages

Oktober diisytiharkan Bulan Bahasa Kebangsaan

Friday, October 9, 2009

Sumber: New Sabah Times


7th October, 2009

KUCHING: Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.


“Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita,” katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, kelmarin.


Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema “Bahasa Jiwa Bangsa” itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.


“Kerajaan juga akan memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara mulai tahun depan sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi,” kata Muhyiddin.


Katanya anugerah tersebut akan disampaikan kepada penerima yang layak sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.


Beliau berkata keyakinan terhadap keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan adalah berasaskan kepada bukti bahawa keluaran sistem pendidikan sedia ada yang berteraskan pendidikan bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara selama ini.


“Persepsi bahawa bahasa kebangsaan tidak berupaya untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan merupakan tanggapan yang meleset,” katanya sambil merujuk kepada pelaksanaan dasar baru dalam sistem pendidikan bagi memartabatkan bahasa Malaysia disamping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.


“Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus,” katanya.


Muhyiddin meminta institusi pengajian tinggi, agensi pelaksanaan dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan ilmuwan berkerjasama menghasilkan lebih banyak karya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan bermutu tinggi.


Di samping itu, katanya, usaha sama strategik dengan masyarakat penutur bahasa Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura boleh diwujudkan untuk menyemarakkan lagi penggunaannya sebagai bahasa ilmu.


Beliau berkata ada peluang yang baik untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam lingkungan yang lebih luas berikutan kedudukan bahasa Melayu pada tempat kelima sebagai bahasa utama dunia dengan bilangan penutur seramai 300 juta orang pada masa kini.


Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada program Bulan Bahasa Kebangsaan untuk mempopularkannya.


Walaupun Sarawak memperjuangkan bahasa Malaysia lebih lambat dibandingkan di Semenanjung, beliau berkata ia telah menjadi satu kaedah penyatuan bagi masyarakat berbilang kaum di negeri ini, yang mempunyai pelbagai loghat dan bahasa.

Read more...

RASA TAKUT YANG TERUBAT

Monday, October 5, 2009

Apabila saya mendapat maklumat berkaitan dengan kemungkinan akan berlakunya taufan super parma yang akan melanda kawasan tertentu di Sabah, timbul rasa takut. Bukan apa, takut bila memikirkan betapa teruk kesannya. Dalam hati berdoa, supaya janganlah super taufan ini berlaku. Rasa takut ini menyebabkan saya sukar tidur, saya sentiasa memerhati keadaan cuaca. Kalau rasanya taufan berlaku, pasti saya akan mengambil tindakan yang sewajar.

Bila saja saya bangun, saya melihat keadaan cuaca yang cerah, lega terasa. Saya terfikir, selama ini sudah berapa kali angin kencang berlaku namun keadaan negeri ini tetap tenang. Apa sebabnya...namun  yang pasti, semua penganut agama berdoa, memohon supaya bala ini tidak berlaku. Supaya bala ini tersasar ke kawasan yang tidak berpenduduk.

Rasa takut terus hilang. Walau bagaimana pun was-was tetap ada kerana kuasa alam sukar di bendung. Syukur, semuanya selamat.

Read more...

PERGI TAKKAN KEMBALI

Sunday, October 4, 2009

Salam untuk semua, anak buah saya yang berumur 16 tahun meninggal setelah sekian lama bertahan berulang alik ke hospital. Felydron Jappri yang juga merupakan pelajar SMK Langkon terpaksa mengurangkan aktiviti persekolahan dan lebih banyak menghabiskan masa di hospital. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kita semua.

Read more...

PEMANDANGAN YANG MENLEGAKAN

Saturday, October 3, 2009


Bayangkan kalau didunia ini tiada yang tindas menidas. Parti kita semua hidup aman dan gembira. Bayangkan kita masih lagi hidup didunia, dimana semua orang masih lagi mempunyai peluang untuk hidup senang. Bayangkan kita hidup tanpa ketakutan. Bayangkan kita hidup tanpa kerisauan. Bayangkan segala yang ada dalam bumi ini dikongsi bersama. Pasti kita amat merinduinya......

Read more...

SUARA YANG SEMAKIN DI DENGARI

Wednesday, September 30, 2009

Sejak menjadi blogger, banyak pengajaran yang saya perolehi. Pada mulanya, saya hanya jadikan blog ini sebagai ruang untuk meluahkan isi hati tapi bila melihat dan mendengar keluhan, rintihan dan luahan penduduk setempat, saya menjadi teruja untuk membantu. Tambahan SAM telah menjemput saya untuk menjadi warganya, menjadikan saya lebih aktif lagi. Sejak itu saya menjadi seorang aktivis untuk daerah saya. Memang saya tidak mendapat apa2 malahan sering menerima kutukan tapi itu tidak melemahkan. Kepuasan saya bila saja apa yang SAM cuba paparkan mendapat perhatian dan tindakan pihak yg berkenaan. Semakin kuat halangan, SAM semakin teguh. Akhirnya, suara yang dianggap sumbang menjadi suara penyumbang kepada keberhasilan usaha pihak berkenaan.

Read more...

SETIAP KEJAYAAN DIMULAI DENGAN SEDIKIT KEKECEWAAN

Tuesday, September 29, 2009

Ketidak mampuan kita untuk menerima kekalahan atau kekecewaan merupakan musuh kepada kita sendiri. Kekecewaan ini akan menjadi penghalang kepada kita untuk meneruskan perjalanan atau perjuangan tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang, kegagalan itu merupaka titik kejatuhan tetapi sebenarnya kegagalan itu adalah pencetus kejayaan. Oleh itu, biarlah kita terus mara ke hadapan dan terus menjadikan setiap kegagalan sebagai batu loncatan untuk menggapai kemenangan.

Read more...

PHOTO KENANGAN SELEPAS KONSERT MINI FELIX AGUS AND FRIENDS


Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP