nuffnang

Pages

KEHIDUPAN YANG DILUPAI

Wednesday, October 14, 2009

Kalau kita melihat senario dunia sekarang, pasti ramai yang merasakan kehilangannya. Keadaan sekarang sangat jauh berbeza. Kalau dulu, keramahan dan keseronokan amat jelas tapi sekarang ini kita akan melihat satu lakonan yang hebat, kepantasan dalam memenuhi keperluan diri.

Keadaan memaksa semua untuk bergerak pantas lantas mengwujudkan persaingan yang hebat. Kadangkala persaingan itu akan menghasilkan kekecewaan. Kecewa kerana kegagalan mungkin boleh diterima tapi kecewa kerana dibuli, itu yang tak dapat diterima.

Mungkin kita tidak sedar akan perkara buli ini kerana dalam diri kita, kita hanya mahu menjadi 'the first'. Kerakusan kita inilah sebenarnya yang membuli jiwa dan perasaan yang lain. Kita tidak sedar tapi yang lain sedar. Kita memaksa yang lain untuk berkerja dengan seluruh tumpuan mereka. kita lupa akan dirinya. Kita lupa akan keadaannya. Kita lupa akan kebajikannya.

Maka itu, kehidupan lalu telah mula dilupai. keriangan dan kemesraan telah hilang. Sampai bila, baru kita akan mendapatnya kembali....pasti kita akan merinduinya.....

1 comments:

MINDAGURU October 14, 2009 at 7:36 PM  

Apabila menjadi mangsa buli orang yang rakus, beberapa hal harus kita lakukan. Sebagai misalan jika orang berkenaan hanya mempergunakan kita..wajar bagi kita dengan tegas mengatakan "tidak" secara berhemah, agar lain kali dia tidak akan mengulanginya. Jika ia memang sudah berlaku, sayangi diri anda dengan memaafkan orang itu(yg membuli perasaan kita).

Dalam dunia yang sentiasa dalam persaingan kita memerlukan keberanian dan ketabahan.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP