nuffnang

Pages

Kenangan Zaman Sekolah.

Saturday, February 21, 2009

Saya masih ingat pertama kali saya menyertai acara olahraga iaitu semasa di tingkatan 2. Saya menyertainya hanya untuk suka-suka dan tidak ada niat untuk menjadi atlit sebenar. Saya merupakan peserta termuda dalam acara 100m kerana yang lain semua pelajar tingkatan 3. Namun saya merupakan peserta kedua terbaik kerana mendapat tempat ke-2. Bagaimanapun, saya tidak terpilih untuk mewakili sekolah kerana ada peserta yang boleh mengambil tempat saya. Saya pun tidak kisah sangat. Biasalah budak kampung belajar di sekolah bandar...
Pada masa yang sama saya terpilih untuk mewakili pasukan bola sepak bawah 15 tahun ke KL. Jadi tumpuan saya berubah sekejap..konon nak jadi pemain bola terhebatlah..masa tu..zaman matlan marjan top.. bila kami latihan bola selalu kacau sebab konon nak tunjuk dengan mereka. Masa tu jurulatih bolasepak Sabah orang putih..Kalau time makan, selalu sembang dengan jackrison kilan...( Nanti cerita pasal bola )


Semasa saya di tingkatan 3 ( tahun berikutnya ) sekali lagi saya menyertai acara 100m dan kali ini menang bergaya...fuh..hebat juga larian tu sampai jadi juara...masa itu pinjam spike kawan.. perjalanan mudah untuk ke peringkat Negeri. Semasa kejohanan Peringkat Negeri di Likas, Saya mewakili Pantai Barat Selatan. Macam gagah saja tetapi kena berdepan dengan seorang atlit dari sandakan yang juga merupakan juara pecut kelas 2, yang juga merupakan kawan sepelatihan pada awalnya sebelum pindah balik ke sandakan. Dalam hati, setakat ni je lah...mana nak lawan dengan juara negeri.


Semasa acara 100m bermula, saya tekad mesti menang walaupun saya tahu lawan saya kebanyakan mempunyai jurulatih khas. saya cuma berlatih sendiri saja dan sekali-sekala minta tunjuk ajar dari kawan-kawan senior. Keputusannya, saya berjaya menjuarai acara tersebut. Saya seperti tidak percaya..macam dalam mimpi je..selepas pengumuman rasmi barulah percaya. kejayaan saya ini merupakan satu kejayaan budak kampung kerana saya amat daif dari segi asas latihan olahraga. Kemunculan saya sebagai juara baru juga membuka peluang untuk berlatih dengan Sulaiman Arman. Beliaulah yang berikan asas latihan pecut. Saya bersama dengan beliau hampir setahun sebelum saya menyertai satu program khas kementerian sukan dan kebudayaan negeri.


Semasa di kejohanan peringkat kebangsaan saya menduduki tempat ke-4 dalam acara akhir 100m. Kedudukan yang saya rasa sangat bererti kerana saya sebenar kosong dalam ilmu pecut. Kalau sekiranya saya mendapat latihan awal pasti saya akan menjuarai acara tersebut.... saya berlari menggunakan kekuatan semulajadi sebagai budak kampung.

3 comments:

AragangTandik February 22, 2009 at 1:51 PM  

Sebenarnya budak kampung banyak bakat cuma kurang pendedahan dan kemudahan - aku ada pigi KM baru2 ni sedih melihat keadaan gelanggang tenis ditepi padang KM, begitu juga keadaan padang yang tidak dijaga.

KUDINGKING February 22, 2009 at 7:47 PM  

Betul tu AragangTandik...kalaulah ada kemudahan sukan yang lengkap seperti stadium minikah, bakat anak-anak muda di KM boleh ditingkatkan. Sekarang bukan tak boleh tetapi bayangkan keadaan padang yang becak sewaktu hari hujan....memang sukar untuk meningkatkan prestasi. Semoga satu hari nanti adalah sebuah stadium di KM ni

TOMPINAI February 22, 2009 at 10:29 PM  

benar itu aragang tandik, budak kampung lebih banyak yang berbakat sebenarnya, banyak sudah yang buktinya...
Kudingking, itulah yang kita harapkan, harap 'mereka' dapat menunaikan janji2 'mereka' itu

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP