Pages
Banjir Kota Marudu
Saturday, January 17, 2009
SABTU. KOTA MARUDU : Keadaan banjir di kawasan Kota Marudu masih lagi belum pulih sepenuhnya. Beberapa tempat masih lagi di tenggelami air. Pihak berkuasa belum lagi membenarkan penduduk kampung yang dipindahkan ke pusat pemindahan pulang ke kampung mereka. Menurut sumber, pihak berkuasa masih lagi memantau keadaan dan berharap para mangsa banjir bersabar. Keperihatinan pihak bertindak banjir Kota Marudu juga jelas apabila beberapa pusat pemindahan setakat ini telah menerima bantuan makanan. Terdapat juga kumpulan NGO dan Syarikat utama negeri ini telah mula menghulurkan bantuan. Berdasarkan laporan pihak Jabatan Pihak Kaji Cuaca, keadaan cuaca akan kekal untuk masa-masa terdekat ini.
Read more...
Labels:
banjir
SEDIA SEBELUM BANJIR
Friday, January 16, 2009
Inilah keadaan di bilik guru sesi pagi. Semua barang-barang yang berkenan telah diletakkan ditempat yang tinggi. Pobia dengan apa yang berlaku pada awal tahun 2008, dimana banjir telah melanda sekolah ini sebanyak 3 kali. Apa lagi hampir semua rosak. Meja guru baru saja sampai belum seminggu digunakan. Meja ini pantang kena air. kalau dah terendam gerenti kembang lepas tu roboh. Kalau meja dari kayu. tahan.. Sabar sajalah warga pendidik.. walaupun dalam keadaan begini, pembelajaran tetap diteruskan.
Read more...
Labels:
banjir
SMK KM: MERENTAS DESA.
KOTA MARUDU : Acara merentas desa terpaksa di teruskan walaupun keadaan cuaca tidak menentu. En.Josil Kiduta, Setiausaha MSS SMKKM, berkata acara ini tetap diteruskan tetapi melalui laluan baru. Laluan lama tidak dapat digunakan disebabkan ada beberapa bahagiannya telah dinaiki air. Oleh itu, sebagai alternatif plan B terpaksa digunakan. Menurut beliau lagi, pertandingan merentas desa peringkat daerah akan berlangsung pada selasa depan, jadi mahu tidak mahu kena jalankan juga. Acara merentas desa kali yang ke 9 ini telah dijuarai oleh Rumah Sri Marudu. Seramai 40 orang peserta yang berjaya menduduki 10 teratas setiap kategori telah dipilih mewakili sekolah ke peringkat daerah nanti. Puan Tan Poo Choo, pengetua SMK KM dalam ucapan penutupannya menyatakan rasa gembiranya kerana acara ini berjaya dijalankan tanpa sebarang insiden. Beliau juga berharap peserta yang terpilih mewakili sekolah, membuat persediaan sebaik mungkin bagi peringkat daerah. Beliau juga amat berbangga dengan komitment penganjur kerana berusaha untuk menjalankan acara ini.
Read more...
Labels:
sukan
Sesak: Apabila tidak terkawal.
Thursday, January 15, 2009
Beginilah keadaan di kawasan letak kenderaan depan SMK Kota Marudu. Keadaan tidak terkawal apabila Cuaca tidak baik. Masing-masing mahu cepat keluar.
Read more...
Labels:
catatan hujan.
ANGKARA BANJIR
Hujan yang turun tidak menentu menyebabkan keadaan di sekolah kelam kabut. Murid-murid tidak tenang duduk sebab risau, takut kalau banjir. Pada sesi sebelum rehat, proses pembelajaran berjalan lancar tetapi selepas waktu rehat,suasana berubah. Apa tidak, beberapa tempat di sekitar pekan Kota Marudu sudah mula di naiki air. Lebih kurang jam 11.00 pagi, ramai ibu bapa datang ke sekolah mengambil anak mereka. Menurut ibu bapa, mereka risau kalau sekiranya hujan berterusan laluan ke kampung mereka akan di naiki air. Mahu tidak mahu, pihak sekolah terpaksa membenarkan guru2 dan pelajar pulang terutama mereka yang dari kawasan yang telah di kenalpasti air semakin meningkat. Pihak sekolah juga menerima laporan dari pihak polis yang keadaan banjir telah sampai ke peringkat berbahaya. Atas nasihat pihak yang berkenan, pihak sekolah membenarkan sama sekali guru2 dan stafnya pulang pada jam 12.30 tengahhari. Itu pun selepas membuat kerja-kerja memindahkan barang2 penting ke tingkat atas. Nanti basah,siapa tanggung.. Sekolah kami juga telah di jadikan sebagai pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir dari kampung kuranji ( Kampung ini terletak di jalan kota marudu tandek). Sedih juga tengok mereka ni tapi apa boleh buat. Inilah angkara banjir. Segala-galanya terganggu. Gangguan bekalan elektrik juga berlaku sebanyak 3 kali. Bekalan lilin di kedai-kedai pekan goshen juga habis mendadak..(Kelihatan mangsa banjir berehat)
Labels:
catatan banjir/hujan lebat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


