nuffnang

Pages

Aku dan diriku

Monday, November 9, 2009

Ruangan Novel
Part I
Aku tidak menyangka yang keadaan seperti ini berlaku. Aku hanya ingat bahawa semua itu adalah hanya permainan semata-mata.

" Ahh....perdulikan " kata hati ku..namun dalam masa yang sama, aku masih lagi tidak pasti. Apa sebenarnya yang berlaku. Aku masih ingat setiap ungkapannya. Setiap butir katanya masih jelas....

" Kamu tidak bererti bagi ku, Kau tidak ada dalam hati ini, Ingat jangan cuba merayu dan jangan cuba meminta apa2". Itu antara kata2 yang masih aku ingat.

Aku sebenarnya dah tak bersemangat lagi namun kerana aku masih lagi berpegang pada janji, maka itu aku bertahan. Ahhh...inilah manusia..manusia yang tidak pernah menghargai dengan apa yang ada dan sudah ada.

Aku nak salahkan orang lain tapi untuk apa. Bukankah kita semua telah pun diberikan kelebihan masing2. Jadi kalau pun ia melibatkan orang lain. pasti itu adalah masalahnya....

Aku sering juga berfikir...konon mahu jadi pemikir tapi kadang2 keadaan itu menjadi bertambah rumit..mmmmmm..ya la , kita kan hanya dibekalkan dengan daya pemikiran yang terhad...namun kita sebenarnya mampu mengatasinya...sebab kenapa ada orang yang bijak...

Aku bermonolog sendiri" ya kalau sudah ia seperti yang ia inginkan, biarla ia terjadi...sebab bagi aku dunia seperti itu sudah tiada ". Mmmm...betulkah, mungkin juga...kadang2 aku sudah mula hilang kepercayaan..dan caranya aku biarkan saja... nak sibuk2 pun tak dihargaikan...jadi biarlah dia dengan dunia dia, biarlah dia puas dengan apa yang dia mahu buat...

Haaa...tak sedar pula masa dah nak subuh sudah....ya...bila saja kita berada pada keadaan seperti ini adakalanya kita akan hilang tumpuan...namun satu saja yang perlu kita ingat...yang masalah itu hanyalah masalah, pasti akan dapat diselesaikan....

Wah...aku menjadi seperti seorang pemikir sudah....tapi tak apalah..kan pemikir juga mempunyai sumbangan dalam membentuk jati diri bangsa...hahaha...

akan bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP