nuffnang

Pages

GURU OH GURU

Thursday, December 11, 2008

Hari ini, saya menghadiri kursus peningkatan matapelajaran kemahiran hidup di pejabat pendidikan daerah Kota marudu. Walau pun masa cuti persekolahan,kami sebagai pendidik terpaksa menghadiri kursus. Segala perancangan terpaksa di tunda atau pun dibatalkan semata-mata untuk menghadiri kursus ini.
Mungkin ramai orang beranggapan yang tugas sebagai guru amatlah mudah berbanding dengan perkerjaan lain. Sekolah cuti,guru pun cuti. Itu anggapan dan tanggapan orang ramai tapi hakikatnya kami,guru-guru sentiasa berkerja. Maksud saya, sentiasa bersedia dipanggil untuk tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.
Kami juga perlu bersedia untuk tahun hadapan,menambahbaik segala kekurangan agar dapat mencapai dan merealisasikan segala perancangan pendidikan. Kami perlu sentiasa menimbah ilmu agar dapat memberikan sesuatu yang berkesan kepada anak didik kami.
Tugas sebagai seorang guru amatlah susah dan tidak semudah yang disangka. Kena berdepan dengan karenah anak didik dan juga karenah ibu bapa pelajar. Kadang-kadang tercabar juga hati tapi hasil daripada pembelajaran semasa di IPG berkaitan dengan psikologi,maka semua itu menjadi pendorong.
Saya masih ingat kata-kata yang saya kira sebagai petua dari seorang pensyarah saya, segala kritikan yang berbentuk negetif terima dalam bentuk positif. Kritikan itu akan menguatkan usaha kamu dalam mendidik anak didik kamu katanya. Saya rasa apa yang cuba disampaikan oleh pensyarah saya adalah bersedialah menghadapi dunia pendidikan. Dunia yang penuh dengan cabaran.
Saya juga pernah terbaca satu tulisan oleh guru yang telah bersara dalam akhbar, dimana beliau menyatakan bahawa tugas sebagai guru sangat sukar. Guru bukan saja menyampai segala ilmu dalam menjadikan anak didiknya berjaya tapi juga membantu dalam pelaksanaan kelancaran sesuatu sekolah. Beliau menyatakan secara tidak rasmi seorang guru melakukan tugas hampir 200 jenis dalam setahun. Jelas sekali tugas ini amat banyak tetapi guru tidak pernah sedikit pun berganjak dari tugas utamanya untuk mendidik.
Kami sebagai guru tidak sedikit pun merasa puas dalam memastikan anak didik kami berjaya. Biar apa pun tanggapan dan tomahan, kami tetap memastikan setiap anak didik kami berjaya.

1 comments:

muridTuan.blogspot.com December 15, 2008 at 12:06 PM  

tahniah, kerana kita sama-sama menyedari tentang peranan murni kita.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP