nuffnang

Pages

AKU DAN DUNIA KU

Tuesday, November 2, 2010

Halloooooo.....salam utk rakan2 blogger semuaaaa.....setelah sekian lama bermain dengan kesibukan tugas baru kali ini ada peluang untuk membuat sedikit post....

Kesibukan yang dialami dalam dua tiga bulan ini membuatkan duniaku kelam kabut...hihihi, biasalah bila banyak kerja yang perlu diselesaikan. Kadang2 terfikir jugalah siapa suruh menyibukkan diri..hihihi...dah nasib....kata orang bila dah sibuk pasti akan sibuk dan manusia mana yang tidak ada kesibukan ...hihihih....

Kadang2 mau juga rasa macam orang lain yang macam tidak sibuk tapi nak buat macam manakan....kena juga.Nak elak pun...tetap kena....hahahaha...apa pun ...hidup kena terusssssssss.....senyummmmmmmmmmmm sebagai ubatttttttt.........

Read more...

BILA MALAM MENJELANG TIBA

Friday, October 1, 2010

Mmmmm.....acapkali kita bertanya "malam ni hujankah, panaskah, mesti susah tidur ni". Ha..soalan bonus yang kadang2 membuatkan kita pening kepala. Kadangkala, rasa tidak perlu dijawab tapi ia sentiasa mengetuk ruang minda kita. Mmmm...persiakanlah tenaga berfikir itu, alang2 fikir sampai tuntas...hahahaha. Mampukah?...pasti nanti ada yg mamai-mamai dipagi nanti.

Bila malam, kita sering merindui kedamaian. Ketenangan dan keselesaan jiwa,minda kita. Namun disaat inilah, akan menyerbulah 1001 macam persoalan. Mmmm...nak biarkan, ia tidak lesap. Nak layan, ia memenatkan...aduuu...payah jugakan...lalu apa yg harus dilakukan....perhatikan, perhaluskan, pertimbangkan dan paparkan....hihihihi. Gayanya...mcm sang pemikir besar walaupun kecil saja diri ini....

Dan bila malam menjelma, kita menjadi takut...takutnya bukan pada bayang, atau pun pada mambang2...tapi takut pada sebuan persoalan yang sentiasa meminta jawapan, layanan seakan budak kecil yang memerlukan perhatian. Bukan mudah pula jadi manusia ini....tapi hakikatnya itulah kehidupan sebagai manusia....

Malam...malam...malaaaam......

Read more...

KEMERDEKAAN YANG SEMAKIN DILUPAI

Saturday, September 4, 2010

Tahun ini negara kita menyambut hari kemerdekaan yg kali ke-52 secara umumnya. Memang diakui ada kekeliruan berkaitan dengan angka ini namun ia bukanlah perkara utama.

Yang menjadi persoalannya disini, penghayatan erti kemerdekaan itu. Kita tidak perlu persoalkan bagaimana ia dirayakan. Dimana tempat ia dirayakan. Yang hendak dipersoalkan adalah tanggapan kita tentang kemerdekaan itu. Kesan kemerdekaan dalam kehidupan kita.Penerimaan golongan muda kepada kemerdekaan ini.

Read more...

BICARA ALAM

Saturday, August 28, 2010

Panas..panas..itu didaerah ini. Disana, sejuk..sejuk. Kadang terasa satu ketidak adilan. Kenapa saja ia tidak sama?. Kenapa tidak membiarkan semua merasa kepanasan atau kesejukan itu. Kalau sekiranya berlaku seperti yang diingini, maka tidak wajarlah kita memanggil ini alam..

Read more...

SALAM RAMADHAN

Wednesday, August 11, 2010

Salam untuk semua rakan maya.Selama beberapa waktu, tidak dapat mengupdate blog kerana ada masalah teknikal.... hairan juga ya..knapa ada yg cba main2 tpi tak pe...biarkan kerana mgkin tulah pekerjaan mereka.
Apa pun biarla kita semua meneruskan kehidupan ini, mencapai kebahagian dan kesejahteraan. Kalau kita melihat diseluruh dunia, mendengar berita-berita utama dunia, pasti kita tidak menemui tempat yang aman seperti negara kita. Marilah kita semua bersama-sama mengekalkan keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan ketenangan tanpa memgira fahaman politik,kepercayaan kita. kita pastikan negara kita Malaysia kekal sebagai negara yang aman.....

Salammmmm........

Read more...

DUA WATAK

Tuesday, June 29, 2010

Cuba lihat....pasti akan anda dapati ada wajah di belakangnya....

Pasti kita akan merasa teruja bila saja melihat sesuatu yang ganjil dan unik seperti ini. Ini merupakan senjata penyamarannya. Bila saja pemangsa melihat, pasti ia menganggap yang sang kupu2 ini sedang melihatnya dengan bengis. Sedangkan kebengisannya itu adalah merupakan titik lemahnya. Punca kepada kejatuhannya. Kenapa?... sebab corak muka yg unik itu akan menarik perhatian para manusia untuk menangkapnya..... Andai kata corak itu tidak ada, pasti ia bebas hinggap dimana-mana. Ia menjadi seperti mereka yang lain. Namun itula kelebihannya....dua watak.....

Manusia tidak lari dari persamaan ini. Memang ramai yang mempunyai lebih dari satu watak dalam dirinya. Watak-watak ini sering digunakan untuk mencapai sesuatu. Bila saja watak-watak ini terlebih guna, maka nahaslah yang akhirnya diperolehi. Adakalanya watak ke-2 lebih banyak memainkan peranannya atau lebih dominan. Watak sebenar disembunyikan lantaran ia dirasai mempunyai kekurangan. Maka diciptalah watak kedua yang lebih sempurna, tiada cacat celanya. Yang kelihatan berada pada kedudukan tertinggi dan akhirnya kebergantungan itu berterusan... Bila watak kedua ini mendapat sanjungan, maka watak sebenar menjadi semakin kecil dan akhirnya tidak digunapakai...hanya bila saja pada part sedih...yang perlu mengeluarkan airmata...barulah ia digunakan....tapi untuk apa? .....hanya untuk mengaburi saja.....

Read more...

BOLA KAN BULAT

Monday, June 28, 2010

Tak banyak yang boleh dikira kejutan dalam perlawanan bola sepak world cup ini. Tampak seperti satu pameran fesyen pakaian, gaya rambut atau tatoo badan. Kalau skill permainan, hampir sama. Cuma mungkin, hanya brazil yg tetap di hayati kerana gaya sambanya namun ia tidak seperti dulu.Sambanya sering hambar.

Apa yang pasti, mana2 pasukan yang tidak mempunyai playmakernya pasti akan memperagakan permainan yang hambar. Lihat saja bila, Kaka mendapat kad merah, Messi dan juga Klose, pasukan mereka seakan-akan terumbang-ambing. Keyakinan pemain lain terhadap playmaker mereka sangat tinggi hinggakan kalau mereka tiada, hantar tidak menjadi.Kenapa tidak boleh bermain secara kumpulan?. Bukan Bola Sepak permainan berpasukan.

Cuba lihat pasukan yang dikira underdog, yang tidak mempunyai pemain ternama atau termahal. Contoh Ghana, masih mampu meratah lawannya sebab mereka bermain berpasukan. Kekuatan dari segi mental juga amat perlu. Begitu juga dengan daya saing yang tinggi. Salah satu ciri2 yang ada pada pasukan USA. Walaupun bukan pasukan pilihan atau pasukan terkenal namun USA masih mampu menunjukkan kepentingan bermain secara berpasukan dan sentiasa membantu antara satu dengan yang lain. Selalu ketinggalan namun masih mampu menyamainya biarpun tidak menang. Namun mereka berjaya menunjukkan apa itu bola sebenarnya.

Bola itu bulat..satu ungkapan yang amat tepat, bila ia suda bergolek. Kita tidak tahu siapa yang menang,siapa yang akan kalah. Siapa yang bernasib baik dan siapa yang tidak bernasib baik. Kita hanya tahu bila ia akan di umumkan atau dinyatakan. Kehidupan kita sebagai manusia juga sama seperti bola. Adakalanya kita pemenang dan ada kalanya kita 'loser'. Tiada satu pun yang boleh mengaku dirinya sentiasa menang dan tiada satu pun yang boleh menyatakan yang dia sentiasa tewas. Namun, pergerakan itu boleh dikawal untuk meminiumkan kekalahan, sekurang2nya 'draw' atau dalam keadaan 'menang2'. .......Ianya terletak pada hati,fikiran kita masing2.....Cayooooo.....go..go..world Cup....

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP