RAKYAT SABAH IKON INTERGRASI KAUM
Thursday, June 4, 2009
( http//teratakkasih-jesvi.blogspot.com )
"Rakyat Sabah merupakan ikon intergrasi kaum di Malaysia yang harus dipelihara dan dipertahankan. Ini kerana rakyat di Negeri Di Bawah Bayu kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Dengan semangat muhibah dan toleransi, kita mampu hidup dalam keadaan harmoni biarpun berlainan kepercayaan ataupun ideologi politik yang berbeza".Sebahagian petikan dari ucapan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Ismail semasa merasmi Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Sabandil, Papar.( sumber: Daily Express )Keunikan yang sememangnya tidak dapat dinafikan. Rakyat Sabah boleh dikatakan bertuah kerana apapun perayaan yang dilakukan pasti mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarkat. Kepelbagaian adat resam dan kepercayaan sama sekali tidak menjadi halangan, malah ia akan dapat memperlihat keakraban, kejituan semangat kekitaan. Kita pernah mendengar program intergrasi peringkat kebangsaan namun tidak pasti dengan hasilnya.
Akhir kata, Kita berharap agar rakyat Sabah sentiasa mengamalkan semangat kekitaan ini tanpa sebarang halangan. Memetik kata tekong SAM, Tokou e tokou. Salam.
0 comments:
Post a Comment