Bicara Tompinai: Yang kecewa dan Yang mengecewakan
Sunday, June 21, 2009
Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Tompinai memilih tajuk ini. Adakah Tompinai kecewa atau adakah Tompinai mengecewakan? Siapakah yang mengecewakan Tompinai dan sebab apa kecewa? Mmm..Tompinai rasa bukan Tompinai kecewa. Bab-bab kecewa ini sudah lalu. Bagi Tompinai, pengalaman yang lalu telah mengajar Tompinai untuk menjadi dewasa, matang dan rasional. Kalau memang perlu Tompinai mengalaminya maka biarlah ia berlaku, kemudian berlalu kerana Tompinai hidup bukan untuk kecewa tapi hidup untuk menikmati anugerah yang Tuhan berikan kepada Tompinai. Opps...telebih sudah.
Berbalik kepada INTIPATI sebenar bicara Tompinai kali ini....Yang kecewa adalah mereka-mereka yang mengharapkan pengertian dan penyelesaian kepada masalah mereka. Mereka sedar siapa mereka. Mereka ini hanya orang-orang yang kecil. Orang-orang yang hanya sekali-sekala perlu bila pada waktunya. Pun begitu, kehadiran mereka ini amat diperlukan. Kewujudan mereka amat penting, hinggakan kalau mereka tidak datang atau muncul kerana masalah pengangkutan, kenderaan akan dihantar, siap dengan penginapan dan makan kalau yang dari jauh. Tetapi selepas beberapa sekian masa, maka mereka ini akan dilupakan. Seakan-akan kewujudan mereka tidak diketahui.
Apabila mereka meminta balas kasihan. Meminta perhatian. Meminta supaya diringankan masalah sanak saudara sekampung. Mereka sepertinya tidak dilayan. Pelbagai alasan diberi. Bagi Mereka yang mudah putus asa, terus tersungkur tetapi bagi mereka yang jenis muka tembok, akan terus berusaha,berusaha dan berusaha sehingga berjaya. Akhirnya mereka dapat yang mereka inginkan. Mereka ini merasa gembira, sekurang-kurangnya beban mereka menjadi ringan. Tapi harapkan cerah hingga ke petang, masalah lain pula membantai. Mereka tiada salah.Mereka tiada bantahan tapi kenapa pula 'MEREKA-MEREKA' buat seperti itu? Apakah mereka tidak layak? Kenapa perlu diberhentikan? Nah! jadilah mereka yang kecewa..
Kata manis bukan selalunya manis. Kata manis boleh menyejukkan tapi harus jaga-jaga kerana kata manis boleh melukakan. Lontaran janji-janji 1001 macam janji. Apa saja kamu minta akan diberi dan ditunaikan. Kalau terus membantu saya sehingga saya berada pada tempat yang baik, saya akan tetap menjadi kawan kamu. Segala keperluan, masalah kamu akan saya perhatikan. Ramai orang kanan saya yang akan membantu katanya dulu. Itu dulu, sekarang macam mana? Semuanya jumpa dengan Si A, Si A pula cakap jumpa dengan si B dan seterusnya. Kalau dulu, Kamu menjaga mereka, memerhati mereka tapi kenapa sekarang seperti itu..Maka itu jadilah kamu yang mengecewakan. Mengecewakan mereka-mereka yang sentiasa mempertahankan kamu, yang sentiasa mengagungkan kamu dan sampai ada yang sanggup menggadai nyawa hanya untuk kamu tetapi sekarang sikitpun kamu tidak peduli.
Ada yang cuba membantu menjadi penjernih tetapi tidak dipercayai malah dicurigai. Teguran dianggap penentangan dan kritikan dianggap lawan tuan. Tapi sedarkah, semua itu dilakukan kerana rasa hormat dan sayang, tuntutan perubahan dan pendekatan. Itu saja, tidak lebih.
Sampai bilakah keadaan ini berterus...adakah selagi kita bergelar manusia????
7 comments:
saya memahami akan perasaan mu, Saya pernah dengar kisah mu dari kawan2 dan juga melihat dgn mata sendiri. Ya, sepandai2 tupai melompat, ia akan satu ke tanah juga. Sabar saja.
tanpa nama,
entry ini tiada kaitan dengan apa-apa. Entry ini hanya berbentuk maklumat saja.
Tak tahu cerita apa yang kamu dengar tapi terima kasih saja atas keperihatinan kamu.
Salam Tompinai
isteri kau sangat cantik, jadi kegilaan ramai lelaki.
betul tapi sayang, kecantiknya membawa kehancuran. Hati tidak cantik. Terlalu banyak cerita saya dengar.
Tompinai..
betul ka apa ini anon2 ni cakap?
kasih cerai saja kalau betul.
Salam,
TERIMA KASIH
itu hanya gossip saja ba tu. mngkin org tidak senang. biasalah manusiakan..kan. ada saja cerita.
Dan bukan mudah untuk buat seperti itu, kalau sudah kita pilih maka jagalah ia sampai akhir hayat.
Semuanya ketentuan Tuhan.
Biarlah saja gossip2 itu. Setakat ini kami masih dalam keadaan baik.
Terima kasih
Salam SAM
Post a Comment