nuffnang

Pages

SIAPA KITA? KITA SIAPA?

Tuesday, March 29, 2011

Bila saja kita membuka helaian demi helaian akhbar tempatan, terpampang cerita yang bermacam-macam. Macam iklan TV..macam-macam ada.. Sini kata salah, sana kata salah, sini kata betul, sana kata betul. Sampai bila pun, kita tidak akan tahu cerita sebenar. Hanya yang empunya cerita sahaja yang tahu.

Perubahan minda menjadikan cabaran itu lebih sengit lagi. Kalau dulu, dengan petik jari sahaja, kita mampu mempengaruhi sekelompok orang. Dulu masuk saja pelusuk kampung, canang sini sana, orang sudah mula percaya. Hulur sekampit beras, 5 tin sardin, sekilo gula dan sebungkus kopi, orang sudah puji tapi sekarang belum pasti, biarpun dilempar dengan keping kepala agung. Orang sekarang akan melihat segala pergerakan, segala perubahan, segala penambahbaikan. Orang sekarang akan bertanya mana sudah semua itu.

Namun siapalah kita untuk bercakap, siapalah kita untuk menilai kerana mungkin kita ini, hanyalah sekelumit lumut di tepi gantang. Yang bila-bila saja boleh dikikis. Siapalah kita untuk menimbangtara setiap perlakuan mereka, siapalah kita untuk berteriak pada sesuatu yang tidak mungkin mendengar segala ngauman datar itu.

Pun begitu, kita harus bertanya siapa kita sebenarnya. Siapa kita depan mereka?. Siapa kita pada fikiran mereka. Kita mempunya fikiran, minda yang waras dan jelas. Apakah kita turut serta dalam permainan mereka-mereka ini. Bukankah lebih baik kita menjadi warga yang setia. Warga yang menjaga perlembagaan kita. Kita menjaga keamanan negara kita, mana mungkin kita mahu menyerahkannya, mana mungkin kita mahu jadi seperti yang lain.

Kita hidup aman kerana sistem kita yang baik, pemimpin yang bijak dan berani. Biarlah kita aman hingga ke anak cucu kita. Biarlah kita meninggal sejarah yang paling indah agar diingati oleh anak cucu kita.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP