nuffnang

Pages

SAYA INGIN MENONTON FILEM FASTER

Thursday, December 30, 2010


Kenapa saya berminat untuk menonton filem ini kerana daya tarikan daripada pelakon utamanya, Dwayne Thornton. Merupakan atlit gusti yang terkenal. Selain itu, berdasarkan sinopsis ceritanya, pasti ia merupakan satu jalan cerita penuh dengan aksi. Saya pasti yang usaha Driver mencari pembunuh saudaranya menghadapi cabaran kerana beliau juga menghadapi tentangan daripada veteran polis dan juga pembunuh upahan. Pencarian ini pasti akan menjadi lebih 'stress' lagi bila ia seringkali menghadapi kegagalan kerana klu yang tidak lengkap. Kejadian klu tidak lengkap itu sendiri yang membawa kepada akar cerita ini, iaitu dalang pembunuhan itu sendiri. Pastinya Driver akan terus mengalami kejutan bila saja mengetahui siapa yang disebalik itu semua. Apakah Driver mampu mengatasinya semua?. Kita tunggu sehingga tayangan filem ini.

Read more...

PayBox

Wednesday, December 22, 2010

PayBox Sistem pemasaran atau pengiklanan yang pasti menguntungkan apabila lebih ramai yang menyertainya. Sistem ini amat sesuai sekali digunakan dilaman sosial. Setiap orang yang menyertainya akan dibayar, begitu juga sekiranya kita dapat menarik orang untuk menyertainya. Tidak perlu untuk mengeluarkan sebarang kos untuk menyertainya. Yang penting, kita rajin melawat web ini. Oleh itu tidak rugi untuk mencuba sesuatu yang baru...apa lagi, jom mendaftar di PayBox.com.

Read more...

MASIH GAGAHKAH AKU?

Monday, December 20, 2010


Biarpun kelihatan tua namun aku masih lagi berdiri megah. Masih belum ada lagi yang lebih tinggi dari aku. Akulah yang gagah. Tapi tidakkah kau sedar?. Siapa yang menahanmu dari tumbang?. Siapa yang mengikatmu supaya tidak jatuh ditiup angin?. Jangan lupa siapa yang membantumu. Jangan tembirang. Ingatlah kalau tiba-tiba mereka biarkan pasti sekali tiup saja kamu tumbang.....
Posted by Picasa

Read more...

I ROBOT


Bila manusia hilang dan di ganti oleh mesin bernyawa
Posted by Picasa

Read more...

Posted by Picasa

Read more...

KEMENTERIAN KESIHATAN TIMBANG KENAKAN TINDAKAN KEPADA PEMBELI ROKOK HARAM

Thursday, December 2, 2010

Sumber :New Sabah Times 02/12/2010:

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan kini menimbang melaksanakan langkah lebih tegas dalam menangani gejala rokok haram termasuk mengenakan tindakan terhadap orang ramai yang didapati, memiliki dan menggunakan bahan itu.( petikan dari New Sabah Times ).

Penulis amat bersetuju dengan langkah kerajaan ini. Bukan saja ia dapat membendung kegiatan penyeludupan, ia juga dapat menyelamatkan ekonomi negara. Ini disebabkan rokok ini dibawa masuk tanpa sebarang cukai atau dengan kata lain tidak membayar cukai. Selain itu penjualan yang tidak terkawal menyebabkan pelajar sekolah atau budak bawa umur bebas membeli. Ini membantu kepada kewujudan masalah penagihan rokok dikalangan golongan remaja negara ini. Tindakan ini sebenarnya serampang dua mata kerana ia akan secara tidak langsung menghalang penularan rokok haram dinegara ini.

Read more...

BILA KATA DIPERTARUHKAN

Sunday, November 14, 2010

Ramai diantara kita yang sering bertindak sedemikian. Kita cuba menjadikan setiap kata yang terucap sebagai pertaruhan atau penegas kepada sesuatu yang tidak pasti. Sekadar untuk mengaburi sesuatu.

Kata itu menjadi permainan, kata itu menjadi sandaran. Kata itu menerbitkan harapan atau kata itu adalah harapan. Namun apakah ia benar-benar menjanji harapan atau kekecewaan.

Read more...

AKU DAN DUNIA KU

Tuesday, November 2, 2010

Halloooooo.....salam utk rakan2 blogger semuaaaa.....setelah sekian lama bermain dengan kesibukan tugas baru kali ini ada peluang untuk membuat sedikit post....

Kesibukan yang dialami dalam dua tiga bulan ini membuatkan duniaku kelam kabut...hihihi, biasalah bila banyak kerja yang perlu diselesaikan. Kadang2 terfikir jugalah siapa suruh menyibukkan diri..hihihi...dah nasib....kata orang bila dah sibuk pasti akan sibuk dan manusia mana yang tidak ada kesibukan ...hihihih....

Kadang2 mau juga rasa macam orang lain yang macam tidak sibuk tapi nak buat macam manakan....kena juga.Nak elak pun...tetap kena....hahahaha...apa pun ...hidup kena terusssssssss.....senyummmmmmmmmmmm sebagai ubatttttttt.........

Read more...

BILA MALAM MENJELANG TIBA

Friday, October 1, 2010

Mmmmm.....acapkali kita bertanya "malam ni hujankah, panaskah, mesti susah tidur ni". Ha..soalan bonus yang kadang2 membuatkan kita pening kepala. Kadangkala, rasa tidak perlu dijawab tapi ia sentiasa mengetuk ruang minda kita. Mmmm...persiakanlah tenaga berfikir itu, alang2 fikir sampai tuntas...hahahaha. Mampukah?...pasti nanti ada yg mamai-mamai dipagi nanti.

Bila malam, kita sering merindui kedamaian. Ketenangan dan keselesaan jiwa,minda kita. Namun disaat inilah, akan menyerbulah 1001 macam persoalan. Mmmm...nak biarkan, ia tidak lesap. Nak layan, ia memenatkan...aduuu...payah jugakan...lalu apa yg harus dilakukan....perhatikan, perhaluskan, pertimbangkan dan paparkan....hihihihi. Gayanya...mcm sang pemikir besar walaupun kecil saja diri ini....

Dan bila malam menjelma, kita menjadi takut...takutnya bukan pada bayang, atau pun pada mambang2...tapi takut pada sebuan persoalan yang sentiasa meminta jawapan, layanan seakan budak kecil yang memerlukan perhatian. Bukan mudah pula jadi manusia ini....tapi hakikatnya itulah kehidupan sebagai manusia....

Malam...malam...malaaaam......

Read more...

KEMERDEKAAN YANG SEMAKIN DILUPAI

Saturday, September 4, 2010

Tahun ini negara kita menyambut hari kemerdekaan yg kali ke-52 secara umumnya. Memang diakui ada kekeliruan berkaitan dengan angka ini namun ia bukanlah perkara utama.

Yang menjadi persoalannya disini, penghayatan erti kemerdekaan itu. Kita tidak perlu persoalkan bagaimana ia dirayakan. Dimana tempat ia dirayakan. Yang hendak dipersoalkan adalah tanggapan kita tentang kemerdekaan itu. Kesan kemerdekaan dalam kehidupan kita.Penerimaan golongan muda kepada kemerdekaan ini.

Read more...

BICARA ALAM

Saturday, August 28, 2010

Panas..panas..itu didaerah ini. Disana, sejuk..sejuk. Kadang terasa satu ketidak adilan. Kenapa saja ia tidak sama?. Kenapa tidak membiarkan semua merasa kepanasan atau kesejukan itu. Kalau sekiranya berlaku seperti yang diingini, maka tidak wajarlah kita memanggil ini alam..

Read more...

SALAM RAMADHAN

Wednesday, August 11, 2010

Salam untuk semua rakan maya.Selama beberapa waktu, tidak dapat mengupdate blog kerana ada masalah teknikal.... hairan juga ya..knapa ada yg cba main2 tpi tak pe...biarkan kerana mgkin tulah pekerjaan mereka.
Apa pun biarla kita semua meneruskan kehidupan ini, mencapai kebahagian dan kesejahteraan. Kalau kita melihat diseluruh dunia, mendengar berita-berita utama dunia, pasti kita tidak menemui tempat yang aman seperti negara kita. Marilah kita semua bersama-sama mengekalkan keamanan, kesejahteraan, kedamaian dan ketenangan tanpa memgira fahaman politik,kepercayaan kita. kita pastikan negara kita Malaysia kekal sebagai negara yang aman.....

Salammmmm........

Read more...

DUA WATAK

Tuesday, June 29, 2010

Cuba lihat....pasti akan anda dapati ada wajah di belakangnya....

Pasti kita akan merasa teruja bila saja melihat sesuatu yang ganjil dan unik seperti ini. Ini merupakan senjata penyamarannya. Bila saja pemangsa melihat, pasti ia menganggap yang sang kupu2 ini sedang melihatnya dengan bengis. Sedangkan kebengisannya itu adalah merupakan titik lemahnya. Punca kepada kejatuhannya. Kenapa?... sebab corak muka yg unik itu akan menarik perhatian para manusia untuk menangkapnya..... Andai kata corak itu tidak ada, pasti ia bebas hinggap dimana-mana. Ia menjadi seperti mereka yang lain. Namun itula kelebihannya....dua watak.....

Manusia tidak lari dari persamaan ini. Memang ramai yang mempunyai lebih dari satu watak dalam dirinya. Watak-watak ini sering digunakan untuk mencapai sesuatu. Bila saja watak-watak ini terlebih guna, maka nahaslah yang akhirnya diperolehi. Adakalanya watak ke-2 lebih banyak memainkan peranannya atau lebih dominan. Watak sebenar disembunyikan lantaran ia dirasai mempunyai kekurangan. Maka diciptalah watak kedua yang lebih sempurna, tiada cacat celanya. Yang kelihatan berada pada kedudukan tertinggi dan akhirnya kebergantungan itu berterusan... Bila watak kedua ini mendapat sanjungan, maka watak sebenar menjadi semakin kecil dan akhirnya tidak digunapakai...hanya bila saja pada part sedih...yang perlu mengeluarkan airmata...barulah ia digunakan....tapi untuk apa? .....hanya untuk mengaburi saja.....

Read more...

BOLA KAN BULAT

Monday, June 28, 2010

Tak banyak yang boleh dikira kejutan dalam perlawanan bola sepak world cup ini. Tampak seperti satu pameran fesyen pakaian, gaya rambut atau tatoo badan. Kalau skill permainan, hampir sama. Cuma mungkin, hanya brazil yg tetap di hayati kerana gaya sambanya namun ia tidak seperti dulu.Sambanya sering hambar.

Apa yang pasti, mana2 pasukan yang tidak mempunyai playmakernya pasti akan memperagakan permainan yang hambar. Lihat saja bila, Kaka mendapat kad merah, Messi dan juga Klose, pasukan mereka seakan-akan terumbang-ambing. Keyakinan pemain lain terhadap playmaker mereka sangat tinggi hinggakan kalau mereka tiada, hantar tidak menjadi.Kenapa tidak boleh bermain secara kumpulan?. Bukan Bola Sepak permainan berpasukan.

Cuba lihat pasukan yang dikira underdog, yang tidak mempunyai pemain ternama atau termahal. Contoh Ghana, masih mampu meratah lawannya sebab mereka bermain berpasukan. Kekuatan dari segi mental juga amat perlu. Begitu juga dengan daya saing yang tinggi. Salah satu ciri2 yang ada pada pasukan USA. Walaupun bukan pasukan pilihan atau pasukan terkenal namun USA masih mampu menunjukkan kepentingan bermain secara berpasukan dan sentiasa membantu antara satu dengan yang lain. Selalu ketinggalan namun masih mampu menyamainya biarpun tidak menang. Namun mereka berjaya menunjukkan apa itu bola sebenarnya.

Bola itu bulat..satu ungkapan yang amat tepat, bila ia suda bergolek. Kita tidak tahu siapa yang menang,siapa yang akan kalah. Siapa yang bernasib baik dan siapa yang tidak bernasib baik. Kita hanya tahu bila ia akan di umumkan atau dinyatakan. Kehidupan kita sebagai manusia juga sama seperti bola. Adakalanya kita pemenang dan ada kalanya kita 'loser'. Tiada satu pun yang boleh mengaku dirinya sentiasa menang dan tiada satu pun yang boleh menyatakan yang dia sentiasa tewas. Namun, pergerakan itu boleh dikawal untuk meminiumkan kekalahan, sekurang2nya 'draw' atau dalam keadaan 'menang2'. .......Ianya terletak pada hati,fikiran kita masing2.....Cayooooo.....go..go..world Cup....

Read more...

DIAM BUKANNYA BISU,BISING BUKANNYA TEMBIRANG

Thursday, March 25, 2010

Bila saja kita suarakan seuatu, pasti ada saja jawapannya. Bila saja kita mula memperkatakan sesuatu,pasti kita dicop sebagai penentang. Betulkah?

Sampai bila kita harus menutup mata ini?. Sampai bila kita harus mengikut saja kata telunjuk itu?. Sampai bila kita harus tunduk?. Apakah berat sangat kepala itu mendongak?. Susah sangatkah mata itu melihat matanya?.

Maka itu, kita membisu namun tidak bermaksud diam selamanya. Kita diam kerana melihat kepada strategi, mengumpul segala kekuatan minda dan rohaniah. Kita tidak mahu lagi suara-suara itu menjadi sia-sia. Kita mahu ia memberi impak yang kuat.

Bila saja kita mula membuka mulut,pasti ia akan kedengaran seperti mencarut tapi ia bukan mencarut kosong. Ia penuh dengan segala kata ilmu,hasil kupasan idea para generasi muda.Ia pasti akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan suara-suara generasi Y. 

Generasi yang akan menjadi pemimpin,ilmuan,dan sebagainya.....pandang dan dengarlah 

Read more...

ALAM PETANG

Friday, March 19, 2010

Read more...

Apa itu CINTA?

Friday, February 19, 2010

Apakah telapak tanganmu berkeringat, jantungmu berdetak cepat, dan suaramu tercekat saat berada di dekatnya? 
* Itu bukan Cinta, itu Suka.

Apakah kamu tak bisa melepaskan pandangan atau genggaman dari dirinya?
* Itu bukan Cinta, itu Nafsu.

Apakah kamu menginginkan dia saat dia sedang tidak ada?
* Itu bukan Cinta, itu Kesepian.

Apakah kamu ada di sana karena itulah yang diinginkannya?
Itu bukan Cinta, itu Kesetiaan.

Apakah kamu menerima pengakuan cintanya karena kamu tak ingin menyakitinya?
* Itu bukan Cinta, itu Kasihan.

Apakah kamu ada di sana karena dia memelukmu atau menggenggam tanganmu?
* Itu bukan Cinta, itu Ketergantungan.

Apakah kamu ingin memiliknya karena tatapan matanya membuat hatimu berdegup kencang?
* Itu bukan Cinta, itu Tergila-gila.

Apakah kamu memaafkan kesalahannya karena kamu peduli padanya?
* Itu bukan Cinta, itu Persahabatan.

Apakah kamu mengatakan padanya setiap hari bahwa dialah satu-satunya orang yang kamu pikirkan?
* Itu bukan Cinta, itu Dusta.

Apakah kamu ingin memberikan semua benda kesayanganmu untuknya?
* Itu bukan Cinta, itu Sikap dermawan.

Apakah hatimu sedih dan sakit saat dia sedang terluka, dan sebisa mungkin ingin mengobati luka hatinya?
* Barulah itu Cinta.

Apakah kamu tertarik pada orang lain, tapi tetap setia mendampinginya tanpa pernah menyesal?
* Barulah itu Cinta.

Apakah kamu menerima segala kesalahan dan kekurangannya karena itulah bagian dari dirinya?
* Barulah itu Cinta.

Apakah kamu menangis saat dia sedih meskipun dia kuat?
* Barulah itu Cinta.

Apakah kamu memafkannya dan bersedia tetap bersamanya saat dia menyakiti?
* Barulah itu Cinta.

Apakah kamu tetap setia apapun yang terjadi, baik saat gembira maupun sengsara?
* Barulah itu Cinta.

Apakah kamu bersedia memberikan hatimu, hidupmu, dan matimu untuknya?
* Ya, itulah Cinta.



Sumber: Hold My Hand online Kaunseling.

Read more...

PERJALANAN INI

Thursday, February 11, 2010

    Setelah sekian lama, baru dapat membuat sedikit entri dalam bolg ini. Mungkin ramai yang tertanya kenapa entrinya tak serancak dulu. Keinginan untuk membuat entri masih ada, kalau boleh sekerap yang mingkin tapi disebabkan oleh hambatan kesibukan,maka usaha itu terbantut.

   Dalam masa beberapa minggu ini, terlalu banyak perkara yang dialami malah ada yang menggembirakan dan ada yang mencabar. Hati bertanya..memang inilah kehidupan?. Perlukah mengalami semuanya?. Mmm..pasti semuanya wujud semata-mata untuk mendewasakan kita semua.

   Ada orang berkata Berani Untuk Gagal, Berani untuk Kalah, Berani untuk Kecewa. Kenapa perlu berani untuk sesuatu yang bersifat negetif?. Selalunya kita mendengar kata2 yang berbentuk positif. Berusaha untuk berjaya. Kalah tak bererti Tewas...Pasti ada sebabnya. Kenapa perlu melihat yang negetif dulu.

   kalau kita tanya orang2 sekeliling kita, adakah mereka sanggup gagal?. Pasti ramai yang menjawab tidak. Ya, penulis sendiri pun tidak mahu. Namun, kita harus melihat dulu risiko gagal yang bakal kita hadapi. Berapa peratus peluang untuk kita berjaya.?. Kalau peratus gagal lebih besar dan kita masih ingin meneruskannya maka kita kena berani untuk gagal.

   Jadi, dalam perjalanan ini, terlalu banyak yang perlu di hadapi . Hidup ini tidaklah mudah namun tidakla susah. Semuanya bergantung kepada kita sendiri....Salammmmmmmmmmm

Read more...

NITE OF LIFE

Sunday, January 24, 2010



Kehidupan kita yang sering mengecewakan kita namun disebalik kekecewaan itu tersembunyi seribu kegembiraan. Kita sentiasa mengharapkan agar setiap memori hilang begitu saja, dengan andai ia tidak akan terus menghantui kita. Tapi mampukah kita untuk menidakkanya, menghalangnya daripada terus bermain diruang ingatan kita?. Kata orang kehidupan harus teruskan atau kata mudah..jalan terussss..., ya, semestinya itu yang kita inginkan tapi dapatkah?, bolehkah..., Dalam sekelip mata pasti imbuan masa lalu akan berlaku..dan terus berlaku tanpa sebarang noktahnya.Putaran itu terus berjalan tanpa sebarang gangguan....oleh itu sampai bila?????
Posted by Picasa

Read more...

Amaran hujan lebat di Sabah hingga Selasa depan

Monday, January 18, 2010

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini, mengeluarkan amaran hujan sederhana kadang kala lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Sabah yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, ia membabitkan bahagian Sandakan (Beluran dan Kinabatangan), Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Papar, Kota Kinabalu dan Penampang), Beaufort, Kota Marudu dan Lahad Datu.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning sehingga Selasa ini di Tongod, Ranau, Kuala Penyu, Tambunan, Keningau dan Tenom



Keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh di kawasan tanah rendah berdekatan tebing-tebing sungai, demikian menurut kenyataan itu. - Bernama.com

Read more...

NST Online Flood situation in Kota Marudu worsens

NST Online Flood situation in Kota Marudu worsens

Read more...

Mini Konti UtaraFm.Net : Dj Tomm

Sunday, January 10, 2010



Inilah mini konti UtaraFm.net semasa Malam Anugerah Keusahawanan/Batik Fusion Kota Marudu 2010 di Dewan Komuniti Kota Marudu.
Posted by Picasa

Read more...

Ridah At Kota Marudu


Posted by Picasa

Read more...

TAHUN BARU, PENDEKATAN BARU

Thursday, January 7, 2010

Mmmm.... ini tahun 2010..tahun yang genap. Mungkin kita pernah dengar bermacam-macam ramalan tentang tahun ini. Ada yang meramalkan kebangkitan kerajaan ini, kekacauan kerajaan ini atau pun kekacauan yang melampau akan berlaku. Ini ramalan. tak tahu betulkah atau pun tidak.

Persoalannya, Kenapa perlu meramal seperti itu?. Kenapa tidak meramal yang baik2 saja. Apakah kita perlu mempercayai yang tahun 2012 adalah tahun yang mana dunia akan hancur?. Ada orang mengatakan semua ramalan nostradamus tepat. Siapa Nostradamus ini?. Apakah dia lebih dari Yang Maha ISa?. Dia bukan yang menentukan semuanya.

Kenapa kejadian itu dan ini berlaku?. Apa sebabnya?. Bagi penulis, kejadian ini berlaku kerana kita sebagai manusia. Kita yang mahu ia berlaku dan secara tidak langsung kita yang menggalakkanya. Kehancuran bumi disebabkan ketamakan dan keegoan manusia. Manusia mencipat senjata biologi, menghasilkan senjata kimia dan mencipta bom-bom yang kuat. Manusia juga menghancurkan eko-sistem alam dengan menggunakan alasan kemajuan.

Kewujudan iklim yang melampau disesetengah tempat dan disesetengah tempat mengalami serangan penyakit. Semua ini kerana kerakusan manusia. Sebab itu, kenapa setiap kejadian yang berlaku sama seperti apa yang diramalkan oleh nostradamus. Bila manusia membacanya, seakan-akan ia memberitahu yang ini akan berlaku. Maka manusia pun akan fikir betul...

Kenapa kita tidak jadikan tahun ini,  betul2 tahun yang baru. Biarlah kita menggunakan pendekatan yang lebih bijak dalam setiap aspek kehidupan kita. Pasti apa yang telah diramalkan itu, tidak akan berlaku.

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU 2010: Dj Tomm

Friday, January 1, 2010



Tomm mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua rakan2 maya dan juga para pengunjung Bicara Tanpa Suara. Semoga di tahun baru ini, kita semua bangkit dengan jiwa baru, azam baru dan minda yang baru. Doa Tomm, agar semua pekerjaan kita berhasil dan sukses. Biarlah berkat Tuhan yang maha esa akan terus kita alami.....Salammmmmmmmmmm
Posted by Picasa

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP