nuffnang

Pages

TAHUN BARU, PENDEKATAN BARU

Thursday, January 7, 2010

Mmmm.... ini tahun 2010..tahun yang genap. Mungkin kita pernah dengar bermacam-macam ramalan tentang tahun ini. Ada yang meramalkan kebangkitan kerajaan ini, kekacauan kerajaan ini atau pun kekacauan yang melampau akan berlaku. Ini ramalan. tak tahu betulkah atau pun tidak.

Persoalannya, Kenapa perlu meramal seperti itu?. Kenapa tidak meramal yang baik2 saja. Apakah kita perlu mempercayai yang tahun 2012 adalah tahun yang mana dunia akan hancur?. Ada orang mengatakan semua ramalan nostradamus tepat. Siapa Nostradamus ini?. Apakah dia lebih dari Yang Maha ISa?. Dia bukan yang menentukan semuanya.

Kenapa kejadian itu dan ini berlaku?. Apa sebabnya?. Bagi penulis, kejadian ini berlaku kerana kita sebagai manusia. Kita yang mahu ia berlaku dan secara tidak langsung kita yang menggalakkanya. Kehancuran bumi disebabkan ketamakan dan keegoan manusia. Manusia mencipat senjata biologi, menghasilkan senjata kimia dan mencipta bom-bom yang kuat. Manusia juga menghancurkan eko-sistem alam dengan menggunakan alasan kemajuan.

Kewujudan iklim yang melampau disesetengah tempat dan disesetengah tempat mengalami serangan penyakit. Semua ini kerana kerakusan manusia. Sebab itu, kenapa setiap kejadian yang berlaku sama seperti apa yang diramalkan oleh nostradamus. Bila manusia membacanya, seakan-akan ia memberitahu yang ini akan berlaku. Maka manusia pun akan fikir betul...

Kenapa kita tidak jadikan tahun ini,  betul2 tahun yang baru. Biarlah kita menggunakan pendekatan yang lebih bijak dalam setiap aspek kehidupan kita. Pasti apa yang telah diramalkan itu, tidak akan berlaku.

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP