PERJALANAN INI
Thursday, February 11, 2010
Setelah sekian lama, baru dapat membuat sedikit entri dalam bolg ini. Mungkin ramai yang tertanya kenapa entrinya tak serancak dulu. Keinginan untuk membuat entri masih ada, kalau boleh sekerap yang mingkin tapi disebabkan oleh hambatan kesibukan,maka usaha itu terbantut.
Dalam masa beberapa minggu ini, terlalu banyak perkara yang dialami malah ada yang menggembirakan dan ada yang mencabar. Hati bertanya..memang inilah kehidupan?. Perlukah mengalami semuanya?. Mmm..pasti semuanya wujud semata-mata untuk mendewasakan kita semua.
Ada orang berkata Berani Untuk Gagal, Berani untuk Kalah, Berani untuk Kecewa. Kenapa perlu berani untuk sesuatu yang bersifat negetif?. Selalunya kita mendengar kata2 yang berbentuk positif. Berusaha untuk berjaya. Kalah tak bererti Tewas...Pasti ada sebabnya. Kenapa perlu melihat yang negetif dulu.
kalau kita tanya orang2 sekeliling kita, adakah mereka sanggup gagal?. Pasti ramai yang menjawab tidak. Ya, penulis sendiri pun tidak mahu. Namun, kita harus melihat dulu risiko gagal yang bakal kita hadapi. Berapa peratus peluang untuk kita berjaya.?. Kalau peratus gagal lebih besar dan kita masih ingin meneruskannya maka kita kena berani untuk gagal.
Jadi, dalam perjalanan ini, terlalu banyak yang perlu di hadapi . Hidup ini tidaklah mudah namun tidakla susah. Semuanya bergantung kepada kita sendiri....Salammmmmmmmmmm
0 comments:
Post a Comment