nuffnang

Pages

BUDAK TUJUH TAHUN LULUS PEPERIKSAAN SEKOLAH TINGGI

Sunday, August 30, 2009

LONDON: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun di Britain meraikan kelulusan dalam peperiksaan matematik yang biasanya diambil oleh pelajar yang berusia dua kali lebih tua daripadanya, kata laporan semalam.

Jude Alli, yang mengambil ujian itu ketika dia berusia enam tahun dan menerima gred D, memberitahu dia mendapati matematik mudah dan " sangat teruja" kerana berpeluang menduduki peperiksaan itu.

"Saya hanya mahu belajar dan belajar dan belajar," katanya.

Ibunya berkata anak lelakinya itu telah menunjukkan kepintaran dari usia aal lagi, berjalan semasa dia hanya berusia tujuh bulan dan bercakap selepas berusia setahun, kata akhbar Independent.

Pelajar sekolah tinggi di Britain menerima keputusan peperiksaan mereka kelmarin, yang dipanggil GCSE atau Sijil Am Pendidikan Menengah.

Seorang lagi budak lelaki berusia lapan tahun, lulus mudah dalam peperiksaan matematik itu, yang biasanya diambil oleh pelajar berusia 16 tahun.

Xavier Gordon-Brown dipercayai manusia paling muda pernah memperolehi A, markah tertinggi bagi GSCE, Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan.

Xavier membaca buku teks matematik untuk keseronokan dan menurut ibunya, dapat menguasai sifir darab pada usia dua setengah tahun.

"Apabila dia melakukan sesuatu, dia suka melakukannya dengan baik tetapi peperiksaan itu tidak mengganggunya. Baginya, ia hanya sekadar matematik" kata ibunya, Erica. - AFP

sumber: Utusan Borneo, 29 Ogos 2009

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP