nuffnang

Pages

SALAM MERDEKA

Monday, August 31, 2009

Tahniah kepada Malaysia, tahniah kerana masih lagi gah dan terus bergerak maju ke arah kejayaan. Tahniah kerana mampu menangkis segala masalah dan prasangka dari luar. Tahniah kerana perpaduan masih lagi kekal. 52 tahun merupakan tempoh yang lama dan kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya adalah sesuatu yang amat dibanggakan. Adalah menjadi harapan yang negara Malaysia akan kekal terus maju ke depan. Merdeka...merdeka...merdeka....

Read more...

KISAH ARNAB DAN KURA-KURA

Sunday, August 30, 2009

Pasti ramai yang masih ingat dengan cerita ini. Satu cerita yang punya banyak pengajaranya. ceritanya seringkali disampaikan kepada anak-anak dengan harapan anak-anak itu menjadi bijak. Ya...berbalik kepada kehidupan kita setiap hari, pasti kita mengalaminya ataupun melihatnya. Apakah kita seperti si arnab yang tangkas tapi sombong atau si kura-kura yang perlahan tapi tabah, kuat semangat. Mungkin kita tidak sedar selain itu si kura-kura juga bijak, pandai mengatur strateginya. Sebab itu si kura-kura berjaya. Tapi sayang, ramai orang lebih suka menjadi seperti si arnab, mendabik dada mengatakan sayalah yang paling hebat, petik jari saja dapat katanya. Tapi dia tidak sedar yang kemampuannya itu ada hadnya dan juga keegoannya menjadikan dia lupa diri, memandang rendah akan orang lain. Oleh itu, pandai-pandailah kita meletakkan diri kita.

Read more...

BUDAK TUJUH TAHUN LULUS PEPERIKSAAN SEKOLAH TINGGI

LONDON: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun di Britain meraikan kelulusan dalam peperiksaan matematik yang biasanya diambil oleh pelajar yang berusia dua kali lebih tua daripadanya, kata laporan semalam.

Jude Alli, yang mengambil ujian itu ketika dia berusia enam tahun dan menerima gred D, memberitahu dia mendapati matematik mudah dan " sangat teruja" kerana berpeluang menduduki peperiksaan itu.

"Saya hanya mahu belajar dan belajar dan belajar," katanya.

Ibunya berkata anak lelakinya itu telah menunjukkan kepintaran dari usia aal lagi, berjalan semasa dia hanya berusia tujuh bulan dan bercakap selepas berusia setahun, kata akhbar Independent.

Pelajar sekolah tinggi di Britain menerima keputusan peperiksaan mereka kelmarin, yang dipanggil GCSE atau Sijil Am Pendidikan Menengah.

Seorang lagi budak lelaki berusia lapan tahun, lulus mudah dalam peperiksaan matematik itu, yang biasanya diambil oleh pelajar berusia 16 tahun.

Xavier Gordon-Brown dipercayai manusia paling muda pernah memperolehi A, markah tertinggi bagi GSCE, Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan.

Xavier membaca buku teks matematik untuk keseronokan dan menurut ibunya, dapat menguasai sifir darab pada usia dua setengah tahun.

"Apabila dia melakukan sesuatu, dia suka melakukannya dengan baik tetapi peperiksaan itu tidak mengganggunya. Baginya, ia hanya sekadar matematik" kata ibunya, Erica. - AFP

sumber: Utusan Borneo, 29 Ogos 2009

Read more...

SAHABAT MAYA TOMPINAI DARI INDONESIA

Thursday, August 27, 2009

kabasaran soultan, pelangi anak, abdul azis, matahati, laurentina

Para sahabat blog ku dari Indonesia. Salam perkenalan dan juga salam perpaduan, salam damai. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Tompinai walaupun hanya di alam maya. Bagi Tompinai, biarpun hanya di alam maya, kita mampu menjalin persahabatan biarpun mungkin banyak perbezaan pendapat dan idea. Tompinai percaya kita dapat saling mempelajari berkaitan dengan tempat kita. Sekali lagi, Tompinai mengucapkan terima kasih...salam perpaduan dari Tompinai.

Read more...

BLOG REALLY LIVING: MEMBANGUNKAN KITA DARI TIDUR

Pernah anda melawat blog ini? Anda harus melawat blog ini kerana ia mempunyai nilai yang sangat tinggi. Penulisnya merupakan seorang wanita yang sangat cekal. Tabah menghadapi pelbagai rintangan yang membuatkannya hampir-hampir berputus harapan. Namun penulis ini tidak mudah mengalah. Penulis ini berjaya mengharungi dunia kesakitan itu. Kekuatannya merupakan anugerah yang paling besar dalam jiwanya. Bila saya, membaca setiap entrynya, ia sentiasa disertai dengan kata-kata yang menguatkan diri saya. Saya berfikir, apakah saya mampu menjadi sekuat sepertinya? Apakah saya mampu bertahan sepertinya? . Sukar untuk saya menyatakan jawapannya. Saya kira tidak salah saya menyatakan disini " SHE IS THE STRONGEST WOMAN IN THIS WORLD ". Saya berdoa agar satu masa nanti saya akan dapat bersua muka dan berbicara dengannya sambil menikmati keajaiban kesembuhan total. My dear friend, Mimie, you are not alone.

Read more...

MINDA TOMPINAI

Wednesday, August 26, 2009



Dalam kita berfikir untuk mencari atau mendapatkan jawapannya, kita akan diserang oleh keletihan. Keletihan ini bakal menyebabkan ketidakmampuan kita untuk berfikir. Keletihan ini akan menghasilkan keputusan yang pasti tidak kita minati. Maka kita perlu sesuatu untuk memenuhi keperluan itu. Keperluan itu harus dipenuhi.

Read more...

BICARA MINDA TOMPINAI: MASA

Tuesday, August 25, 2009

Masa yang sentiasa kita cari. Masa yang sentiasa kita perhatikan, Masa yang sentiasa kita kejar. Namun, masa tidak pernah berubah, tidak pernah awal, tidak pernah lewat. Yang mensia-siakan masa hanya kita......

Read more...

AKU JUGA IYA

Salam...selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama islam dan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua warga Malaysia. Sememangnya hidup ini tidak pernah lekang daripada masalah. Pasti kita semua ada saja masalah yang menghimpit. Sama ada kecil atau besar yang pasti, kita akan tetap berusaha untuk menyelesaikan. Namun ada juga dikalangan kita yang sengaja mencari masalah dan kemudian melemparkan masalah itu kepada orang lain. Kita menjadikan masalah itu sebagai alasan untuk mendapat simpati daripada orang lain. Bagi Tompinai, masalah adalah ujian dan sekiranya berjaya mengatasinya maka usaha itu berbaloi tapi bila saja ia tidak selesai maka biarlah masa dan waktu yang menentukan. Seperti lagu Felix, Aku juga iya. Fikir2 dan renungkanlah............

Read more...

RAKAN DI UTARAFM

KY ROL, DJ SIPUTT, DJ ALDUSUNI, DJ RUMPUT, WADY, DJ TOM, DJ NONG

Read more...

BERSAMA DENGAN 3HERO

ELLNER, ELVER DAN ETHANIEL

Read more...

D LOHAN RANAU

DJ NONG DAN DJ TOM

Read more...

JOANNE : GALA NITE 2009

Bersama Joanne, sebagai Floor Manager pada malam gala nite 2009

Kenangan yang pasti kekal, pertama kali terlibat dengan aktiviti diluar tugas. Pada awalnya, sukar untuk menyesuaikan diri namun atas kata nasihat rakan2, akhirnya segala tugas berjaya dilaksanakan.

Read more...

Bicara Tompinai : Beli Satu, percuma satu

Friday, August 21, 2009

Ini tagline yang biasa kita lihat atau baca semasa promosi di pasaraya, supermarket dan pusat membeli belah. Mungkin kita tidak terfikir bila tagline ini digunakan sebagai istilah untuk mereka yang berkira-kira untuk memikat seorang wanita yang ada ada anak ( Janda atau balu yang ada anak ). Biasanya ramai dikalangan wanita muda yang menjadi janda samaada ditinggalkan oleh suami ataupun yang meninggalkan suami ataupun lelaki yang telah bercerai atau ditinggalkan. Tidak tahulah apa sebabnya yang pasti hanya mereka ini yang mengetahuinya. Jadi apabila terlintas untuk berkahwin semula maka apa yang bakal dihadapi oleh pasangan mereka haruslah menerima hadiah sampingannya iatu anak2 terdahulu pasangannya. Sebelum membuat keputusan, mesti fikir sedalamnya, takut nanti tidak mampu menerima anak2 tersebut. Jangan hanya ingat untuk memiliki wanita atau lelaki itu saja. Biasanya, sebelum kahwin tu, semua yes, ya saja, ok saja tapi bila sudah kahwin barulah nampak tembalangnya...hes..hes...jauhkanlah bala ini...
Masing2 lah kita fikirkan tagline ini ' dapat satu, percuma satu atau lebih'..

Read more...

Dj Tom bersama Nazery (Ex-Vocalis Raihan)

Thursday, August 20, 2009

Read more...

BILA IDEA GILA DIKATAKAN GILA


Pasti akan timbul satu persoalan...kenapa pula ni...apa lagi yang penulis ini ingin kongsikan... ok, ia berkisar dengan idea yang ditimbulkan oleh seorang sahabat. Dimana sahabat ini telah menghebahkan kepada pelosok kampung yang dia akan membawa seseorg ke tempatnya. Orang yang dibawa oleh sahabat ini bukanla calang-calang orangnya. Seorang artis tempatan yang tersohor. Dipendekkan cerita, artis itu berjaya datang, apa lagi tambah orang kampung cakap, yang sahabat ini memang gila. Idea dan penakulan setiap orang berbeza. Bilamana kita mendapat sesuatu idea, pastikan orang dapat menerima idea itu. Barulah idea itu akan di anggap mantap. Namun pun begitu, kita harus bersikap positif dalam setiap kritikan...

Read more...

NOTIS: Tarikh Baru Mini Konsert Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya' Felix Agus, 26 September 2009. Mini Konsert Jelajah Promosi

Friday, August 14, 2009

administrator Kusnet

Mini Konsert Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya' Felix Agus Kota Marudu yang sepatutnya berlangsung pada 08 Ogos 2009 telah ditunda ke tarikh yang baru iaitu 26 September 2009 8.30 MALAM di DEWAN MASYARAKAT KOTA MARUDU. Perubahan tarikh ini adalah disebabkan oleh wabak H1N1 yang telah menular ke daerah Kota Marudu baru-baru ini. Segala kesulitan adalah amat kami kesali dan tidak disengajakan. Harap maklum.

Pengurus Felix Agus (D'Sulap Entertainment), Jasmin Tarmin telah menghubungi Utara.FM untuk membuat kerjasama dalam urusan promosi dan jualan tiket untuk mini konsert Felix Agus & Friends Jelajah Promosi 'Aku Juga Iya'.

Sumber: Kusnet

Read more...

PELANCARAN UTARAFM.RADIO NGO ONLINE SABAH.

Read more...

Rekod 48 Jam Bersama DJ-DJ Utara.FM

Ditulis oleh Administrator kusnet
Isnin, 10 Ogos 2009 06:12

Utara.FM ingin melakar sejarah tersendiri dalam dunia radio online internet di Sabah dengan menjalankan satu program Mencipta Rekod Bersiaran Tanpa Henti, 48 Jam Bersama DJ Utara.FM yang akan diadakan di Hotel Marudu Inn bermula pada jam 6.00 petang 14 Ogos sehingga 6.00 petang 16 Ogos 2009.

Read more...

BICARA MALAM, MENGAMIT PERASAAN

Tuesday, August 11, 2009

Kadang kala kita tidak sedar yang kita semakin lama menjadi semakin pelupa. Kita lupa dimana kita dan kita lupa siapa kita. Sedar-sedar, kita telah melangkau memori. Bila mana kita menjadi pelupa?. Bila mana kita menjadi kacang lupakan kulit? Bila??????

Dalam segmen bicara hati di radio, membuatkan kita sedar dari lamunan mimpi. Kita terkejut bila saja mengetahui betapa jauh kita meninggalkan memori itu. Apakah selama ini kita menidakkan kewujudannya? Adakah selama ini, kita tidak mengakui sumbangannya dan apakah selama ini kita melihatnya dari aspek dia salah? Rupanya kita telah menjadi buta oleh keegoan kita, kita menjadi tuli oleh kekerasan hati kita. Kenapa selama ini kita tidak mengakui betapa ia memerhati kita, menjaga kita dan memenuhi segala kecukupan kita.

Dalam segmen bicara malam, kita cuba untuk menyatakan semuanya. meluahkan apa yang sepatutnya telah lama kita akui. Kita mengaku akan kesilapan kita. Namun pada siapa dan dengan siapa?. Yang mendengar sudah lama tiada. Yang tinggal hanya memori indah semasa kecil, sewaktu kita belum mengenal akan dunia ini. Semasa kita belum lagi menjadi pelupa.

Maka, segmen bicara malam menjadi ruang untuk kita meluahkan segalanya, melepaskan segala rasa salah dihati...Ya dengan harapan, jiwa kita akan menjadi tenang....

Read more...

BICARA YANG MENGOYAHKAN

Salam untuk semua teman pembaca, sekian lama penulis lambat membuat sebarang entry baru. Ini disebabkan kesibukan dan juga kesesuaian mencari idea yang bernas. Dalam pencarian itu, penulis memperoleh satu topik yang mungkin sesuai untuk kita semua fikirkan iatu BICARA YANG MENGOYAHKAN. Bicara yang bagaimana ? Banyak tapi yang jelas satu saja...Bicara Cinta..

Bicara Cinta ini boleh di kategorikan kepada banyak jenis namun yang paling TOP adalah bicara cinta antara dua hati sepasang kekasih. Cinta ini mampu menimbulkan kesan yang mendalam kehidupan seharian kita. Dan bagi mereka yang sedang bercinta pasti sentiasa ingin mendengar kata-kata ini. Bagi mereka yang melihat cinta ini adalah salah satu daripada elemen untuk hidup, pasti akan sentiasa memastikan cinta itu kekal subur dalam jiwanya.

Jadi dimana kita bila bercakap tentang cinta, adakah kita ini berada pada kedudukan yang mampu mengungkapkan kata cinta itu melalui bicara atau melalui tindakan.? Ada orang mahu melihat cinta itu sentiasa diucapkan dan ada orang mahu cinta itu kelihatan melalui tindakan atau perbuatan. Ada orang akan menganggap seseorang itu kosong kerana tidak melihat cinta pada jiwanya.

Bila Bicara tentang cinta pasti kita akan anggap cinta itu lebih kepada cinta sesama pasangan namun bicara cinta itu luas, cinta terhadap ibu bapa, cinta terhadap keluarga, cinta terhadap pekerjaan, cinta terhadap negara dan 1001 macam lagi. Namun yang pasti bila kita mengungkapkan kata ini, pasti ia akan mengoyahkan jiwa kita...Bicara Cinta sebenarnya mempunyai kuasa mistiknya...kuasa yang tidak mampu ditandingi oleh mana2 kuasa yang ada di dunia ini. Itulah Bicara yg sentiasa mengoyahkan....

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP