nuffnang

Pages

FIELD OF DREAMS

Wednesday, March 18, 2009

Entri tompinai kali ini berkisar dengan satu filem yang tompinai tengok di HBO. Pada mulanya, tompinai tidaklah ambil kisah sangat ceritanya tetapi kerana pelakonnya merupakan antara pelakon kesukaan tompinai maka tompinai pun duduk tengok.
Field of dream ini mengisahkan seorang anak yang telah mengabaikan kemahuan atau keinginan ayahnya. Ayahnya sangat berminat dengan sukan baseball tetapi tidak berjaya menyertai mana-mana kelab. Lantaran itu. si ayah telah melatih anaknya supaya satu hari nanti anaknya akan menyertai kelab. Namun apa yang berlaku, si anak telah bertindak tidak mahu mengikuti kemahuan ayahnya, malah si anak telah menyakitkan hati ayahnya. Sehingga si anak berkeluarga dan mempunyai kerjaya sendiri, si anak lupa dengan ayahnya. Hanya semasa pengebumian ayahnya saja si anak hadir. Segala keinginan dan kemahuan ayahnya itu telah menjadi kekecewaan ayahnya.
Beberapa lama kemudian si anak lama kelamaan sedar akan kesilapannya tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk menebusnya. Semasa si anak bersiar2 di ladang jagungnya, si anak mendengar satu suara yang meminta supaya si anak membina satu gelanggang baseball. Si anak harian kerana untuk apa. Namun suara-suara itu, sentiasa menyuruhnya. Apa yang berlaku, si anak membina padang baseball di kawasan ladang jagungnya dan siapa yang datang bermain, semua roh2 pemain baseball yang ayahnya minat dan yang pernah di kutuk oleh si anak tersebut. Untuk cerita selanjutnya mungkin lebih baik tengok sendiri.
Apa yang tompinai ingin nyatakan disini, filem ini sebenarnya menyatakan betapa besarnya kasih seorang ayah kepada anaknya. Si ayah tahu yang dia tidak berkemampuan untuk menjadi seperti apa yang dia inginkan tetapi dia boleh membantu anaknya, membentuk anaknya.

2 comments:

penjejak awan,  March 19, 2009 at 1:44 AM  

belum tengok lagi. Nanti cuba-cuba tengok.
Itu roh2 pemain macam orang juga ke?.
Anyway, Kasih sayang ibu bapa sangat sukar untuk dinilai dan tidak pernah meminta balasan.

AragangTandik March 22, 2009 at 7:32 AM  

Kami ada melawat Rumah Orang2 Tua Sri Pritchard di Kinarut. Masih ada juga anak-anak yang tidak sanggup mengasuh ibubapa mereka. Dimana silapnya?

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP