nuffnang

Pages

BICARA TOMPINAI

Tuesday, March 17, 2009

(sekadar gambar je. Dari filem underworld.)

Dalam masa beberapa hari, tompinai cuma melawat beberapa blog. Hampir kesemua blog bercerita tentang suasana politik negara dan gossip-gossip pak menteri. Tompinai tak laratlah nak campur kerana tompinai ni bukannya pandai sangat menilik ataupun mengomen. Bukannya apa, tompinai bukannya baik sangat. Tompinai pun ada kekurangan. Orang tua2 bilang jangan menyibuk pasal diri orang, lebih sibuk dengan diri sendiri nanti takut kalau tak terjaga..abis jadi abuk..besar maksudnya tu...tulah yang tompinai fikir.

Apa-apa pun tompinai kesian jugalah dengan rakan bloggers yang kena serang. Tak abis-abis kena hentam. Tujuannya baik tapi mungkin kerana emosional, jawapannya tersasar sikit. Tak pe le kawan, sabar je le. Da jawap cukup, tak payah ulas panjang2. Semakin banyak bercakap semakin mudah tersalah. Jadi biarlah komen-komen itu. Daripada komen2 itu, boleh dibuat kesimpulan betapa orang-orang KM ini sayang dengan pemimpin mereka.

Pemimpin yang jarang disebut atau ditegur merupakan pemimpin yang tidak disayangi. Pemimpin yang kerap ditegur dan dikomen adalah yang disayangi sebabnya kita tidak mahu dia alpa atau tersandung. Kita mahu pemimpin kita sentiasa ingat dengan kita. Tompinai percaya bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang baik kerana apa saja perbuatan, tindakan atau perlakuan sentiasa disalahanggap. Baik pun kena cakap tidak baik,jahat pun kena cakap jahat juga.

Kalau nak puaskan hati semua, pasti huru hara jadinya. Ada kalanya, dalam mencapai sesuatu atau melakukan sesuatu pasti ada saja yang jadi 'kos melepas'. Bagi Tompinai, pandang dan lihat, dengar dan fahami, sampaikannya dengan menggunakan mata hati... Membuat sesuatu yang besar harus bermula dari yang kecil. Memang kita inginkan perubahan dalam daerah KM. Kita sokong dan Kita tegur. Kalau asyik hantam tak tentu pasal saja tiada guna. Nanti kita akan jadi pengkritik yang hebat tanpa sebarang kejayaan. Lebih kuranglah dengan tin kosong.

Kata salah satu komen di blog kawan.. sentiasa bawa cermin muka supaya dapat tengok muka sendiri sebelum mengata orang...betul ke ni...tak tau lah. Tompinai tak berani cakap....

8 comments:

aranam March 17, 2009 at 1:43 AM  

Hmmm...politik juga memang bukan tumpuan saya sebenarnya. Sesuatu yang baru saya pelajari, untuk menjadi seorang pemimpin...seseorang itu mesti tahu dan pandai untuk berkata tidak. Di situlah antara kesukaran yang perlu dihadapi oleh golongan pemimpin kerana dalam sedar atau tidak, berkata tidak itu lebih banyak diungkap berbanding sebaliknya.

Sekadar pendapat.

NONG March 17, 2009 at 1:57 AM  

Setuju dengan ko aranam..
namun dalam konteks politik negara kita sekarang,terlalu sukar untuk dimengertikan..bagaimana 'suci' sekali pun pasti tersasar juga walau siiikit pn. Ibarat memandu kenderaan 'power stereng'. Silap putar walau sikit pun sudah pasti mudah tersasar dari jalan sebenar. Kalau tak dapat kawal lagi boleh ACCIDENT..justeru itu, kita harus lebih banyak berhati2 dan buat kerja dengan ikhlas..

TOMPINAI March 17, 2009 at 2:00 AM  

Da jadi lumrah dalam dunia politik. Kalau da minat sangat maksudnya kena terimalah risiko-risikonya..tompinai pun tak le minat sangat dengan politik sebab takut tak dapat puaskan hati semua dan juga tak yakin yang hati akan jadi buta nanti.....

TOMPINAI March 17, 2009 at 2:06 AM  

Nong... dalam kamus dunia politik perkataan 'suci' tak ada. Yang ada perkataan ' SUCI DALAM DEBU'. tu lah sebabnya berlaku 'accident' ya le nak jadi suci tapi dalam masa yang sama masih banyak debunya....

aranam March 17, 2009 at 2:12 AM  

Sejak kecil, saya memang tidak menaruh kepercayaan terhadap politik walaupun tidak dinafikan setiap dari kita berada di dalam lingkungan tersebut. Baru-baru ini, saya berpeluang bertemu dengan ahli politik secara 'in person' tanpa protokol dan bukan dalam suasana majlis rasmi.

Bersemuka dengan beliau, mengubah sedikit tanggapan saya terhadap mereka. Mudah-mudahan beliau sentiasa tabah dan sabar berdepan dengan situasi politik negara kita yang pelbagai ragamnya. Melihatnya sebagai seorang insan biasa, beliau tidak ada bezanya dengan kita, yang membezakan hanyalah kedudukannya dalam masyarakat.

TOMPINAI March 17, 2009 at 2:20 AM  

Aranam..
Bukan semua ahli politik itu berperangai macam-macam. Ada dikalangan mereka ini betul2 komited dengan tugas mereka tetapi kerana pengalaman dan kejadian menyebabkan sesetengah orang beranggapan semua orang politik berperangai.

Bagi saya, Dunia politik adalah kepunyaan orang yang minat politik saja dan faham dengan keadaannya.

ison March 17, 2009 at 10:29 AM  

Siuk cerita kamu ni. Saya pun bukannya suka sangat mengata orang ni. Setiap ulasan saya mengenai politik setakat ini, ikhlas untuk kemajuan KM.

Tapi biasalah, bila kita memperkatakan tentang sesuatu isu, mesti ada objek dan subjeknya. Mesti ada isu dan ada juga peribadi yang terpaksa menjadi sasaran.

Beginilah politik. Sabo je lah...

Little Mike (LM) March 20, 2009 at 8:00 AM  

menghentam dan memberi reaksi tidak sama dari segi kekuatan larasnya. Reaksi saya mungkin keras kepada blogger tersebut tapi ia bukan sekadar hamburan kata-kata yg tidak menentu.

kalau tujuan saya sekadar memburuk-burukkan orang, lebih baik saya tidak peduli keadaan tempat sendiri. Peduli tidak bermaksud memiliki cita-cita tersembunyi. Politik selalu mempunyai isu kalau ada perkara yang tidak wajar kepada kawasan pilihanrayanya. Saya lebih suka memilih MARAH TANDA SAYANG. Pilihan lain yang terbaik yang ada ialah saya jaga periuk nasi sendiri. Yang ini kita tidak perlu risau banyak.. hehe

Sementara saya masih marah-marah sayang, mana yang perlu, saya bersuara atas kapasiti rakyat sahaja. Kalau tidak biar saya jalankan rutin SENDIRI sebagai rakyat demi survival.

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP