YANG KITA TIDAK SEDAR
Friday, March 20, 2009
Al kisah, terdapat sebuah negeri yang diperintah oleh seorang raja yang sangat bijaksana dan adil. Pemerintahannya yang saksama menyebabkan negeri ini maju dan makmur. Rakyat jelatanya hidup aman damai. Segala hasil tanaman, ternakan dan buruan sentiasa mencukupi. Boleh dikatakan, dalam negeri jarang sekali berlaku krisis kekurangan makanan. Amat jarang sekali raja mendapat laporan yang rakyatnya mengalami kebuluran.
Kehidupan yang aman damai ini membuatkan raja senang hati. Walau bagaimana pun hanya satu saja perkara yang merisaukannya, pewaris. Raja ini tidak mempunyai anak lelaki atau putera, yang ada hanya puteri. Keadaan ini membuatkan raja tidak tidur lena. Raja takut kalau sekiranya puteri tidak kahwin dan raja mati maka taktha itu akan diambil oleh saudaranya. Raja tidak mahu. Jadi raja pun mengambil keputusan untuk mencari bakal suami kepada puterinya. Raja menjemput para putera-putera datang ke negerinya.
Raja membuat temuduga untuk mendapatkan menantu yang paling sesuai tapi malangnya rata-rata putera itu semuanya tamak. Mereka semua lebih berminat dengan kekayaan raja tersebut. Puteri raja tersebut bukannya tidak lawa. Kalau setakat di negera ini tiada tolok bandingnya. Mungkin kecantikan puteri tersebut ditenggelami oleh kekayaan raja tersebut. Raja bertambah binggung, berfikir apa lagi cara untuk mencari menantu yang paling gagah dan berani, yang mampu mempertahankan negerinya nanti.
Akhirnya raja mendapat satu idea. Raja mengarahkan para tukangnya untuk membina satu tasik yang besar dan di tengah-tengahnya dibina pulau. Diatas pulau itu dibina istana yang sangat cantik. Istana itu khusus untuk puterinya tinggal. Beberapa lama kemudian, raja memanggil seluruh rakyat jelatanya. Berkumpul disekeliling tasik tersebut.
Raja pun membuat pengumuman.
Sementera itu, raja mengarahkan pengawalnya menurunkan seekor lembu yang sangat gemuk kedalam tasik tersebut. Semua penduduk hairan kenapa lembu itu diturunkan ke air, tidak semana-mana ribuan buaya muncul menyambar lembu tersebut. Dalam sekelip mata saja lembu itu habis. Semua penduduk terkejut termasuklah pemuda-pemuda yang berminat itu. Rasa minat dan keinginan hilang terus. Takut mati dibaham oleh buaya. Raja pun berkata ' kepada yang berani silalah terjun dan berenang ke sini' Namun tiada yang berani, malah semuanya undur ke belakang. Raja menunggu dan menunggu.
Tiba-tiba kedengaran benda jatuh kedalam air dan bunyi kayuhan tangan yang sangat laju. Raja melihat seorang pemuda berani, berenang dengan lajunya menuju tempat raja tersebut. Semua penduduk bersorak. Pemuda itu sampai dengan selamat di pulau itu. Raja sangat gembira dan puas hati dengan keberanian pemuda tersebut. Pemuda itu duduk dan diam, kelihatan wajahnya pucat. Raja pun berkata' Wahai orang muda, kamu sangat berani, kamulah bakal menantu beta dan mintalah apa yang kamu mahu'. Pemuda itu berdiri sambil berkata' Tuanku, patik tidak mahu puteri atau harta tuanku, patik hanya mahu tahu siapa yang tolak patik ke dalam tasik. Itu saja. Nasib baik patik tidak di baham oleh buaya tadi ' sambung pemuda tersebut. Apabila raja mendengar kata pemuda tersebut, raja terus terduduk tanpa sebarang suara..
Moral dalam cerita ini ialah dalam diri kita, terdapat satu kekuatan yang kita tidak sedar. Kekuatan ini hanya akan terserlah dalam keadaan tertentu ataupun bila ada sesuatu yang memaksanya keluar. Ramai orang yang tidak sedar akan kekuatan ini. Cuba kamu renungkan..pernahkah kamu mengalami satu keadaan dimana secara tiba-tiba kamu dapat mengatasinya?....