nuffnang

Pages

Jangan lupakan kebaikan orang lain.

Wednesday, June 29, 2011

Banyak orang keluar masuk dalam hidup kita.

Ada yang melintas dalam segmen singkat, namun membekas keras.

Ada yang telah lama berjalan beiringan, tetapi tidak menyedari makna kehadirannya.

Ada pula yang begitu jauh di mata, tapi terasa dekat di hati.

Ada yang datang tapi pergi begitu saja seolah tidak pernah wujud.

Semua orang yang pernah singgah dalam hidup kita bagaikan manik manik pembentuk mozek catatan sejarah.

Gambaran itu sebenarnya telah terbentuk, hanya sahaja tidak pernah selesai.

Atau kita salah lihat, sehingga seringkali tidak dapat menikmati keindahan karyanya.


Ambillah waktu sejenak untuk mengenang mereka yang pernah hadir dalam hidup anda.

Kenanglah seluruh kebaikan mereka serta kebaikan yang mungkin tersembunyi di balik tabir kekecewaan.

Mereka adalah ibu bapa dan guru, sanak saudara , teman serta sahabat.

Mungkin tidak salah mengenang mereka yang pernah anda anggap musuh dan pengkhianat.

Atau yang tak pernah anda tahu nama dan wajahnya.

Bagaimana pun mereka telah turut memahat pribadi anda;
menyapukan warna kehidupan pada lukisan hidup anda; menyayangi taman jiwa anda.


.. Kenanglah dalam genangan cinta yang tak bertepi. Hanya dalam tatapan cintalah anda boleh memandang indahnya kehidupan ini. Kerana tiada sekecil pun hidup yang perlu disesali, maka hanya cinta dan kasih sayanglah jawapannya ..

0 comments:

Post a Comment

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP