nuffnang

Pages

4WD SAM : JUARA TARIK TALI KAAMATAN SABAH 2011

Tuesday, May 31, 2011



Gambar oleh Illie Jaymon

Tahniah dan syabas kepada pasukan 4wdSAM kerana akhirnya berjaya menjadi juara pada pertandingan tarik tali kaamatan 2011. Kemenangan ini juga merupakan kemenangan yang paling manis kerana berjaya mengalahkan pasukan bertahan dan juga beberapa pasukan yang pernah membelasahnya. Persediaan dan latihan sepanjang tahun akhirnya menjadi. Penulis masih ingat lagi, bila setiap kali pasukan ini dibelasah teruk namun ia tidak pernah menggugat keyakinan mereka. Siapa sangka pasukan setahun jagung ini mampu menjadi juara di peringkat kebangsaan pula. Dan siapa sangka pasukan ini, merupakan satu-satunya pasukan dari Daerah Kota Marudu. Dan siapa sangka, pasukan ini sebenar diurus oleh seorang Guru yang berjiwa besar biarpun berbadan kecil sahaja... Penulis berharap agar pihak yang berkenaan membuka mata dan melihat, betapa sesuatu sukan itu akan berjaya bila ia diurustabir dengan sebaiknya. Majulah Sukan untuk Negara...Marudu Boleh...4WD SAM boleh.......dan Tahniah kepada penasihat/penaung/penaja utama URBAN STROM..

Read more...

KAAMATAN 2011: UNDUK NGADAU




Kaamatan 2011 berakhir dengan pemahkotaan juara yang baru. Unduk Ngadau Penampang berjaya menjuarai pertandingan tahun ini. Sementera itu tempat kedua dan ketiga pula,masing-masing dimenangi oleh Unduk Ngadau Tamparuli dan Unduk Ngadau Tuaran.

Read more...

"ULU KUKUT" Red Carpet Movie Premier / Tayangan Perdana

Monday, May 23, 2011


Maklumat Lanjut
Red Carpet Charity Movie Premier / Tayangan Amal Perdana

Tarikh : 29.05.2011

Venue : Theatrette Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.

Masa : 8.30pm

Dress Code : Smart Casual and Elegant

Harga Ticket : RM15.00 ( beberapa peratus akan didermakan kepada Persatuan Pelajar Seni PESAN UMS )

FREE : "ULU KUKUT" Car Sticker

Dapatkan tiket anda di pintu masuk nanti. Untuk sebarang penempahan, sila hubungi 0146571517, 0146770340.


LIMITED FOR 150 person only.


Penulis: Setelah bertungkus lumus dalam menghasilkan movie ini, akhirnya ia akan menemui para penonton. Sudah pasti pelbagai ragam respon atau pun refleksi yg akan diperolehi. Pastinya Penerbit yang juga Pengarah dan pelakon sudah sedia. Pun begitu, ucapan tahniah dan syabas kepada anak muda ini kerana berani mengambil risiko untuk menghasilkan movie ini. Keberanian dan kesanggupannya berhadapan dengan pelbagai kritikan nanti amat-amat di 'salute'. Penulis pernah bercerita sedikit2 dengan penerbit/pengarah/pelakon berkenaan dengan 'ulu kukut'. yang menurutnya. " sampai bila kita disajikan dengan filem/telemovie Sabah yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata" katanya. " Kita lihat saja, berapa banyak filem/movie keluaran Sabah, yang berjaya diterima diperingkat nasional,bukannya mahu mendabik dada,cuma mahu menghasilkan sesuatu yang boleh diterima oleh mereka". Katanya lagi. Mmmm...memang betul..setakatnya, semua cerita filem/telemovie keluar tempatan(Sabah) bersifat ambil mudah...dengan kata lain yang penting dapat dijual...tapi sayang sebab kualitinya tidak membanggakan. Adalah menjadi harapan agar 'Ulu Kukut' dapat membuka minda kepada semua, yang anak Sabah sendiri mampu menghasilkan sesuatu yang baik. Biarpun berdepan dengan kekangan kos yang terbatas namun 'Ulu Kukut' berjaya dihasilkan. 

Tempoh pembikinan 'Ulu Kukut' juga menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Kejadian banjir yang melanda Daerah Kota Marudu merupakan halangan terbesar penerbit ini. Hinggakan semasa mengambil para pelakon dari Kota Kinabalu, mereka tersadai di tengah jalan sebanyak dua kali. Dan apabila sampai ke rumah penginapan, sekali lagi terpaksa bertahan sehingga subuh kerana laluan ke rumah tetamu penerbit telah dinaiki air.Selain itu, keadaan keadaan cuaca yang tidak menentu seringkali mengganggu proses penggambaran.Bagaimanapun, komitment yang tinggi menjadi kekuatan kepada kejayaan penggambaran 'Ulu Kukut'

Sekali lagi tahniah kepada En. Richado Tawith kerana berjaya merealisasikan cerita' Ulu Kukut' ini. Tabik banyak2 kerana sentiasa kaya dengan idea-idea bernas. Mari kita semua memberi sokongan kepada penerbit muda ini dengan menghadiri Tayangan Perdana ini...... Kalau bukan Kita, siapa lagi yang menaikkan movie Sabahan.......

Read more...

INDAHNYA ALAM INI

Thursday, May 19, 2011

Posted by Picasa

Read more...

CINTA DAN WAKTU

Thursday, May 12, 2011

Gambar Hiasan

  Alkisah disuatu pulau kecil tinggallah benda-benda abstrak seperti cinta, kesedihan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.

    Suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan mula  menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak pandai berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik dan mula membasahi kaki Cinta.

    Tak lama kemudian Cinta melihat kekayaan sedang mengayuh perahu. "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku! "Teriak Cinta. "Aduh maaf Cinta, perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu sekali nanti perahu ini karam. Lagipun tak ada ruang lagi untukmu diperahuku ini. "

    Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali namun kemudian dilihatnya kegembiraan lalu dengan perahunya. "Kegembiraan, tolong aku!", Teriak cinta. Namun Kegembiraan terlalu bergembira menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar teriakan Cinta.

    Air makin tinggi membasahi sampai ke pinggang dan cinta pun mulai panik. Tak lama kemudian lewatlah Kecantikan. "Kecantikan, bawalah aku bersamamu", teriak Cinta. "Wah! Cinta, kamu basah dan kotor, aku tidak mahu membawamu. Nanti kamu mengotori perahuku ini ", sahut Kecantikan.

    Cinta sangat sedih mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Masa itulah lalu Kesedihan. "Oh Kesedihan bawalah aku bersamamu", kata Cinta. "Maaf Cinta, aku sedang sedih, dan aku ingin sendirian saja ...", kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta sudah mula putus asa, ia melihat air semakin naik dan pas menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah terdengar suara, "Cinta, mari segera naik perahuku". Cinta menoleh ke suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat ia naik ke perahu itu tepat sebelum air menenggelamkannya.

    Di pulau terdekat orang tua itu menurunkan Cinta dan berlalu pergi. Pada saat itulah Cinta baru sedar bahawa ia sama sekali tidak mengenali orang tua yang telah menyelamatkannya. Cinta mula bertanya  kepada penduduk di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua itu tadi?, Dia adalah Waktu," kata orang-orang tersebut. "Tapi kenapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalkupun enggan untuk menolongku ", tanya Cinta hairan. "Sebab hanya waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari cinta itu ...".

Read more...

BICARA TENGAH MALAM: CAKAP2 DI KEDAI KOPI

Gambar Hiasan




Sudah menjadi kebiasaan kita untuk duduk santai di Kedai Kopi. Sekadar hanya mahu merasa segelas kopi dan sepinggan kuih pisang, kita boleh bertahan berjam-jam di Kedai Kopi. Penulis teringat akan sebuah lagu yang bertajuk Cerita Kedai Kopi. Lirik lagu ini sebenar mengisahkan suasana kedai kopi. Yang boleh disimpulkan sebagai pusat maklumat secara tidak langsung. Samaada cerita itu sahih atau pun sekadar gossip tapi bila di kedai kopi, ia menjadi cerita hangat.

Pernah sekali berlaku kejadian amuk dalam Kedai Kopi, hanya kerana cerita yang langsung tidak berkaitan dengan si pelaku. Namun mungkin si pelaku itu terasa atau kena tempiasnya. Apalagi, amarah si pelaku/pendengar meletup. Habis meja berterbangan. Sadis sungguh keadaannya. Kasihan si pencerita, menjadi mangsa amukan tanpa tahun hal sebenarnya. Si pencerita pun hanya menyampaikan apa yang telah dengarnya. Inilah cakap2 di Kedai Kopi..

Kedai Kopi juga menyebabkan seorang yang boleh dikira sebagai selebrti aktivis hampir dibelasah kerana kenyataannya yang menimbulkan kemarahan orang. Tidak pasti samaada betul atau tidak tapi itulah yang berlaku. Kata-kata dan pernyataan pasti mudah diterima bila ia disampaikan di tempat seperti ini.

Sedar atau tidak, Kedai Kopilah tempat untuk kita mencari dan mencungkil bakat pidato kita. Kita dengan mudah dapat memberi mukadimah tentang sesuatu tanpa perlu berteriak kerana memang ramai sentiasa mencari cerita sensasi. Di Kedai Kopilah, kita akan melihat bakat sesorang untuk menjadi pemimpin atau Yang Benar. kalau sekadar minum kopi pun payah seseorang itu membelanja, pasti dia tidak sesuai menjadi pemimpin. Dan, untuk memudahkah orang mengenali kita, Kedai Kopi lah tempatnya. 

Akhirnya, cakap2 kedai kopi bukanlah cakap2 kosong. Ia mempunyai 1001 maksudnya. Semuanya bermula pada diri kita sendiri. Samaada mahu menjadi bahan cerita atau pun menjadi pencerita........










Read more...

BICARA TENGAH MALAM: 8ila sudah tidak seirama...

Monday, May 9, 2011

Lagu yang enak di dengar, bila berubah note lagunya akan menjadi sumbang... Bila ia menjadi sumbang maka pasti ramai yang akan mula mengutuk,mengata dan mencacinya. Pada hakikatnya...pensumbang itu bukan penulis asal lirik atau iramanya tetapi oleh 'mereka' yang tidak memahami atau mengetahui langsung lirik dan iramanya...yang dicaci pastilah pada siapa yang menghasilkan. Lumrah dalam dunianya ini, dimana yang perosaknya tidak disalahkan tapi siapa yg memulakanya....ketidakstabilan asas bukan disebabkan oleh yang terdahulu tetapi oleh 'mereka'yang rakus........

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP