nuffnang

Pages

NITE OF LIFE

Sunday, January 24, 2010



Kehidupan kita yang sering mengecewakan kita namun disebalik kekecewaan itu tersembunyi seribu kegembiraan. Kita sentiasa mengharapkan agar setiap memori hilang begitu saja, dengan andai ia tidak akan terus menghantui kita. Tapi mampukah kita untuk menidakkanya, menghalangnya daripada terus bermain diruang ingatan kita?. Kata orang kehidupan harus teruskan atau kata mudah..jalan terussss..., ya, semestinya itu yang kita inginkan tapi dapatkah?, bolehkah..., Dalam sekelip mata pasti imbuan masa lalu akan berlaku..dan terus berlaku tanpa sebarang noktahnya.Putaran itu terus berjalan tanpa sebarang gangguan....oleh itu sampai bila?????
Posted by Picasa

Read more...

Amaran hujan lebat di Sabah hingga Selasa depan

Monday, January 18, 2010

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini, mengeluarkan amaran hujan sederhana kadang kala lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Sabah yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, ia membabitkan bahagian Sandakan (Beluran dan Kinabatangan), Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Papar, Kota Kinabalu dan Penampang), Beaufort, Kota Marudu dan Lahad Datu.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning sehingga Selasa ini di Tongod, Ranau, Kuala Penyu, Tambunan, Keningau dan Tenom



Keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh di kawasan tanah rendah berdekatan tebing-tebing sungai, demikian menurut kenyataan itu. - Bernama.com

Read more...

NST Online Flood situation in Kota Marudu worsens

NST Online Flood situation in Kota Marudu worsens

Read more...

Mini Konti UtaraFm.Net : Dj Tomm

Sunday, January 10, 2010



Inilah mini konti UtaraFm.net semasa Malam Anugerah Keusahawanan/Batik Fusion Kota Marudu 2010 di Dewan Komuniti Kota Marudu.
Posted by Picasa

Read more...

Ridah At Kota Marudu


Posted by Picasa

Read more...

TAHUN BARU, PENDEKATAN BARU

Thursday, January 7, 2010

Mmmm.... ini tahun 2010..tahun yang genap. Mungkin kita pernah dengar bermacam-macam ramalan tentang tahun ini. Ada yang meramalkan kebangkitan kerajaan ini, kekacauan kerajaan ini atau pun kekacauan yang melampau akan berlaku. Ini ramalan. tak tahu betulkah atau pun tidak.

Persoalannya, Kenapa perlu meramal seperti itu?. Kenapa tidak meramal yang baik2 saja. Apakah kita perlu mempercayai yang tahun 2012 adalah tahun yang mana dunia akan hancur?. Ada orang mengatakan semua ramalan nostradamus tepat. Siapa Nostradamus ini?. Apakah dia lebih dari Yang Maha ISa?. Dia bukan yang menentukan semuanya.

Kenapa kejadian itu dan ini berlaku?. Apa sebabnya?. Bagi penulis, kejadian ini berlaku kerana kita sebagai manusia. Kita yang mahu ia berlaku dan secara tidak langsung kita yang menggalakkanya. Kehancuran bumi disebabkan ketamakan dan keegoan manusia. Manusia mencipat senjata biologi, menghasilkan senjata kimia dan mencipta bom-bom yang kuat. Manusia juga menghancurkan eko-sistem alam dengan menggunakan alasan kemajuan.

Kewujudan iklim yang melampau disesetengah tempat dan disesetengah tempat mengalami serangan penyakit. Semua ini kerana kerakusan manusia. Sebab itu, kenapa setiap kejadian yang berlaku sama seperti apa yang diramalkan oleh nostradamus. Bila manusia membacanya, seakan-akan ia memberitahu yang ini akan berlaku. Maka manusia pun akan fikir betul...

Kenapa kita tidak jadikan tahun ini,  betul2 tahun yang baru. Biarlah kita menggunakan pendekatan yang lebih bijak dalam setiap aspek kehidupan kita. Pasti apa yang telah diramalkan itu, tidak akan berlaku.

Read more...

SELAMAT TAHUN BARU 2010: Dj Tomm

Friday, January 1, 2010



Tomm mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua rakan2 maya dan juga para pengunjung Bicara Tanpa Suara. Semoga di tahun baru ini, kita semua bangkit dengan jiwa baru, azam baru dan minda yang baru. Doa Tomm, agar semua pekerjaan kita berhasil dan sukses. Biarlah berkat Tuhan yang maha esa akan terus kita alami.....Salammmmmmmmmmm
Posted by Picasa

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP