AKU HANYA INGIN BEREHAT SEBENTAR....
Friday, November 27, 2009
Salam...
Saya mendapat respon yang berbagai-bagai dari para sahabat yang sentiasa bersama dengan dengan saya...Banyak pertanyaan yang diterima...berbagai persoalan wujud....hihihihi....Jangan risau..semuanya dalam keadaan yang baik...
Kenyataan ini lahir dari hati yang selalu membaca dan melihat perkara2 yang sering menimbulkan persoalan..lantaran itu, kalau saya terlalu kerap berdepan dengan situasi ini..ia seakan menimbulkan banyak perkara dalam fikiran. Maka untuk mendapatkan balik ketenangan itu, saya rasa saya perlu berehat sebentar setelah hampir setahun sentiasa membuka minda untuk mencari idea dan bahan tulisan bagi persoalan tertentu..
Para sahabatku...tidak ada yang perlu dirisaukan kerana Tompinai tetap Tompinai dan tidak akan berubah...kekal sebagai sahabat kepada semua. Tidak ada perkara yang menyentuh hal keluarga kerana keluarga adalah ditempat yang paling tinggi...dan akan kekal sebagai keutamaan...so tidak ada persoalan tentang itu...
Kepada para sahabat, maaf kerana post itu telah menimbulkan pertanyaan namun harap dengan post terbaru ini akan berjaya menjawab persoalan2 itu.
Diharap juga dalam tempoh penulis berehat...penulis akan memperoleh semula kekuatan untuk berhadapan dengan sebarang kemugkinan pada masa akan datang kerana dunia ini semakin mencabar. Dalam usaha penulis untuk menjadi seorang aktivis, penulis perlu mempersiapkan diri, minda dan jiwa penulis supaya apa pun cabaran dapat diatasi....
Salam....
2 comments:
Sometimes we need a retreat to refresh and rejuvenate ourselves. No problem. Take your time. Everybody need a retreat. I myself not excluded. All the best to you and God bless you brother. :)
sepertinya mau istirahat dari masalah berat nih, bang Tom.. Apapun yang menjadi masalahnya, saya ikut mendoakan semoga semua cepat beres dan tidak membuat bang Tom stress ^^ Tuhan memberkati
Risma
Post a Comment