nuffnang

Pages

Malaysia tetap bantu

Friday, October 9, 2009




  • Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia meskipun ada segelintir rakyat republik itu mempunyai pandangan negatif terhadap negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


  • Malaysia menafikan dan tidak sesekali tergamak memberi makanan yang telah luput tarikh kepada mangsa gempa bumi di Padang.


  • Sekumpulan orang dilaporkan telah bertindak merampas bantuan dari negara luar untuk diberikan kepada mangsa-mangsa gempa di Padang Pariaman, Padang.


  • Pusat Rawatan Kemanusiaan Malaysia di tengah bandar Padang, Indonesia sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat.




  • PUTRAJAYA 7 Okt. – Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia meskipun ada segelintir rakyat republik itu mempunyai pandangan negatif terhadap negara ini.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia tidak akan mengambil langkah berbentuk ‘tindak balas’ ke atas Indonesia.

    Sebaliknya, kata beliau, negara akan terus berpegang kepada semangat setiakawan dan hubungan baik yang sudah lama terjalin apabila bersedia menghantar lagi pasukan penyelamat ke wilayah itu.

    Menurutnya, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) dan sukarelawan lain dari negara ini akan meneruskan bantuan kerana ia adalah langkah yang baik bagi meringankan beban mangsa bencana itu.
    ‘‘Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengumumkan kita menghantar pasukan bantuan kerana diberikan kebenaran oleh kerajaan Indonesia.

    ‘‘Ini dilihat dari sudut hubungan baik kerajaan dan rakyat, kita tidak lihat kepada tindakan kelompok tertentu. Kita tidak perlu mengambil langkah ‘tindak balas’ dan bersikap bermusuh-musuhan, itu tidak perlu,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan ke atas kira-kira 200 pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas laporan akhbar hari ini mengenai ancaman kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk ‘menakluk’ Malaysia apabila merancang menghantar 1,500 orang yang bersenjatakan buluh runcing melalui jalan udara, darat dan laut mulai hari ini.

    Kumpulan yang sama sebelum ini melakukan sekatan jalan raya di Menteng, Jakarta bagi mencari rakyat Malaysia dalam kempen ‘Sapu Malaysia’.

    Selain itu, akhbar juga melaporkan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menghantar bantuan bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat turut dibaling batu selama beberapa hari sehingga kelmarin.

    Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, kerajaan tetap mengambil perhatian terhadap perkembangan di republik itu termasuk sikap golongan berkenaan dan beberapa insiden yang dicetuskan.

    ‘‘Hubungan antara kerajaan dengan kerajaan tidak terjejas kerana ia hanya melibatkan pihak tertentu di Indonesia yang mahu membuat angkara terhadap kita.

    ‘‘Kita akan mengambil perhatian terhadap semua bentuk kenyataan yang dibuat pihak tersebut. Jika tidak ia akan menimbulkan masalah dari segi hubungan dan keselamatan,” katanya.

    Tambah beliau, kerajaan percaya pemerintah Indonesia akan mengambil langkah tertentu untuk mengawal tindak tanduk golongan terlibat.

    Katanya, di pihak Malaysia, kerajaan akan menggunakan saluran diplomatik bagi menyelesaikan isu berkenaan secara berhemah.

    0 comments:

    Post a Comment

    Followers

      © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP