nuffnang

Pages

EGOKAH SAYA?

Sunday, October 25, 2009

Selama ini saya sering mempersoalkan kenapa perlu saya menghadapi masalah2 ini. Kenapa tidak orang lain? Apa sebenar yang harus saya lakukan?. Ketika saya bertemu dengan seorang rakan sekolah dulu, hati saya tersentuh dengan ceritanya. Kisah hidupnya yang tidak bahagia, yang pada mulanya dia anggap tekanan namun sebenarnya telah menjadi kekuatan kepadanya. Dia masih mampu tersenyum dan masih mampu membuatkan orang lain tersenyum. Dia mengatakan yang pada mulanya dia menyesal dan kecewa dengan dirinya, keluarga dan keadaan sekeliling. Dia hampir2 hilang arah dalam tempoh 2 tahun.

Tapi katanya, bila saja pada satu masa. Saya merenungi semula kehidupan saya, saya melihat betapa bodohnya saya. Untuk apa saya menghancurkan diri saya semata-mata perkara itu. Kenapa saya tidak menjadikan masalah itu sebagai alasan untuk saya berubah dan menjadikan diri saya diri sebenarnya. Lebih baik saya menjaga diri saya dan meneruskan hidup seperti sedia kala katanya.

Dia membuat perubahan dan dalam tempoh itu, selama 6 tahun ini, dia masih mampu hidup sendirian. Katanya bukan tidak mahu tapi biarlah saya dengan dunia saya yang aman katanya.

Pesannya kepada saya, ingat! ketika kamu mengambil keputusan itu, ia bukan perkara senang. lebih baik kamu bagi peluang sehingga kamu benar2 puas hati katanya. Dan sebenarnya kamu mempunayi hati yang lembut namun dalam masa yang sama hati kamu dikuasai oleh ego. Cuba jangan ego katanya.

Benarkah saya seorang yang ego? benarkah hati ini telah dikuasai oleh keegoan..saya tengah memikirkannya. Kata terakhirnya sebelum berpisah dengannya ingat bahawa dalam dunia ini hanya ada dua pilihan saja, kiri atau kanan. Tidak ada istilah tengah katanya.

TERIMA KASIH SAHABATKU. PASTI KITA AKAN BERTEMU KEMBALI.....










/

Read more...

SATU ANTARA MANUSIA

Monday, October 19, 2009

Memetik kata-kata para bijaksana ' DALAM SERIBU HANYA SATU DAN HANYA SATU DALAM SERIBU' menunjukkan betapa uniknya manusia ini. Kesamaan dalam pelbagai aspek agak sukar diperolehi tapi keinginan itu hampir sama. Dalam kita mencari sebutir intan pasti memerlukan kita untuk menyelongkar tapi dalam mencari kaca mudah saja kerana ia tidak seteguh intan. Kesilapan dalam pencarian akan menyebabkan kecewaan seumur hidup...pasti...pasti....

Read more...

AKU INGIN PULANG

KENAPA YA....
KERANA AKU SUDAH SEMAKIN LEMAH....
AKU SUDAH SEMAKIN KECEWA...
KECEWA DENGAN PERGELUTAN HATI...
JIWA DAN KEYAKINAN...
AKU BOSAN MELIHAT PERANGAI2 YANG BERSIFAT TALAM DUA MUKA...
AKU BOSAN MENDENGAR KATA-KATA YANG TIDAK TULUS....
AKU SUDAH BOSAN DENGAN MEREKA2 INI...
KATA KU PADA GURU...
AKU INGIN PULANG...
BIARKANLAH MEREKA INI...
BIARKANLAH MEREKA MERUNTUHKAN APA YANG TELAH DIBINA...
HANYA KERANA NAFSU SERAKAH MEREKA...
HANYA KERANA KEPUASAN HATI MEREKA....
MEREKA SANGGUP MEROSAKKAN...
AHHH...
PEDULIKANLAH MEREKA INI...
BIARLAH MEREKA PUAS..
SEPUAS-PUASNYA.......
DAN AKU....
HANYA INGIN PULANG.....
MELAPANGKAN JIWA KU....
MELERAIKAN KEKUSUTAN
MELEGAKAN RASA
MENCARI ERTI HIDUP YANG SEBENAR...

Read more...

HILANGNYA NILAI KELUARGA

Sunday, October 18, 2009

Semasa bercerita dengan rakan-rakan di sebuah kedai makan. Seorang rakan tercerita kisah seorang sahabat. Rakan tersebut menyata ketidak percayaannya dan juga rasa terkejutnya dengan apa yang berlaku namun bagi penulis kisah itu adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga.

Istilah 'makan luar' adalah istilah yang memberi banyak makna. Ditambah lagi dengan istilah 'pandai makan pandai cuci tangan'. Istilah ini yang sering digunakan bagi menunjukkan permasalah seperti itu. Seakan-akan tindakan itu sesuatu yang wajar kerana bersebab. Tapi apakah sebab tersebut membenarkan kita untuk bertindak sedemikian?

Penulis merasakan sebenarnya ia bermula dari hati kita sendiri. Keegoan dan ketinggian hati kita membuatkan kita lupa pada nilai-nilai murni. Kita merasakan biar apapun yang kita buat, itu adalah hak kita. Kemudian kita merasakan berada ditempat yang tidak ada orang kenal. Maka kita dikuasai oleh kehendak kita yang buta. Maka itu kita sanggup membuatnya.

Berkisah pula tentang rakan tersebut, penulis tidak menyalahkannya secara membuta tuli kerana perkara itu akibat keegoaan pasangannya. Kekecewaan dan maruah yang tercabar membuatkannya bertindak seperti itu. Kalaulah perangainya memang2 buruk maka faham sajalah tapi kalau memang perangai baik dan berubah, pasti ada masalahnya.

Penulis percaya yang sahabat tersebut sudah berusaha untuk memenuhi segala permintaannya dan juga bersabar dengan perangai pasangannya. Penulis percaya yang sahabat tersebut mengharapkan pasangannya berubah. Namun, kata orang kesabaran itu ada hadnya dan kesabaran sahabat ini pun telah sampai kehadnya. Seharusnya dan sebaiknya perbincangan itu mesti dibuat. Demi untuk keluarga dan anak2 tapi kerana terlalu tingginya hati, perbincangan menjadi sia-sia.

Penulis kira yang sahabat ini telah mengambil keputusan nekad kerana pada pendapatnya buat baik macam mana pun, perangai macam itu juga. Maka baik buat hal. Itu perkiraan penulis. Sukar untuk kita mengulas dan memberi komen namun apa yang penulis boleh rumuskan, kalau memang sudah tidak ada hati untuk menjaga keluarganya, biarkan saja, Kalau memang hati itu sudah buta, lepaskan saja agar ia tidak mengundang dosa yang bakal menyeksa diri.

Keegoan dan ketinggian hati menyebabkan nilai keluarga itu hilang. Erti kebahagian keluarga telah lesap dalam kamus hidupnya. Yang ada hanyalah bagaimana cara untuk memenuhi kehendaknya.

Penulis berharap agar kita semua dapat melihat betapa berharganya sebuah keluarga.

Read more...

Dapat income melalui blog anda

Friday, October 16, 2009

Advertise with my Blog


Saya tidak pasti betul atau tidak tapi saya cuba saja. Lagipun tidak salah kalau mencuba kerana banyak sudah yang saya cuba hasil cerita kawan2. LinkFromBlog ini sebenar saya ketahui melalui blog Kimaragang Wagu...ba apa lagi..kita cuba ramai2...salam

Read more...

ANTARA CINTA DAN CITA-CITA

Thursday, October 15, 2009

Persoalan yang pasti pernah menghantui setiap hati kita semua. Kekeliruan seringkali berlaku. Kadang kala kita terpaksa memilih dan melakukan satu tindakan yang pasti tidak kita senangi.

Ada yang menyatakan, boleh dibawa bersama. Boleh digendong sekali dan tidak kurang pula yang memberi amaran bahawa buruk akibatnya. Kita keliru, nak lepas satu, sayang. nak yang satu kecewa. Lalu apa yang harus kita pilih?

Dalam kehidupan ini, tidak semuanya mampu memiliki kedua-duanya sekali. Pasti ramai yang terpaksa memilihnya. Apakah kita ini tergolong dalam orang yang bernasib baik ataupun tidak.

Apakah kita telah pun membuat keputusan untuk memilihnya atau melupakan terus dan melangkah tanpa arah tuju...Dimana kita?

Read more...

KEHIDUPAN YANG DILUPAI

Wednesday, October 14, 2009

Kalau kita melihat senario dunia sekarang, pasti ramai yang merasakan kehilangannya. Keadaan sekarang sangat jauh berbeza. Kalau dulu, keramahan dan keseronokan amat jelas tapi sekarang ini kita akan melihat satu lakonan yang hebat, kepantasan dalam memenuhi keperluan diri.

Keadaan memaksa semua untuk bergerak pantas lantas mengwujudkan persaingan yang hebat. Kadangkala persaingan itu akan menghasilkan kekecewaan. Kecewa kerana kegagalan mungkin boleh diterima tapi kecewa kerana dibuli, itu yang tak dapat diterima.

Mungkin kita tidak sedar akan perkara buli ini kerana dalam diri kita, kita hanya mahu menjadi 'the first'. Kerakusan kita inilah sebenarnya yang membuli jiwa dan perasaan yang lain. Kita tidak sedar tapi yang lain sedar. Kita memaksa yang lain untuk berkerja dengan seluruh tumpuan mereka. kita lupa akan dirinya. Kita lupa akan keadaannya. Kita lupa akan kebajikannya.

Maka itu, kehidupan lalu telah mula dilupai. keriangan dan kemesraan telah hilang. Sampai bila, baru kita akan mendapatnya kembali....pasti kita akan merinduinya.....

Read more...

Malaysia tetap bantu

Friday, October 9, 2009




  • Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia meskipun ada segelintir rakyat republik itu mempunyai pandangan negatif terhadap negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


  • Malaysia menafikan dan tidak sesekali tergamak memberi makanan yang telah luput tarikh kepada mangsa gempa bumi di Padang.


  • Sekumpulan orang dilaporkan telah bertindak merampas bantuan dari negara luar untuk diberikan kepada mangsa-mangsa gempa di Padang Pariaman, Padang.


  • Pusat Rawatan Kemanusiaan Malaysia di tengah bandar Padang, Indonesia sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat.




  • PUTRAJAYA 7 Okt. – Malaysia akan terus menghantar misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia meskipun ada segelintir rakyat republik itu mempunyai pandangan negatif terhadap negara ini.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia tidak akan mengambil langkah berbentuk ‘tindak balas’ ke atas Indonesia.

    Sebaliknya, kata beliau, negara akan terus berpegang kepada semangat setiakawan dan hubungan baik yang sudah lama terjalin apabila bersedia menghantar lagi pasukan penyelamat ke wilayah itu.

    Menurutnya, Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) dan sukarelawan lain dari negara ini akan meneruskan bantuan kerana ia adalah langkah yang baik bagi meringankan beban mangsa bencana itu.
    ‘‘Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengumumkan kita menghantar pasukan bantuan kerana diberikan kebenaran oleh kerajaan Indonesia.

    ‘‘Ini dilihat dari sudut hubungan baik kerajaan dan rakyat, kita tidak lihat kepada tindakan kelompok tertentu. Kita tidak perlu mengambil langkah ‘tindak balas’ dan bersikap bermusuh-musuhan, itu tidak perlu,” ujarnya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan ke atas kira-kira 200 pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas laporan akhbar hari ini mengenai ancaman kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) untuk ‘menakluk’ Malaysia apabila merancang menghantar 1,500 orang yang bersenjatakan buluh runcing melalui jalan udara, darat dan laut mulai hari ini.

    Kumpulan yang sama sebelum ini melakukan sekatan jalan raya di Menteng, Jakarta bagi mencari rakyat Malaysia dalam kempen ‘Sapu Malaysia’.

    Selain itu, akhbar juga melaporkan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menghantar bantuan bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat turut dibaling batu selama beberapa hari sehingga kelmarin.

    Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, kerajaan tetap mengambil perhatian terhadap perkembangan di republik itu termasuk sikap golongan berkenaan dan beberapa insiden yang dicetuskan.

    ‘‘Hubungan antara kerajaan dengan kerajaan tidak terjejas kerana ia hanya melibatkan pihak tertentu di Indonesia yang mahu membuat angkara terhadap kita.

    ‘‘Kita akan mengambil perhatian terhadap semua bentuk kenyataan yang dibuat pihak tersebut. Jika tidak ia akan menimbulkan masalah dari segi hubungan dan keselamatan,” katanya.

    Tambah beliau, kerajaan percaya pemerintah Indonesia akan mengambil langkah tertentu untuk mengawal tindak tanduk golongan terlibat.

    Katanya, di pihak Malaysia, kerajaan akan menggunakan saluran diplomatik bagi menyelesaikan isu berkenaan secara berhemah.

    Read more...

    Oktober diisytiharkan Bulan Bahasa Kebangsaan

    Sumber: New Sabah Times


    7th October, 2009

    KUCHING: Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, semua kementerian, kerajaan negeri dan agensi kerajaan diarah melaksanakan program bahasa peringkat masing-masing sepanjang bulan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


    Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.


    “Kegiatan-kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dipertingkatkan sepanjang bulan ini untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat kita,” katanya pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, kelmarin.


    Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis bertema “Bahasa Jiwa Bangsa” itu kerana terdapat pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan dapat menjadi ikon konsep 1Malaysia.


    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelbagai acara yang dianjurkan sepanjang bulan ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.


    “Kerajaan juga akan memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara mulai tahun depan sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi,” kata Muhyiddin.


    Katanya anugerah tersebut akan disampaikan kepada penerima yang layak sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.


    Beliau berkata keyakinan terhadap keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan adalah berasaskan kepada bukti bahawa keluaran sistem pendidikan sedia ada yang berteraskan pendidikan bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi pemangkin kepada kemajuan negara selama ini.


    “Persepsi bahawa bahasa kebangsaan tidak berupaya untuk menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan merupakan tanggapan yang meleset,” katanya sambil merujuk kepada pelaksanaan dasar baru dalam sistem pendidikan bagi memartabatkan bahasa Malaysia disamping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.


    “Kita perlu sedar bahawa jika bahasa kebangsaan kita tidak lagi menjadi bahasa ilmu dan bahasa kemajuan, lama kelamaan bahasa kita akan hilang kepentingannya, tidak lagi relevan dengan keperluan semasa dan akhirnya akan pupus,” katanya.


    Muhyiddin meminta institusi pengajian tinggi, agensi pelaksanaan dasar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan ilmuwan berkerjasama menghasilkan lebih banyak karya ilmiah dalam bahasa kebangsaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan bermutu tinggi.


    Di samping itu, katanya, usaha sama strategik dengan masyarakat penutur bahasa Melayu di Indonesia, Brunei dan Singapura boleh diwujudkan untuk menyemarakkan lagi penggunaannya sebagai bahasa ilmu.


    Beliau berkata ada peluang yang baik untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam lingkungan yang lebih luas berikutan kedudukan bahasa Melayu pada tempat kelima sebagai bahasa utama dunia dengan bilangan penutur seramai 300 juta orang pada masa kini.


    Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang padu kepada program Bulan Bahasa Kebangsaan untuk mempopularkannya.


    Walaupun Sarawak memperjuangkan bahasa Malaysia lebih lambat dibandingkan di Semenanjung, beliau berkata ia telah menjadi satu kaedah penyatuan bagi masyarakat berbilang kaum di negeri ini, yang mempunyai pelbagai loghat dan bahasa.

    Read more...

    RASA TAKUT YANG TERUBAT

    Monday, October 5, 2009

    Apabila saya mendapat maklumat berkaitan dengan kemungkinan akan berlakunya taufan super parma yang akan melanda kawasan tertentu di Sabah, timbul rasa takut. Bukan apa, takut bila memikirkan betapa teruk kesannya. Dalam hati berdoa, supaya janganlah super taufan ini berlaku. Rasa takut ini menyebabkan saya sukar tidur, saya sentiasa memerhati keadaan cuaca. Kalau rasanya taufan berlaku, pasti saya akan mengambil tindakan yang sewajar.

    Bila saja saya bangun, saya melihat keadaan cuaca yang cerah, lega terasa. Saya terfikir, selama ini sudah berapa kali angin kencang berlaku namun keadaan negeri ini tetap tenang. Apa sebabnya...namun  yang pasti, semua penganut agama berdoa, memohon supaya bala ini tidak berlaku. Supaya bala ini tersasar ke kawasan yang tidak berpenduduk.

    Rasa takut terus hilang. Walau bagaimana pun was-was tetap ada kerana kuasa alam sukar di bendung. Syukur, semuanya selamat.

    Read more...

    PERGI TAKKAN KEMBALI

    Sunday, October 4, 2009

    Salam untuk semua, anak buah saya yang berumur 16 tahun meninggal setelah sekian lama bertahan berulang alik ke hospital. Felydron Jappri yang juga merupakan pelajar SMK Langkon terpaksa mengurangkan aktiviti persekolahan dan lebih banyak menghabiskan masa di hospital. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kita semua.

    Read more...

    PEMANDANGAN YANG MENLEGAKAN

    Saturday, October 3, 2009


    Bayangkan kalau didunia ini tiada yang tindas menidas. Parti kita semua hidup aman dan gembira. Bayangkan kita masih lagi hidup didunia, dimana semua orang masih lagi mempunyai peluang untuk hidup senang. Bayangkan kita hidup tanpa ketakutan. Bayangkan kita hidup tanpa kerisauan. Bayangkan segala yang ada dalam bumi ini dikongsi bersama. Pasti kita amat merinduinya......

    Read more...

    Followers

      © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP