ANDAINYA AKU SEORANG YB ( YANG BENAR)
Wednesday, September 2, 2009
Mungkin ramai yang berfkir, apa sudah jadi dengan penulis Tompinai ini?. Dah buang tabiatkah?. Tiba2 mau jadi orang pulitik...hahaha...biasalah, kita juga cuba macam mereka2 ini.Ok...andai aku menjadi yb atau yang benar dan bukan yang berhormat. Kalau kawasan saya kena banjir..ya saya akan melawatnya tapi selepas banjir surutlah...Kalau ada masalah orang-orang kawasan saya, saya akan bantu tapi cakap saja...yang lain sendiri urus. Kalau ada projek yang bermasalah, saya akan tanya macam mana jadi macam tu...tapi yang saya punya tatap ada..hihihi...penat ba...bercakap bagi pihak. Kalau orang kritik pasal kemajuan saya, saya akan jawap bila mau duduk kopi..minum...pasti dia akan diammm....hahaha...itu kalau saya jadi YB( Yang Benar )...Saya akan seboleh2nya cakap apa yang saya rasakan....
Hahaha...kepada pembaca semua...ini sekadar seloka, buat hiburan...tak ada kena mengena dengan yang lain. Pun begitu, ramai diluar sana yang bercita-cita menjadi YB sebenar tapi mampukah mereka ini menjadi Yang Benar.....
2 comments:
Tompinai memangpun layak jadi YB. Bukan olok-olok, khayalan, angan tetapi selayaknya dan punya potensi. Setujukah sdr?..setuju atau tidak, mahu atau tidak sdr dah melangkah dan menempuh dunia YB.. Sdr merupakan insan YB, YB, YB..yg sering menyampaikan luahan dan keluhan rakyat tertindas..ya!! sdr adalah YB - Yang Berkarya..
Teruskan bicara dan karyamu, walaupun hanya sekadar bicara tanpa suara. Kerana bicara dan karyamu lebih lantang drp suara sebenar..
Terima kasih atas pujian yang melambung ini gaaman, Ya, saya akan jadi Yb...tapi bukan YB ( Yang Berhormat )...Yb ( yang benar) dalam setiap penulisan saya... Saya tidak mampu untuk menggapai semuanya...yang saya mampu hanyalah untuk bercakap benar tentang setiap permasalahan atau idea yang boleh membangunkan bangsa kita....
Post a Comment