nuffnang

Pages

SUARA YANG SEMAKIN DI DENGARI

Wednesday, September 30, 2009

Sejak menjadi blogger, banyak pengajaran yang saya perolehi. Pada mulanya, saya hanya jadikan blog ini sebagai ruang untuk meluahkan isi hati tapi bila melihat dan mendengar keluhan, rintihan dan luahan penduduk setempat, saya menjadi teruja untuk membantu. Tambahan SAM telah menjemput saya untuk menjadi warganya, menjadikan saya lebih aktif lagi. Sejak itu saya menjadi seorang aktivis untuk daerah saya. Memang saya tidak mendapat apa2 malahan sering menerima kutukan tapi itu tidak melemahkan. Kepuasan saya bila saja apa yang SAM cuba paparkan mendapat perhatian dan tindakan pihak yg berkenaan. Semakin kuat halangan, SAM semakin teguh. Akhirnya, suara yang dianggap sumbang menjadi suara penyumbang kepada keberhasilan usaha pihak berkenaan.

Read more...

SETIAP KEJAYAAN DIMULAI DENGAN SEDIKIT KEKECEWAAN

Tuesday, September 29, 2009

Ketidak mampuan kita untuk menerima kekalahan atau kekecewaan merupakan musuh kepada kita sendiri. Kekecewaan ini akan menjadi penghalang kepada kita untuk meneruskan perjalanan atau perjuangan tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang, kegagalan itu merupaka titik kejatuhan tetapi sebenarnya kegagalan itu adalah pencetus kejayaan. Oleh itu, biarlah kita terus mara ke hadapan dan terus menjadikan setiap kegagalan sebagai batu loncatan untuk menggapai kemenangan.

Read more...

PHOTO KENANGAN SELEPAS KONSERT MINI FELIX AGUS AND FRIENDS


Read more...

SELANGKAH KE DEPAN DEMI SEDETIK KEJAYAAN

Sunday, September 27, 2009

Mencapai sesuatu biasa bermula dari satu langkah pertama. Langkah yang bakal menjadikan kita sebagai insan yang sentiasa di rahmati olehNya. Kadang kala kita tewas bila saja kita diselubungi oleh sesuatu yang menyenangkan. Oleh itu, selalulah kita melihat dan memerhati setiap langkah kita agar tidak tersalah arah. Biarlah setiap langkah itu membawa kita kearah kejayaan dan keberhasilan. Setiap kejayaan besar selalunya bermula dari sekecil langkah yang disusun dengan tertibnya. Bila saja tertib tersekat maka disitulah bermulanya halangan besar, maka bila saja tertibnya terganggu, mulakan semula langkah kecil itu dan ambillah iktibar atas kejadian itu. Sebab itu, setiap langkah ke depan akan membuka sedikit demi sedikit kejayaan sehinggalah kejayaan itu menjadi milik kita dan itulah kejayaan keberhasilan yang paling manis.

Read more...

MENCARI DIRI DALAM WAJAH MANUSIA

Saturday, September 26, 2009

Kita seringkali bertanya siapalah kita ini? Kita selalu menjadikan sesuatu sebagai padanan atau contoh namun semuanya tidak sepadan. Kita ingin mencontohi namun kita tidak mampu. Dalam itu kita, kita akan terus mencari dan mencari diri kita sehinggalah kita menjumpai siapa diri kita sebenarnya......

Read more...

Mencari nilai Hari Malaysia

Thursday, September 17, 2009

TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.
Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia. Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Namun, Hari Malaysia dan sejarahnya ini akan hanyut ditelan zaman. Sekalipun tidak hilang, tetapi apalah nilai Hari Malaysia jika sejarahnya hanya tersimpan di arkib, perpustakaan dan memori generasi lama? Apakah generasi muda sedar akan kewujudan Hari Malaysia?

Jawapan yang ada mungkin ya dan mungkin tidak, kerana tiada kajian rasmi yang menunjukkan persepsi ini. Namun, cubalah kita bertanya-tanya dengan anak-anak kita, cucu-cucu kita atau tanya sahaja dengan belia remaja yang kita temui di pusat-pusat membeli belah, yang sedang meladeni diri di kaki-kaki jalan dan yang terperuk di rumah memaku matanya pada skrin TV atau komputer. Jawapan yang kita terima, mungkin boleh dijadikan sebagai gambaran persepsi di atas.

Tulisan ini gambaran persepsi yang diterima melalui jawapan-jawapan daripada belia remaja sekeliling penulis. Hasilnya, penulis kecewa dan gusar akan nasib Hari Malaysia dan sejarahnya di masa mendatang.
Ya, ada yang sedar akan kewujudan Hari Malaysia, tetapi apakah nilaiannya pada mereka? Apatah lagi yang tidak sedar akan kewujudan Hari Malaysia. Ini merupakan satu fenomena tidak sihat dalam perkembangan diri generasi muda. Buta sejarah akan menjadikan mereka rapuh jati diri yang akan merendahkan semangat patriotik pada diri mereka.
Permasalahan ini tidak dapat hanya kita sandarkan penyelesaiannya melalui pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah dan Pendidikan Sivik di sekolah. Kesedaran tentang kewujudan Hari Malaysia tidak boleh hanya terkurung dalam kurikulum pendidikan formal di sekolah. Penghayatannya perlu dalam bentuk interpretasi dalam kehidupan realiti.

Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos saban tahun merupakan contoh terbaik kesedaran melalui kurikulum pendidikan sekolah dan penghayatan melalui interpretasi dalam kehidupan realiti. Kita belajar akan Hari Kemerdekaan di sekolah dan kita lihat betapa pentingnya tarikh tersebut melalui sambutan gilang-gemilang menyambut tarikh tersebut.
Nah, tentu sahaja memberi kesan yang membekas pada diri generasi muda untuk memahami bahawa Hari Kemerdekaan merupakan satu peristiwa penting dan sejarahnya akan terus hidup dalam diri mereka.
Justeru, cadangan menaik taraf penghargaan terhadap Hari Malaysia merupakan satu cadangan yang praktikal dan signifikan demi memastikan Hari Malaysia dan sejarahnya akan terus wujud dan hidup dalam diri generasi muda.
Penarafan semula penghargaan terhadap Hari Malaysia boleh sahaja dilaksanakan melalui sambutan rasmi sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan.

Selain itu, hebahan melalui media cetak mahupun televisyen melalui pemaparan imbauan sejarah juga penting untuk menyebarkan kesedaran dan menanam penghayatan akan peristiwa penting pada tarikh tersebut. Bukan hanya setakat sebagai bahan bualan oleh hos rancangan televisyen atau tajuk rencana akhbar, Hari Malaysia perlu dijadikan sebagai tema rasmi dalam media cetak dan televisyen untuk tarikh 16 September tersebut.
NGO atau organisasi masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran dan penghayatan Hari Malaysia di peringkat akar umbi masyarakat. Melalui penganjuran sambutan Hari Malaysia di peringkat kampung, kawasan perumahan atau dengan acara forum, ceramah, tayangan filem dan lain-lain akan membantu masyarakat khususnya generasi muda untuk memahami mesej betapa tarikh 16 September merupakan tarikh penting yang mengandungi peristiwa yang cukup signifikan untuk Malaysia.

Mungkin juga pengisytiharan tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari cuti umum untuk seluruh negeri akan menunjukkan betapa kerajaan Malaysia benar-benar serius dalam menghargai Hari Malaysia. Pengisytiharan cuti umum ini akan membuka ruang untuk sambutan gilang-gemilang sempena Hari Malaysia dilaksanakan.
Tentu sahaja rakyat di Sarawak dan Sabah akan lebih merasakan kebersamaan mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Maka Hari Malaysia akan dirai bersama sebagai bukti kesedaran dan penghayatan seluruh rakyat daripada seluruh negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Seperti mana generasi muda sedar akan Hari Kemerdekaan tanggal 31 Ogos setiap tahun, maka begitu jugalah mereka akan sedar akan peri penting tarikh 16 September dalam lipatan sejarah Malaysia melalui penghayatan yang selayaknya untuk Hari Malaysia.

Jangan biarkan generasi muda terus dilupakan tentang sejarah Malaysia yang dipenuhi dengan warna warni perjuangan generasi terdahulu. Penghargaan yang setimpal harus diraikan untuk peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia yang membentuk Malaysia seperti yang kita lihat hari ini. Melalui kesedaran sejarah, maka generasi muda akan mampu menghayati nilai sebenar Malaysia.

PENULIS ialah Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (Perkepis)

Read more...

kau siapa?..Jangan Harap kau........? Bagus kau mampus...?

Monday, September 14, 2009

Saya akui saya cuma manusia biasa...saya tidak mempunyai sebarang kelebihan berbanding orang lain tapi saya tahu saya ada perasaan...sama macam mereka...inilah antara kata-kata kesat yang masih lagi subur dalam fikiran saya. Kata-kata seperti ini boleh membuatkan kita bertindak balas tapi saya bersyukur kerana saya masih mampu tersenyum bila saya menerima kata-kata ini....kerana saya percaya setiap kata-kata cercahan itu akan berbalas juga. Pernah sekali juga saya menerima kata-kata seperti ini...kau tidak berhak menasihati..... selepas itu dimalukan....Bila mana saya teringat ini semua membuatkan saya berfikir untuk bertindak kejam namun kata-kata arwah datuk saya sentiasa mengingatkan saya...maka itu saya lebih banyak senyum daripada bersuara....

Read more...

AKU INGIN PULANG

Sunday, September 13, 2009

Ya! aku ingin pulang..aku ingin bebas dari segala tekanan ini, aku ingin menjadi seperti yang lain.
Aku ingin damai, melihat duniaku yang aman. Harapan yang dituntut oleh mereka sangat berat. Kadang2, tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. kalau setakat kutukan dan kritikan masih boleh di terima tapi bila saja sampai menyentuh hal peribadi.. ini yang payah sekali. Aku sudah tidak mampu untuk menpunyai hati malaikat. Aku sudah tidak mampu untuk mendengarnya. Mungkin hanya teman2 tertentu saja yang tahu kenapa mereka gelar saya manusia yang berhati malaikat..kata rakan2 saya, Tuhan saja yang tahu itu. Ya..Tuhan saja yang tahu segalanya. kata sanguru, bila saja kita berada pada satu keadaan yang menarik perhatian, maka akan datanglah segala macam masalah hinggakan benda yang kita tidak jangka akan muncul..jadi fikiran dan jiwa itu mesti sentiasa siap untuk menerimanya. Ini antara kata2 yang masih lagi saya ingat. Saya cuba untuk menepis semuanya dengan hanya senyum bila saja persoalan peribadi menyerang, jarang sekali saya jawap. Kalau pun jawap, cukup dengan 'itu urusan tuhan' . Saya sudah tidak ingin untuk mengingatinya..biarlah. Cuma apa yang ingin saya lakukan hanyalah 'aku ingin pulang'

Read more...

KEJAYAAN MALAYSIA PERTAHAN 50 TAHUN DEMOKRASI BERPARLIMEN WAJAR DIBANGGAKAN

Thursday, September 10, 2009

Sumber: New Sabah Times
9th September, 2009

KUALA LUMPUR: Jumaat ini (11 Sept) genap 50 tahun usia Parlimen Malaysia, setelah sekian lama ia berfungsi dengan jayanya sebagai badan perundangan yang menjadi simbol penting kepada sistem demokrasi sejak negara mencapai kemerdekaan 52 tahun lalu.
Pada 11 Sept, 1959, seramai 104 wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya umum pertama Tanah Melayu selepas Merdeka (19 Ogos, 1959), telah mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat yang pertama di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang (sekarang bangunan Pusat Pelancongan Malaysia).
Di sebalik peranan penting Parlimen sebagai satu daripada tiga komponen utama sistem pemerintahan demokrasi negara, mungkin ramai di antara kita yang kurang mengerti makna di sebalik usia setengah abad institusi ini.
“Entah, saya tak tahu,” kata seorang eksekutif muda ketika ditanya tarikh rasmi terbentuknya Parlimen Malaysia manakala rakannya pula hanya tersipu ketika ditanya tentang signifikannya sambutan ulang tahun ke-50 Parlimen itu.
Namun bagi mereka yang menjadi tunggak dan penggerak Parlimen, kejayaan kerajaan dan rakyat mengekalkan sistem demokrasi berparlimen sejak 1959 sehingga sekarang, seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat.
“Ini bermakna kita berjaya mempertahankan sistem demokrasi berparlimen selama 50 tahun, sedangkan ada negara lain yang sama-sama mencapai kemerdekaan ketika itu telah mengalami perubahan demi perubahan pada sistem politiknya.
“Ada negara yang pada mulanya mengamalkan demokrasi, lepas tu rampasan kuasa, buat lagi perlembagaan baru, demokrasi balik, rampasan kuasa balik. Tapi Alhamdulillah di Malaysia setakat ini kita dapat pertahankan kecuali apa yang berlaku pada 13 Mei (1969),” kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia kepada Bernama baru-baru ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata sekalipun peristiwa 13 Mei itu menyebabkan Parlimen digantung selama kira-kira 10 bulan, kuasa menentukan pentadbiran kerajaan Malaysia telah dikembalikan kepada rakyat selepas keadaan tenteram semula.
“Inilah amalan demokrasi yang bertahan sehingga sekarang dan walaupun ada yang berkata kebelakangan ini ada kekalutan, kenyataannya ialah institusi Parlimen ini masih teguh,” katanya.
Pandikar berkata keutuhan institusi Parlimen yang menjadi nadi kepada sistem demokrasi selama ini menyumbang kepada kestabilan negara secara keseluruhan dan meletakkan Malaysia di tempat sekarang.
Sejak mesyuarat pertama Parlimen pertama dirasmikan pada 12 Sept 1959, Malaysia kini berada di bawah Parlimen ke-12, yang penggalnya akan berakhir pada 2013.
Pandikar pula yang mengisi jawatan itu sejak April 2008, adalah Yang Dipertua ke-8 kepada badan perundangan itu.
Umumnya peranan Parlimen adalah sebagai penggubal undang-undang dan setiap anggotanya, sama ada yang dipilih oleh rakyat untuk menduduki kerusi dalam Dewan Rakyat atau dilantik kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan bagi kerusi Dewan Negara, mereka bertindak sebagai suara rakyat.
Bagaimanapun selepas 50 tahun, Pandikar berkata institusi itu mengalami perubahan ketara, khususnya daripada segi pengisian kerana anggota Parlimen kini mengamalkan sikap terbuka.
“Maksudnya keterbukaan dalam menyuarakan pandangan mereka tanpa mengambil kira sensitiviti kepelbagaian agama dan kaum yang membentuk masyarakat Malaysia,” katanya.
Keadaan itu, katanya, semakin menyerlah dengan kecanggihan teknologi maklumat yang memberi pendedahan meluas kepada mereka menerusi pelbagai saluran multimedia.
“Mereka menganggap bahawa kuasa yang ada pada mereka tidak mempunyai had lagi, seolah-olah mereka mempunyai lesen untuk mengeluarkan apa saja hujah yang mereka fikir baik untuk sekumpulan masyarakat yang mereka wakili.
“Dan bagi saya sistem demokrasi yang sebenar tidak begitu. Mereka harus bertangungjawab bukan saja kepada kumpulan yang mereka wakili tetapi bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.
Pandangan beliau turut dikongsi bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh yang berpendapat apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada cabaran kepada sistem demokrasi negara.
Ia berlaku apabila ada pihak enggan menerima suara majoriti yang menjadi intipati demokrasi, katanya.
“Setiap rakyat mesti terima biar apa pun pandangan kita, bersendirian atau berkelompok atau mengikut kaum yang mutakhirnya ialah pandangan majoriti dan keputusan majoriti.
“Selagi kepercayaan ini subur dalam masyarakat kita, kelangsungan demokrasi terjamin dan kelangsungan demokrasi berparlimen dan parlimen itu sendiri sebagai wadah demokrasi akan terjamin,” kata beliau.
Abdul Hamid juga berpendapat perubahan yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada evolusi dalam demokrasi yang semakin matang.
Katanya sejak pilihan raya umum Mac tahun lalu, senario di Parlimen membayangkan negara kini menuju kepada sistem politik dua parti seperti yang berlaku di kebanyakan negara yang telah lama mengamalkan demokrasi berparlimen.
“Politik yang mencorakkan Parlimen, jadi keputusan sedemikian rupa pada pilihan raya umum lalu membayangkan bibit-bibit evolusi demokrasi di tanah air ke arah sistem dua parti.
“Kalau kita menyelami sejarah dan kita lihat demokrasi yang telah matang seperti Perancis, Kanada sama saja. Semua bermula dengan banyak parti tapi mengalir jadi satu, dua atau tiga parti sahaja dan saya fikir Malaysia tidak terkecuali daripada arus perjalanan sejarah dalam demokrasi,” katanya.

Read more...

Dua syarikat tuntut bayaran segera mangsa banjir di Pitas

Sumber: New Sabah Times
9th September, 2009

PITAS: Dua syarikat yang menjadi pembekal bahan makanan dan peralatan keperluan peribadi untuk pusat pemindahan kepada kira-kira 5,000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di daerah Pitas akhir tahun lepas dan awal tahun ini merayu kepada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab membuat pembayaran segera terhadap tuntutan mereka.

Dua daripada enam syarikat yang telah diberi mandat untuk menyediakan atau membekal bahan-bahan keperluan mendadak contohnya Pengurus Syarikat Ain Teguh Best Shop Pitas Puan Noraini Nordin telah dipertanggungjawabkan menyediakan bahan makanan mentah seperti beras, gula, kopi, susu, roti, sadin, minyak masak dan lain-lain.

Manakala Pengurus Syukur Enterprise, Jamilah Abdul Sani dipertanggung jawabkan untuk menyediakan peralatan keperluan peribadi dalam pusat pemindahan tersebut seperti selimut, bantal, tilam, tikar getah, tangki air dan lain-lain

Puan Noraini dan Jamilah menemui akhbar merayu kepada Jabatan atau Kementerian yang telah diberi kuasa untuk membuat pembayaran terhadap tuntutan mereka agar segera melaksanakannya memandangkan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah genting seperti melunaskan pinjaman bank dan juga hutang piutang dengan syarikat lain semata-mata membantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Saya pada bila-bila masa saja bakal dibawa ke mahkamah,” kata Noraini hanya disebabkan kelewatan menjelaskan balik pinjaman yang beliau buat dari bank dan syarikat lain.
Katanya bekalan yang telah beliau serahkan berjumlah kira-kira RM750,000 demikian juga Jamilah tuntutan lebih RM100,00 itu menjadikan beliau kehilangan modal pusingan perniagaan

Kedua-dua mereka berkata mereka sebagai peniaga bumiputera yang serba kekurangan terutama sekali dari sudut modal kewangan amat sukar meneruskan perniagaan lain jika modal terpakai tidak dapat dibayar balik
“Pada mulanya kami sudah mengemukakan masalah ini kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM Sabah bagi Daerah Pitas yang mengeluarkan surat tawaran dan selepas melalui saluran tertentu di peringkat daerah secara kami mengajukannya ke peringkat negeri tetapi tuntutan kami itu di serah ke beberapa pihak lain sehinggalah membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikaitkan dalam hal pembayaran ini.

Merujuk kepada taklimat mangsa banjir yang disampaikan oleh Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri SKN bagi daerah Pitas awal tahun ini beliau telah berjanji bahawa akan menguruskan perkara ini secepatnya sebab ini katanya bencana alam keperluan mendadak dan peruntukan kilat tersedia ada
“Oleh kerana kami sudah tidak larat lagi ulang alik ke Kota Kinabalu disebabkan bulan Ramadan, kami terpaksa menggunakan untuk merayu kepada mana-mana Jabatan atau Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pembayaran terhadap tuntutan kami,” kata kedua-dua peniaga ini.

Read more...

BICARA TANPA SUARA

Sunday, September 6, 2009

Kita seringkali mengharapkan sesuatu keadaan itu sentiasa baik. Kita juga berharap agar setiap masalah ada penyelesaiannya. Pasti ramai juga yang berusaha untuk mempastikan setiap masalah itu diselesaikan dengan sebaiknya, namun kekuatan kita ada batasnya. Apa yang mampu hanya berdoa..berdoa minta kekuatan. Bila mana penyelesaian itu sukar diperolehi, maka terpaksalah kita menerima segala kemungkinannya.....

Read more...

BILA JANJI TINGGAL JANJI

Saturday, September 5, 2009

Kata bijakpandai " Jangan sesekali berjanji kalau sekiranya tidak mampu untuk menunaikannya". Satu kata-kata yang memberi peringatan, betapa aibnya bila janji tidak ditepati. Janji itu akan sentiasa diingati dan kadangkala ia akan ditagih sampai ke anak cucu. Janji adalah ikatan sesama manusia, bila saja janji itu diucapkan, maka ia sudah mengikat dirinya dengan orang yang menerima janji. Kemampuan seseorang itu akan dinilai melalui janji. Oleh itu, jangan sesekali berjanji kalau tidak mampu memenuhinya....

Read more...

BEZANYA ANTARA 1 DENGAN 10

Thursday, September 3, 2009

Apa beza antara 1 dengan 10... pasti kamu semua akan memberi jawapan yang berbeza-beza. Sebenarnya mudah untuk kita fikiran jawapannya....kalau 1...kita mudah kalah, kita mudah kecewa, malah kita mudah diperbodohkan atau diperkotak-katikkan tapi kalau 10..kita kuat...banyak pilihan idea, banyak cetusan idea, banyak peluang peyelesaian dan tiada siapa yang berani mempermainkan kita. Maka itu, untuk mencapai kejayaan, kemajuan dan keberhasilan, kita harus bergabung tenaga, pemikiran dan idea. Tidak mudah kalau seorang saja yang berkerja atau bersuara atau memikir. Tapi bila 10 kepala bergabung pemikiran, wadah perjuangan atau cetusan penyelesaian, maka kejayaan pasti terhasil. Bersefahaman, kekitaan, kekeluargaan, saling mempercayai, mudah menerima teguran dan banyak lagi adalah faktor yang menjadikan 10 itu berjaya.Oleh itu, marilah kita sama2 membantu para pemimpin kita dalam meningkatkan daerah kita ini....

Read more...

ANDAINYA AKU SEORANG YB ( YANG BENAR)

Wednesday, September 2, 2009

Mungkin ramai yang berfkir, apa sudah jadi dengan penulis Tompinai ini?. Dah buang tabiatkah?. Tiba2 mau jadi orang pulitik...hahaha...biasalah, kita juga cuba macam mereka2 ini.Ok...andai aku menjadi yb atau yang benar dan bukan yang berhormat. Kalau kawasan saya kena banjir..ya saya akan melawatnya tapi selepas banjir surutlah...Kalau ada masalah orang-orang kawasan saya, saya akan bantu tapi cakap saja...yang lain sendiri urus. Kalau ada projek yang bermasalah, saya akan tanya macam mana jadi macam tu...tapi yang saya punya tatap ada..hihihi...penat ba...bercakap bagi pihak. Kalau orang kritik pasal kemajuan saya, saya akan jawap bila mau duduk kopi..minum...pasti dia akan diammm....hahaha...itu kalau saya jadi YB( Yang Benar )...Saya akan seboleh2nya cakap apa yang saya rasakan....

Hahaha...kepada pembaca semua...ini sekadar seloka, buat hiburan...tak ada kena mengena dengan yang lain. Pun begitu, ramai diluar sana yang bercita-cita menjadi YB sebenar tapi mampukah mereka ini menjadi Yang Benar.....

Read more...

DEMI CINTA

Tuesday, September 1, 2009

Maaf...
Ku telah menyakitimu,
kutelah kecewakanmu...
Bahkan..
Ku sia-siakan hidupku,
Dan ku bawa kau seperti diriku..
Walau hati ini terus menangis..
Menahan kesakitan ini..
Tapi kulakukan semua demi cinta...
Akhirnya juga harus kurelakan,
Kehilangan cinta sejatiku..
Segalanya telah kuberikan...
Juga kekurangan ku....
Jika memang ini yang terbaik...
Untuk diriku dan dirinya.
Kan ku trima semua...demi cinta...
Hua.....uuo....

Jujur aku tak kuasa,
Saat terakhir kugenggam tanganmu...
Namun yang pasti terjadi..
Kita mungkin tak bersama lagi..
Bila nanti esok hari..
Kutemukan dirimu bahagia..
Ijinkan aku titipkan..
Kisah cinta kita selamanya....

oo...uo...
uo...uo...uo...
Jujur aku tak kuasa,
Saat terakhir kugenggam tanganmu..
Namun yang pasti terjadi...
Kita mungkin tak bersama lagi..
Bila nanti esok hari...
Kutemukan dirimu bahagia..
Ijinkan aku titipkan kisah cinta...
Kisah cinta kita.... selamanya..
uuh....demi cinta

song by Krispatih

Read more...

BICARA TOMPINAI: PEMIMPIN ATAU KETUA?

Ramai orang yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin atau ketua, saya sendiri pun ada impian untuk menjadi pemimpin atau ketua. Temberanglah kalau tiadakan, namun untuk menjadi pemimipin atau ketua bukannya mudah. Orang ingat, kalau ada RM dan ramai konco2nya, pasti boleh tapi benarkah?. Kalau ada pendidikan, petah bercakap dan berani bersuara, boleh sudah. Betulkah?. Persoalannya, pemimpin berbeza dari ketua. Ia mempunyai tugas yang sangat jauh bezanya. Sebab itu, seorang pemimpin tidak boleh jadi ketua dan seorang ketua tidak boleh jadi pemimpin. Hanya segelintir orang saja yang memiliki kedua-duanya. Justeru itu, pemimpin biarlah memimpin dan ketua biarlah tetap jadi ketua. Tugas2 itu harus dibahagi2 kan, barulah hasilnya yang terbaik..Rasa2nya, saya tidak adalah peluang kerana saya tidak ada ciri2nya...jadi pemikir pun pemikirlah...

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP