KENAPA DAN MENGAPA?
Monday, May 25, 2009
Tajuk yang agak umum ini, rasa sesuai untuk semua persoalan yang selalu bermain dalam minda kita. Untuk kita mengungkai setiap persoalan itu menjadi jawapan, mungkin akan mengambil tempoh masa yang panjang. Jadi, apa yang tompinai ingin kongsikan disini adalah berdasarkan pengamatan kendiri. Jauh sekali untuk menolak apa yang cuba disampaikan oleh mereka-mereka yang mungkin tidak semasa dengannya.
Al-kisah dengan pendirian SAM dalam menentang semua bentuk penderaan terutama penderaan kanak-kanak. Jelas sekali rata-rata warga Sam mengutuk perbuatan ini dan juga sesetengah pembaca juga begitu. Walau bagaimana pun masih ada juga yang tidak boleh menerima tindakan seperti ini.
Tompinai berpendapat yang setiap perbuatan itu ada balasannya samaada baik atau buruk begitu juga dengan balasannya dan samaada balasan itu sekarang ini atau pada masa-masa akan datang. Tidak pasti.
Tompinai percaya yang pelaku tersebut adalah manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi kenapa kejam sangat? kata al-longobi, manusia kalah dengan nafsu dan syaitan. Dua penjahat ini telah berjaya menaklukinya. oleh itu, balasan yang di perolehi adalah kutukan, hinaan dan bermacam-macam lagi. Itu belum melibatkan undang-undang. Baru antara manusia dengan manusia.
Kemudian timbul pula bantahan yang mengatakan tidak seharusnya kita menghukum atau menghakimi. Kenapa pula? Pernahkah si pelaku ini fikir tentang kebaikan sebelum melakukan kekejaman itu. Kita cuma minta supaya hukuman itu biarlah yang setimpal dan kalau boleh sesuatu yang boleh menjadi pengajaran kepada yang lain. Sebagai manusia, perkataan maaf itu mungkin boleh diucapkan tetapi adakah maaf itu mampu mengubati kesakitan yang berlaku. Bukankah sudah ada peluang diberi kepada setiap manusia untuk menjadi manusia yang baik. Kenapa tidak menggunakan peluang itu untuk menjadi manusia baik. Apabila dihukum barulah ingat segala dosa/kesalahan/perbuatan yang keji dan barulah menangis berairmata. Tapi adakah ikhlas.
Bukannya tidak memaafkan tetapi biarlah yang sepatutnya memaafkannya itupun kalau pelaku itu jujur untuk meminta maaf. Tapi kalau sekadar hanya untuk melepaskan diri tiada guna. Pelaku ini sebenarnya yang harus meminta maaf atas segala perlakuan mereka dan menerima segala hukumannya. Menerima segala akibat yang dia buat samaada secara langung atau tidak langsung. Kita hanya melihat kejadian itu dan berharap agar ia tidak berulang dan segala proses pencegahan dilakukan.
Rasanya tidak salah untuk kita mengutuk dan juga menghina pelaku itu. Kita adalah manusia yang telah diberi akal fikiran. Segala kutukan dan hinaan kita itu adalah luahan hati kita yang sakit dengan perbuatan itu. Pun begitu, ia masih lagi dalam keadaan yang terkawal. Oleh itu, segalanya bermula dari diri kita sendiri untuk melihat sesuatu. Tanggapan kita memang berbeza. Itulah uniknya kita sebagai manusia.
4 comments:
mereka yg mendera ni lebih hina dari binatang..
Mereka boleh memohon maaf dan mereka boleh saja dimaafkan, tetapi mereka harus pasrah bahawa ada harga yang harus mereka bayar atas perbuatan tersebut.
Hukuman yang setimpal harus diterima dan diteruskan juga sesuai dengan maksud undang2 yang terpakai. Jangan saja buat undang2 sendiri. ;)
terima kasih mr. Nazim dan Mr. Ison. Sesungguhnya kita hanya mampu untuk berharap agar setiap dalam diri kita terselit kasih sayang sejati yang mampu menggelakkan kita menjadi seperti mereka2 ini...
Salahlaku/penyimpangan kemanusiaan perlu diadili. norma mmg begitu. Pendera perlu dididik melalui proses keadilan/perundangan dan demi hak asasi mangsa..
kutukan/hinaan/cercaan... itu akibat daripada keadaan yang TIDAK BERSETUJU dengan kerosakan kemanusiaan. Kemarahan kata-kata lebih baik daripada 'BERTINDAK SENDIRI mengambil nyawa si pesalah. Serahkan sahaja kepada pihak berwajib dan bukan berdasarkan undang-undang sendiri bilang si ison....
Post a Comment