nuffnang

Pages

SAM: PENCETUS PERUBAHAN MINDA.

Wednesday, May 27, 2009

Dalam mencari sesuatu kejayaan, banyak perkara yang harus ditempuhi. Setiap kejayaan itu selalunya diiringi dengan masalah dan masalah inilah yang akan membantutkan usaha tersebut. Kata sangguru. Apa yang kita capai hari ini adalah hasil daripada apa yang telah kita atasi. Banyak orang mahu melihat setakat mana kemampuan SAM untuk bertahan menghadapi karenah luar. Tidak kurang juga yang memandang rendah dengan kemampuan SAM dalam menyuarakan sesuatu permasalahan atau isu. Juga ada yang prasangka dengan SAM, mereka mengganggap SAM akan menjadi platform seseorang untuk menonjolkan diri. Itu semua anggapan dan tanggapan yang tidak berasas.

SAM adalah pusat mengembangan idea-idea yang dikumpul dan diperhalusi supaya sesuai dengan keadaan semasa. SAM secara terbuka menerima semua idea yang boleh dijanakan menjadi kenyataan. Cetusan minda ini merupakan luahan daripada jiwa generasi muda. Generasi yang inginkan perubahan, yang mahu supaya suara didengar. SAM cuba menyampaikan apa yang sepatutnya dan cuba mendapatkan perhatian walaupun mengambil masa. Ahli SAM hanya dapat bermesyuarat secara maya kerana Ahlinya tersebar luas diserta tempat malah diluar negara pun ada.

Peranan SAM sudah jelas dan telah ada bukti pencapaiannya. Keterbukaan minda semakin terasa dalam warga Tandek. Usaha ini dilakukan secara tidak langsung oleh ahli SAM, dengan menggunakan pendekatan yang halus. Pun begitu, SAM juga tidak mengabai Warga Kota Marudu. SAM sentiasa cuba untuk membuka minda Penduduk di Daerah Kota Marudu. Minda harus dibuka untuk melihat apa lagi yang perlu ada di Daerah ini. Selain itu, Bagaimana cara untuk memajukan daerah ini dari semua aspek. Perubahan fizikal daerah memang sudah jelas. Bagaimana dengan perubahan inteleknya dan rohaninya?.

SAM seringkali menyentuh tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan daerah ini. Bukannya mengaku pakar tetapi sekadar untuk menyuarakan pelbagai pendapat, yang mungkin kalau diterima secara positif akan menghasilkan kejayaan. Dalam perbincangan terbaru SAM, satu perancangan yang melibatkan belia remaja akan cuba dilaksanakan. SAM mengharapkan sokongan dari semua pihak untuk menjayakan program ini demi untuk belia remaja Kota Marudu. SAM ingin melihat masa akan datang Daerah Kota Marudu akan dikenali bukan kerana kemiskinan tegarnya tapi kerana kejayaan dalam menlahirkan warga yang seimbang dalam semua aspek.

Read more...

KENAPA DAN MENGAPA?

Monday, May 25, 2009

Tajuk yang agak umum ini, rasa sesuai untuk semua persoalan yang selalu bermain dalam minda kita. Untuk kita mengungkai setiap persoalan itu menjadi jawapan, mungkin akan mengambil tempoh masa yang panjang. Jadi, apa yang tompinai ingin kongsikan disini adalah berdasarkan pengamatan kendiri. Jauh sekali untuk menolak apa yang cuba disampaikan oleh mereka-mereka yang mungkin tidak semasa dengannya.

Al-kisah dengan pendirian SAM dalam menentang semua bentuk penderaan terutama penderaan kanak-kanak. Jelas sekali rata-rata warga Sam mengutuk perbuatan ini dan juga sesetengah pembaca juga begitu. Walau bagaimana pun masih ada juga yang tidak boleh menerima tindakan seperti ini.

Tompinai berpendapat yang setiap perbuatan itu ada balasannya samaada baik atau buruk begitu juga dengan balasannya dan samaada balasan itu sekarang ini atau pada masa-masa akan datang. Tidak pasti.

Tompinai percaya yang pelaku tersebut adalah manusia yang mempunyai akal fikiran tetapi kenapa kejam sangat? kata al-longobi, manusia kalah dengan nafsu dan syaitan. Dua penjahat ini telah berjaya menaklukinya. oleh itu, balasan yang di perolehi adalah kutukan, hinaan dan bermacam-macam lagi. Itu belum melibatkan undang-undang. Baru antara manusia dengan manusia.

Kemudian timbul pula bantahan yang mengatakan tidak seharusnya kita menghukum atau menghakimi. Kenapa pula? Pernahkah si pelaku ini fikir tentang kebaikan sebelum melakukan kekejaman itu. Kita cuma minta supaya hukuman itu biarlah yang setimpal dan kalau boleh sesuatu yang boleh menjadi pengajaran kepada yang lain. Sebagai manusia, perkataan maaf itu mungkin boleh diucapkan tetapi adakah maaf itu mampu mengubati kesakitan yang berlaku. Bukankah sudah ada peluang diberi kepada setiap manusia untuk menjadi manusia yang baik. Kenapa tidak menggunakan peluang itu untuk menjadi manusia baik. Apabila dihukum barulah ingat segala dosa/kesalahan/perbuatan yang keji dan barulah menangis berairmata. Tapi adakah ikhlas.

Bukannya tidak memaafkan tetapi biarlah yang sepatutnya memaafkannya itupun kalau pelaku itu jujur untuk meminta maaf. Tapi kalau sekadar hanya untuk melepaskan diri tiada guna. Pelaku ini sebenarnya yang harus meminta maaf atas segala perlakuan mereka dan menerima segala hukumannya. Menerima segala akibat yang dia buat samaada secara langung atau tidak langsung. Kita hanya melihat kejadian itu dan berharap agar ia tidak berulang dan segala proses pencegahan dilakukan.

Rasanya tidak salah untuk kita mengutuk dan juga menghina pelaku itu. Kita adalah manusia yang telah diberi akal fikiran. Segala kutukan dan hinaan kita itu adalah luahan hati kita yang sakit dengan perbuatan itu. Pun begitu, ia masih lagi dalam keadaan yang terkawal. Oleh itu, segalanya bermula dari diri kita sendiri untuk melihat sesuatu. Tanggapan kita memang berbeza. Itulah uniknya kita sebagai manusia.

Read more...

PUISI AYAH 2

Thursday, May 21, 2009


Ayah....
Tiada kata,
tiada bicara
hanya kenangan menjadi ingatan...

Ayah..
segala katamu,
segala bicaramu,
sentiasa menjadi pegangan,
sentiasa menjadi panduan.

Ayah..
nasihatmu,
teguranmu,
Kritikanmu
Akan kekal menjadi azimat hidup ini..

Ayah...
senyumanmu,
Tawamu,
Selokamu,
Akan kekal menjadi penghibur hati.

Ayah...
Kekuatanmu,
Kegigihanmu,
kesabaranmu,
Akan tetap dihati ini...

Read more...

PEMIMPIN YANG RENDAH HATI

Wednesday, May 13, 2009

Salam untuk semua, Tompinai amat tertarik dengan apa yang KW tulis dalam blognya. Pandangan dan ulasan KW amat dalam maksudnya walaupun disampaikan dengan mudah dan santai... Pemimpin seperti itu tidak layak untuk dipanggil sebagai pemimpin. Seorang pemimpin sebaiknya seorang yang boleh menerima teguran dan kritikan. Tidak kira teguran itu pedas atau pun tidak..Tidak kira kritik itu sakit atau tidak, harus diterima dengan hati yang terbuka.

Pemimpin yang tidak senang dengan teguran adalah pemimpin yang lemah kerana dia tidak sanggup menerima pendapat orang lain yang mungkin pendapat teguran itu boleh meningkatkat potensi dirinya. Minda pemimpin itu masih lagi pada takuk lama, masih terikat dengan fahaman dahulu kala. Tompinai percaya pembaca masih ingat bagaimana cara hidup, sosial dan daya pemikiran orang-orang di zaman dahulu. Kenapa Glelilio dianggap gila pada masa itu? Kenapa Graham Bell pernah di Kutuk, dihina, begitu juga dengan Albert Enstien? Mereka ini adalah orang-orang bijak tetapi semasa zaman mereka, mereka ini agak diketepikan namun mereka masih meneruskan usaha mereka kerana mereka tahu mereka betul dan juga mereka sentiasa memperbaiki segala apa yang mereka buat melalui maklum balas, contohnya kutukan, teguran dan hinaan. Mereka cuba membuktikan apa yang mereka cuba hasilkan adalah bermaanfat.

Kenapa Tompinai menganggap seperti itu, sebabnya mereka tidak sanggup dikritik dan ditegur. Orang dulu dikritik pasti akan dibalas dengan cara yang kejam. Jadi jahat. Pemimpin ini sepatutnya harus bersikap terbuka, rakyat menegur adalah untuk kebaikan juga. Bukannya mencari kesalahan. Tapi kalau setiapkali ditegur melenting pasti umur tidak panjang. Orang jadi bosan, rakyat malu dengan sikap pemimpin seperti itu. Jadi yang rugi siapa? pasti pemimpin itu sendiri yang rugi.

Kepada pemimpin-pemimpin yang pantang ditegur, pandai-pandailah bawa diri. Jangan biarkan rakyat menjadi bosan dengan kamu. Kritikan dan teguran merupakan kunci kejayaan kamu. sekiranya banyak teguran dan kritikan maka itu menunjukkan rakyat sayang dengan kamu.

Read more...

APA YANG ANDA BOLEH JELASKAN

Tuesday, May 12, 2009

SEKALI TENGOK, HANYA GAMBAR AWAN YANG INDAH...DUA KALI TENGOK AKAN MENGHADIRKAN PERTANYAAN DAN KETIGA KALI AKAN MEMBUATKAN MINDA BERFIKIR MENCARI JAWAPAN...MENURUT PERSEPSI SENDIRI.

Read more...

Followers

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP