CINTA: APA MAKNA SEBENARNYA?
Tuesday, April 21, 2009
CINTA=HATI. Satu ungkapan yang penuh bermakna namun akan menjadi sia-sia bila ia menjadi permainan. Ia boleh membuatkan orang lupa akan dirinya dan juga lupa segalanya. Yang hanya ada cinta saja tanpa melihat kesannya. Satu perhubungan juga boleh putus hanya kerana cinta. Cinta boleh membuatkan kita menjadi seorang yang amat berhati-hati terutama sekali yang melibatkan cinta gelap, cinta terlarang. Perasaan cinta tidak boleh dihalang kerana ia sudah menjadi azali manusia untuk cinta mencintai. Cuma satu saja, jangan permainankannya. Cinta boleh membuatkan kita buta. Cinta boleh membuatkan hati itu diikat. Cinta boleh membuat kita lupa segalanya dan cinta boleh membuatkan kita berani, berani mengambil risiko. Ada yang mengaku sebagai master dalam percintaan tapi benarkah? Ada yang sanggup apa saja alasan semata-mata melindungi cinta tapi sampai bila? Ada yang mengaku habis sudah cinta. Kenapa habis? Mungkin juga ada yang merasa menyesal kerana setelah sekian lama berumahtangga baru dia jumpa cintanya. benarkah? Yang jelas cinta ini bila tidak dijaga dan dibajai akan membawa kehancuran, kemusnahan dan keretakan keluarga. Cinta sebenar hanya dapat kita perolehi apabila kita dapat mencintai diri kita sendiri.
6 comments:
hai....macam jiwang pula ni Tompinai.
bukan jiwang tapi saja ingin mengenali erti sebenar2nya...sebab ramai yang suka bermain2 dengannya...
Tompinai
paling bahaya cinta terlarang. Cinta terlarang selalunya akan mengakibatkan 'kerosakan' bukan hanya hati budi tetapi banyak hal. Mudah-mudahan kita semua menemui kebahagiaan yg dicari-cari selama ini.
furen laoshi
memang benar...bagi mereka yg tidak memahami atau merasai kesucian cinta, akan sanggup melakukan cinta terlarang. Mereka ini hanya mempergunakan kalimah keramat ini untuk memenuhi keinginan mereka tanpa memikirkan kesannya....
Cinta jadi keramat apabila dikeramatkan? Orang kata cinta itu subjektif! Benarkah demikian? Di mana pula letaknya sayang dalam cinta itu sendiri? Apa pun yang penting kewarasan, maka tak akan ada cinta terlarang....
Cinta jadi keramat apabila dikeramatkan? Orang kata cinta itu subjektif! Benarkah demikian? Di mana pula letaknya sayang dalam cinta itu sendiri? Apa pun yang penting kewarasan, maka tak akan ada cinta terlarang....
Post a Comment